Keberanian Meg Whitman
Pada usia 42 tahun, Meg Whitman buat keputusan yang ramai anggap gila.
Beliau tinggalkan jawatan selesa di Hasbro – gaji besar, pejabat mewah, masa depan terjamin
untuk pimpin sebuah startup kecil di Silicon Valley bernama eBay.
Masa itu, eBay cuma ada 30 pekerja
dan website yang sering crash.
Ramai kawan nasihat:
“Jangan gila. Itu syarikat hobi, bukan bisnes sebenar.”
Tapi Whitman pegang satu prinsip:
“Kalau keputusan kau tak buat orang lain risau, mungkin kau masih terlalu selesa.”
Hari Pertama Yang Huru-Hara
Hari pertama dia masuk, eBay jatuh offline selama lapan jam.
Orang lain panik, tapi Whitman tenang.
Sebab dia nampak sesuatu yang dunia belum nampak:
internet boleh jadi tempat membina kepercayaan antara manusia.
Pada tahun 1998, e-dagang masih mentah.
Tak ada sistem rating, tak ada buyer protection, tak ada cara pembayaran selamat.
Orang takut beli online sebab risiko kena tipu.
BACA kisah keberanian dan kegigihan usahawan lain di > SINI <
Tiga Keputusan Meg Whitman Yang Mengubah e-dagang dunia
Whitman sedar masalah e-dagang bukan teknologi
tetapi kepercayaan.
Jadi dia memperkenalkan tiga langkah bersejarah:
- Sistem rating & reputasi
- Jaminan pembeli (buyer protection)
- Integrasi pembayaran selamat bersama PayPal
Inilah asas e-dagang moden yang semua platform gunakan hari ini
Amazon, Shopee, Lazada, TikTok Shop, semuanya berdiri atas infrastruktur yang Whitman cipta.
eBay melonjak dari startup kecil bernilai beberapa juta dolar
kepada platform global dengan pendapatan USD 8 bilion
dan lebih 15,000 pekerja.
BACA kisah kisah menarik motivasi kejayaan insan lain di > SINI <
Kejatuhan Terbesar Dan Kebangkitan Semula
Tahun 2010, Whitman bertanding jawatan Gabenor California.
Beliau belanja USD 140 juta wang sendiri dan kalah teruk.
Media umumkan kerjayanya tamat.
Tapi dia tak berhenti.
Beliau kembali memimpin Hewlett-Packard (HP) — ketika syarikat itu sedang tenat,
stok jatuh, pekerja dibuang, pelabur hilang keyakinan.
Ramai CEO tolak tawaran itu sebab takut gagal.
Tapi seperti eBay dulu, Whitman nampak potensi yang orang lain tak nampak.
Dalam 5 tahun, dia:
- menyusun semula HP,
- memecahkan syarikat kepada HP Inc. dan Hewlett-Packard Enterprise,
- memulihkan keuntungan.
Keputusan yang ramai anggap “gila” tapi tersangat berhasil.
Filosofi Kepimpinan Meg Whitman
Apa yang membezakan Whitman bukan sekadar hasil
tetapi cara dia berfikir sebagai pemimpin.
Beliau percaya:
“Kepimpinan bukan tentang cari keselesaan,
tetapi cipta kejelasan apabila keadaan tak menentu.”
Seorang pemimpin perlu berani buat keputusan hari ini,
walaupun hasilnya hanya nampak lima tahun akan datang.
Daripada CEO syarikat mainan,
ke pemimpin startup global,
ke tokoh diplomatik dunia
Meg Whitman buktikan satu perkara:
Keberanian terbesar bukan pada jawatan, tetapi keputusan yang orang lain tak berani buat.
Dari eBay ke Malaysia — Peluang Yang Masih Hidup
Dua puluh tahun lalu, Meg Whitman mengubah dunia dengan eBay.
Hari ini, platform yang sama masih buka peluang besar untuk rakyat Malaysia
tembus pasaran global.
Bezanya?
Anda tak perlu jadi CEO.
Cukup dengan:
- satu akaun,
- satu produk,
- satu langkah pertama.
Soalnya cuma satu:
Kita berani mula, atau tunggu orang lain buat dulu? Kalau nak belajar langkah sebenar memulakan perniagaan global dari rumah. BACA di > SINI <



