Rahsia Kejayaan Anas Zahrin

Anas Zahrin, pengasas ANAS Cosmetics yang berjaya membina jenama mampu milik untuk pengguna B40 di Malaysia.

Dari B40 Untuk Semua – Strategi Kejayaan ANAS Cosmetics

Ramai fikir kalau nak berjaya dalam dunia kosmetik,
kena jual mahal, kena nampak mewah.

Tapi ANAS Cosmetics, diasaskan oleh Anas Zahrin,
buktikan sebaliknya.

Bermula dengan pelanggan B40,
dia membina jenama yang bukan saja bertahan
malah mampu bersaing di peringkat nasional.

Dan strategi dia sebenarnya jauh lebih realistik daripada yang ramai sangka.


Anas Zahrin Menang Kerana Faham Realiti Rakyat Malaysia

Anas Cosmetics diasaskan Anas Zahrin

Kadang-kadang orang pandang rendah bila dengar jenama lokal.
Katanya tak premium, tak tahan lama, tak ada kelas.

Tapi ANAS Cosmetics buktikan yang:

“Produk untuk B40 pun boleh kalahkan jenama antarabangsa.”

Yang menarik, target pelanggan Anas bukan golongan elit.
Tapi suri rumah, pelajar, dan wanita yang nak yakin
tanpa perlu berhutang beli kosmetik.

Dia bukan jual “glamour”.
Dia jual kemampuan untuk rasa cantik walaupun duit tak banyak.

Dan ironinya, itulah faktor yang buat dia menang,
termasuk di pentas besar Shopee Superstar Awards 2025.

BACA kisah kisah kejayaan usahawan di Malaysia di > SINI <


Strategi Anas Zahrin : Tetap Mampu Milik Tanpa Kompromi Kualiti

Majoriti rakyat Malaysia masih berhati-hati dengan RM50 terakhir dalam akaun.
Anas faham realiti ini.

Sebab itu lipmatte ANAS dijual sekitar RM6.99 sahaja.

Sedangkan jenama terkenal lain
menjual produk hampir sama pada puluhan hingga ratusan ringgit.

Bezanya, Anas tetap kekalkan kualiti:

  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Olive Oil
  • Almond Oil

Ini buat produknya lebih lembap,
selesa dan sesuai dengan iklim Malaysia yang panas & kering.


Model Strategi Mirip e.l.f. Cosmetics (AS)

Apa yang Anas Zahrin buat sebenarnya mirip strategi e.l.f. Cosmetics di Amerika
jenama yang bermula dari bawah dengan falsafah “beauty for all.”

Sejarah ringkas e.l.f.:

  • Ditubuhkan 2004 di New York
  • Fokus: kosmetik berkualiti di bawah USD1
  • Sasaran: remaja & pengguna berpendapatan rendah
  • Imej: fun, murah, accessible
  • Produk: vegan, cruelty-free, clean beauty

Hari ini, e.l.f. bernilai > USD7 bilion,
pendapatan > USD1 bilion,
dan saham disenaraikan di Bursa New York (NYSE: ELF).

Prinsip mereka kekal:
kecantikan mesti inklusif, bukan eksklusif.

ANAS bawa semangat yang sama
tapi dengan adaptasi lebih dekat dengan realiti rakyat B40 Malaysia.

Nak cari semangat dan inspirasi untuk terus melangkah, baca kisah lain di > SINI <


Strategi Jenama Yang Faham Pengguna

Strategi Anas ringkas tetapi powerful:

  1. Fahami siapa pengguna sebenar
  2. Bina produk yang selesaikan masalah
  3. Kekalkan nilai asal
  4. Harga mampu milik tanpa buang kualiti

Itu yang membezakan antara jenama
“sekadar nak popular”
dan jenama yang bertahan lama.


Dari Kosmetik ke eBay – Prinsip Kejayaan Adalah Sama

Bila tengok perjalanan jenama ANAS, satu hal jelas:

Kejayaan bukan sebab dia jual produk.
Kejayaan sebab dia faham pasaran.

Sama seperti bila kami ajar peserta kelas
eBay Export Oversea Academy.

Strateginya bukan sekadar pasal “jualan online”.

Ia tentang:

  • faham siapa pelanggan luar negara,
  • apa yang mereka cari,
  • dan bagaimana produk Malaysia boleh berdiri di pasaran global.

Dari kosmetik, barangan dapur, sampai aksesori kereta
prinsipnya sama: jual nilai, bukan harga.

Ini lah yang kami bantu ramai usahawan Malaysia capai bila mereka mula jual di eBay.

Jika anda nak kami tunjuk caranya, lihat di > SINI <


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top