Pinjam RM500, Tapi Hutang Cecah RM100,000
Semuanya bermula dengan satu klik.
Iklan pinjaman nampak sah
siap dengan logo bank, jadual bayaran kemas, dan gaya profesional.
Tetapi di sebalik nombor akaun dan mesej mesra itu…
sebenarnya ada jerat paling kejam menunggu.
Dalam satu sidang media khas Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), modus operandi (MO) terbaru sindiket Ahlong Online telah dibongkarkan.
Dan ya, taktik mereka kini jauh lebih licik.
Modus Operandi (MO) Ahlong Online Terkini – Nov 2025
1. Menyamar sebagai bank sah
Menggunakan logo, warna, font, dan borang bayaran yang hampir sama seperti institusi kewangan sebenar.
2. Janji lulus mudah
Tidak perlu slip gaji, tidak perlu penyata bank.
Hanya IC dan nombor akaun dan kononnya lulus segera.
3. Pinjam RM9,000 dapat RM4,500 sahaja
Baki separuh dikatakan “caj proses”.
Selepas anda terima duit, anda secara automatik terperangkap.
4. Tempoh bayar 7-14 hari
Lambat 1–2 hari, kadar bunga naik berganda.
5. Ugutan & penghinaan awam
IC mangsa ditampal di tempat kerja, kawasan rumah, bahkan sekolah anak.
6. WhatsApp group untuk memalukan mangsa
Mereka menambah ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja untuk menyebarkan aib.
7. Hutang beralih tangan
Walaupun anda sudah bayar habis, akan muncul “Ahlong baru” yang datang menuntut baki kononnya masih ada.
BACA ilmu pengurusan kewangan lain di > SINI <
Kesan Kepada Mangsa
● Hidup berpindah-randah kerana takut diburu
● Anak-anak trauma dan bersembunyi
● Rumah disimbah cat / dihina depan jiran
● Hutang tidak pernah selesai walaupun sudah bayar puluhan ribu
● Ada yang pinjam RM500, tetapi akhirnya hutang mencecah RM100,000
● Sebahagian laporan polis diklasifikasi NFA (No Further Action)
Ini bukan kisah drama.
Ini realiti rakyat Malaysia.
Siapa Yang Paling Ramai Jadi Mangsa?
● Peniaga kecil yang perlukan modal segera
● Pekerja kilang
● Ibu tunggal
● Individu yang terdesak untuk belanja harian
● Golongan berpendapatan rendah
Orang susah menjadi sasaran paling mudah.
Yang mereka pinjam cuma harapan,
tetapi yang mereka bayar ialah maruah dan ketenangan hidup.
Mahu keluar dari kesempitan kewangan, belajar jana income dalam USD di > SINI <
Jika Anda Terdesak Cari Modal, Tolong Elakkan Jalan Singkat
Ahlong tidak pernah peduli tentang anda.
Mereka bukan memberi pertolongan, mereka memasang perangkap.
Jika anda tengah terdesak:
- Cari jalan selamat
- Cari jalan halal
- Cari jalan tanpa ugutan dan tanpa menindas
Ramai rakyat Malaysia sudah menukar cara mencari rezeki.
Tidak perlu pinjam pun.
Tidak perlu modal besar pun.
Ada yang mula jual barang kecil dari rumah,
tetapi menerima bayaran dalam USD melalui platform eBay.
Anda tidak perlu menjadi pakar.
Jika anda tahu guna telefon dan sanggup belajar, itu sudah cukup.
Kadang-kadang masalah kita bukan kerana malas.
Kita cuma tidak jumpa jalan yang betul.
Belajar cara berniaga dari rumah,
bukan mulakan hidup dengan hutang.
Mahu Duduk Malaysia Tapi Gaji USD. Lihat di > SINI <



