Survivorship Bias : “Nampak Yang Selamat”, Tapi Lupa “Yang Jatuh”
Kita selalu nampak siapa yang berjaya.
Kita nampak Elon Musk
Kita nampak Jeff Bezos
Kita nampak Shopee, Grab, Netflix
Tapi kita jarang nampak ratusan syarikat lain yang tumbang diam-diam.
Inilah yang dipanggil Survivorship Bias
kita nampak mereka yang hidup,
tapi kita tidak nampak mereka yang mati.
Survivorship Bias (Kisah Kapal Terbang Perang Dunia Kedua)

Zaman Perang Dunia Kedua, tentera Amerika nak kuatkan kapal terbang.
Mereka kumpulkan kapal yang pulang, periksa bahagian mana paling banyak berlubang.
Logik semua orang waktu itu:
“Bahagian paling banyak peluru = bahagian paling lemah.”
Tapi ahli statistik Abraham Wald jawab sesuatu yang mengubah sejarah:
“Jangan tengok kapal yang kembali.
Tengok kapal yang TAK kembali.”
Bahagian yang langsung tak berlubang pada kapal yang pulang
Itulah bahagian yang sebenarnya kritikal,
Sebab bila kena tembak, kapal terus jatuh.
Dari situ, manusia belajar:
Belajar dari yang terselamat sahaja → keputusan salah.
Belajar dari yang jatuh → jauh lebih mahal nilainya.
1. Apa Itu Survivorship Bias – Dalam Bahasa Usahawan?
Ia fenomena bila kita terlalu fokus pada syarikat yang berjaya,
tanpa mengkaji mereka yang gagal walaupun mereka buat benda yang sama.
Akhirnya kita belajar separuh cerita – dan buat keputusan yang tak tepat.
2. Case Study Paling Kuat: Netflix vs Blockbuster
Ini contoh paling mudah dan paling “masuk otak”.
Pada tahun 2000
- Netflix kecil.
- Tak ada keuntungan.
- Tak ada modal besar.
- Hanya hantar DVD melalui pos.
Blockbuster pula “Raja Dunia” – 9,000 cawangan seluruh dunia.
Netflix pergi jumpa CEO Blockbuster dan offer kerjasama.
Blockbuster GELAK dan tolak.
Hari ini?
Netflix:
- bernilai lebih RM800 bilion
- 260 juta pengguna
- platform streaming paling dominan
Blockbuster:
tinggal satu cawangan
muflis
lenyap dari muka bumi
Kita nampak Netflix berjaya.
Tapi apa yang ramai tak tahu ialah…
Di belakang Netflix, ada lebih 20 platform lain yang mati senyap-senyap:
- iflix
- Quibi
- Seeso
- Redbox Digital
- Yahoo View
- Tonton (kemerosotan besar)
Kenapa kita tak dengar?
Sebab mereka tak survive dan bila mereka hilang,
Minda kita terus fikir “cara Netflix ni memang terbaik.”
Inilah survivorship bias.
BACA ilmu keusahawanan lain di > SINI <
3. Contoh Kedua: Bisnes & Startup Malaysia
Ramai tengok Shopee berjaya.
Tapi tak ramai tahu:
- GEMFive lingkup
- Qoo10 Malaysia mati perlahan
- Rakuten tutup operasi
- EzBuy bungkus
- 11Street kena jual murah
Kalau hanya tengok Shopee, kita akan fikir:
“Formula jadi pemenang = bakar duit + iklan besar.”
Padahal yang mati pun bakar duit sama banyak.
Kita hanya nampak survivor.
4. Pelajaran Paling Penting Untuk Usahawan Malaysia
Jangan hanya tiru strategi syarikat berjaya.
Kena juga kaji syarikat yang buat strategi sama,
tapi tetap gagal.
Sebab kadang:
- yang berjaya sebab timing
- yang berjaya sebab modal
- yang berjaya sebab pasaran
- yang berjaya sebab lucky break
- yang berjaya sebab orang kuat belakang tabir
Tapi bila usahawan ikut bulat-bulat
buat produk sama, marketing sama, funnel sama
akhirnya kecewa sebab faktor sebenar tidak sama.
5. Contoh Real Dalam Dunia Online Seller
Ramai orang tiru:
“Dropship USJ, buat ads besar-besaran – mesti jadi.”
Yang mereka tak nampak:
- beribu seller buat dropship, semua tersepit
- modal habis pada ads
- margin makin tipis
- buyer behavior berubah
- kos shipping makan untung
Kita hanya nampak 1-2 seller yang berjaya,
padahal 90% lagi senyap sebab tak survive.
Itulah survivorship bias dalam bisnes harian.
BACA kisah usahawan berjaya di Malaysia di > SINI <
6. Jadi… Di Mana Jalan Selamat Untuk Usahawan?
Jawapan dia bukan:
- Ikut trend
- Ikut apa orang berjaya buat
- Ikut “shortcut viral”
Jawapannya:
- Cari peluang yang kurang persaingan
- Fokus pasaran yang sanggup bayar lebih
- Pilih platform global yang tak tepu
- Guna strategi yang terbukti stabil
Contoh paling relevan?
eBay.
Produk kecil dari Malaysia – benda yang orang sini tak pandang
dibayar mahal oleh buyer US, UK dan EU.
Di sinilah ramai seller Malaysia mula dapat pendapatan USD
tanpa perlu ads, tanpa perlu modal besar.
7. Penutup – Belajar Dari Yang Jatuh, Bukan Dari Yang Tinggal
Kapal perang yang balik bukan bukti apa yang selamat.
Kapal yang tak balik – itulah cerita sebenarnya.
Begitu juga bisnes.
Kalau hanya ikut yang berjaya,
Kita hanya nampak 10% dari realiti.
Belajar dari yang jatuh,
barulah kita tahu mana lubang yang perlu dielak.
Kalau nak tahu kisah jatuh bangun saya dalam eBay,
Saya ada buka kelas dan bercerita pengalaman sendiri, jom daftar di > SINI <



