Cara Jual Barang di eBay 2026 (Panduan Lengkap Utk Beginner)

Seller Malaysia menyemak kes item not received eBay di laptop dengan skrin tracking

Ramai orang Malaysia dah mula rasa tekanan kos hidup, tapi gaji masih di tahap yang sama.
Dalam masa yang sama, setiap hari kita nampak di TikTok dan YouTube orang bercerita tentang income USD, jual barang ke luar negara hanya dari rumah.

Salah satu platform paling lama dan paling stabil untuk buat perkara ini ialah eBay.

Masalahnya, bila seseorang cari “cara jual barang di eBay”, kebanyakan info yang keluar:

  • terlalu teknikal sehingga pening,
  • tidak sesuai dengan situasi seller dari Malaysia,
  • atau overclaim seolah-olah eBay ini skim cepat kaya.

Artikel ini saya tulis untuk betulkan persepsi tersebut.

Saya akan terangkan cara jual barang di eBay dari Malaysia secara langkah demi langkah, berdasarkan pengalaman sebenar saya mengajar seller Malaysia, termasuk seorang student saya yang berjaya capai lebih 71K USD jualan pada tahun 2024 dan meneruskan momentum pada tahun berikutnya.

Bukan overnight, bukan setahun jagung; ada proses, sistem dan kesabaran.

Tujuan artikel ini mudah:

Supaya anda nampak jalan yang jelas dari “tak tahu apa-apa” → ke fasa listing pertama di eBay, dan anda faham realiti jatuh bangun di sebaliknya.

BACA cara buat market research ebay 2026


Kenapa eBay Jadi Jalan “Paling Mudah” Untuk Jual Barang ke Luar Negara?

Sebelum masuk bahagian teknikal, kita perlu faham kenapa ramai orang pilih eBay sebagai pintu ke pasaran luar negara.

1. eBay sudah mempunyai pembeli dari seluruh dunia

Menurut laporan Similarweb, jumlah pelawat di platform berkenaan cecah 610 juta pelawat pada bulan Oktober 2025.

eBay bukan marketplace baru. Pembeli dari US, UK, Europe, Australia dan banyak negara lain memang sudah biasa membeli di sini.

Apabila anda listing barang:

  • anda tumpang trafik berjuta-juta pengguna sedia ada,
  • anda tidak perlu bina website sendiri dari kosong untuk cari pelanggan.

2. Income dalam USD, kos hidup dalam Ringgit

Ini faktor yang sangat penting untuk orang Malaysia:

  • anda menjual dalam USD,
  • tetapi kos hidup anda masih dalam RM.

Jika anda pandai kira margin, beza nilai mata wang ini boleh jadi kelebihan yang sangat besar.

3. “Export” tanpa perlu jadi syarikat besar

Ramai fikir untuk export barang ke luar negara, mereka perlu:

  • ada gudang besar,
  • ada kontrak dengan shipping company antarabangsa,
  • ada team ramai.

Untuk eBay, anda boleh mula secara kecil dan terkawal:

  • dari rumah,
  • pos sendiri dari Malaysia,
  • atau guna servis warehouse/fulfilment di luar negara apabila sudah bersedia untuk scale.

Sebab itulah ramai orang mencari cara jual barang di eBay ke luar negara – kerana ia seakan versi “export yang lebih mudah” berbanding laluan tradisional.

BACA kisah usahawan Malaysia yang berjaya di ebay di > SINI <


Apa Yang Anda Perlukan Sebelum Mula Jual Barang di eBay?

Sebelum fikir hendak jual produk apa, pastikan asas berikut sudah ada.

1. Akaun & kelayakan asas

Untuk mula, biasanya anda perlukan:

  • Email yang aktif
  • Nombor telefon yang boleh terima SMS
  • Kad debit/kredit atau akaun payment gateway (contoh: Payoneer / seumpamanya)
  • Alamat rumah yang sah (untuk pengesahan dan tujuan penghantaran)

Ramai seller bermula sebagai individu. Pendaftaran syarikat boleh dibuat kemudian apabila bisnes sudah semakin teratur.

2. Modal & jangkaan yang realistik

Realitinya:

  • anda tidak perlukan modal ratusan ribu untuk mula,
  • tetapi “zero modal” sepenuhnya juga tidak realistik jika anda mahu bisnes yang serius.

Sekurang-kurangnya anda perlu:

  • modal untuk beli stok (jika bukan model dropship)
  • duit untuk kos pos percubaan
  • sedikit buffer jika barang hilang / buyer minta refund.
  • internet yang stabil dan sebuah komputer

Dan yang paling penting: jangkaan.

  • 1–3 bulan pertama selalunya fasa belajar dan testing,
  • bila sudah nampak pattern, barulah anda berani naikkan volume.

eBay bukan mesin duit magic. Ia adalah bisnes yang ada sistem, angka dan risiko – sama seperti bisnes lain.


Step-by-Step: Cara Jual Barang di eBay Dari Malaysia

Sekarang kita masuk “isi daging”:
flow ringkas cara jual barang di eBay yang saya gunakan sendiri dan ajar kepada student.


Langkah 1 – Cari Produk Yang Terbukti Laku di eBay

Kesilapan paling biasa:

Terus tanya “saya nak jual apa ya?” tanpa buat research.

Soalan itu sepatutnya dibalikkan:

Orang luar negara sedang beli apa di eBay… yang saya boleh supply dari Malaysia?

Prinsip asas:

  1. Cari listing yang sudah terbukti ada jualan (sold), bukan listing cantik tetapi tiada pembeli.
  2. Fokus produk yang:
    • demand konsisten,
    • tidak terlalu besar atau berat,
    • margin masih cantik selepas campur eBay fee + shipping.

Contoh kategori starter untuk seller Malaysia:

  • barang hobi / koleksi,
  • aksesori kecil,
  • produk khas Malaysia yang orang luar susah dapat.

Di peringkat awal, jangan kejar “barang paling viral di TikTok”.
Kejar barang yang ada data jualan stabil.

TIPS : Guna eBay Advanced Search dengan tapisan carian kata kunci > Malaysia/item sudah terjual/ dari Malaysia seperti di imej berikut


Langkah 2 – Buka Akaun eBay dan Lengkapkan Profil

Selepas ada idea produk, barulah daftar akaun.

Secara ringkas:

  1. Pergi ke laman eBay (contoh: ebay.com)
  2. Klik Sign Up → isi nama, email, password
  3. Masukkan nombor telefon untuk pengesahan
  4. Lengkapkan alamat yang sah

Tips penting:

  • Gunakan nama yang kelihatan profesional.
  • Elakkan guna VPN pelik atau tukar IP terlalu ekstrem semasa fasa awal – eBay sensitif bab ini.
  • Baca betul-betul polisi seller (return, barang larangan dan sebagainya).

Langkah 3 – Setup Cara Terima Bayaran (Payment)

Apabila anda dapat jualan, aliran duit biasanya:

Buyer → eBay / payment system → akaun anda → convert ke RM

Anda perlu jelas tentang:

  • caj yang dikenakan (percentage + fixed fee),
  • proses withdraw ke akaun bank Malaysia,
  • berapa lama duit akan clear.

Kelebihan income USD:

  • apabila ditukar ke RM, kadang-kadang kadar tukaran memihak kepada anda,
  • tetapi ada caj conversion yang perlu diambil kira.

Jadi, sebelum seronok melihat angka USD, kira betul-betul net profit selepas semua fee.

TIPS : Saya galakkan pelajar untuk guna SSM Enterprise untuk daftar akaun seller ebay dan SSM sama digunakan untuk setup akaun bank Payoneer (bank tempat duit jualan di ebay masuk)


Langkah 4 – Sediakan Listing: Tajuk, Gambar, Harga & Kos Shipping

Listing ialah “salesman 24 jam” di eBay.

a) Tajuk (Title)

  • Tulis dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami.
  • Masukkan keyword yang orang cari, seperti:
    • nama produk,
    • warna,
    • saiz,
    • brand (jika relevan).

Contoh kurang baik:

“Barang best dari Malaysia!!!”

Contoh lebih baik:

“Malaysian Batik Cotton Scarf – Handmade Floral Pattern, 180x60cm”

b) Gambar

  • Minimum 3–5 gambar, lebih bagus jika banyak.
  • Latar belakang bersih, produk jelas.
  • Jangan ambil terus dari Google – risiko hak cipta dan kelihatan kurang meyakinkan.

c) Harga

Formula mudah:

Harga jual = (Kos produk + kos shipping + fees eBay/payment) + margin keuntungan

Ramai beginner letak harga ikut rasa, akhirnya untung terlalu nipis atau sebenarnya rugi.

d) Shipping (Penghantaran)

Dua approach utama:

  1. Buyer bayar shipping – anda asingkan harga produk & kos pos.
  2. Free shipping – kos pos dimasukkan dalam harga produk.

Tiada satu jawapan mutlak. Untuk sesetengah kategori, buyer suka nampak “Free International Shipping”. Anda perlu test.

TIPS : untuk dapatkan kos yang murah dengan syarikat kurier, seperti DHL atau Fedex anda perlu buka akaun guna SSM


Langkah 5 – Fulfilment: Pos Dari Malaysia vs Guna Warehouse Luar Negara

Ini topik yang selalu muncul bila orang cari cara jual barang di eBay ke luar negara.

Option 1 – Pos Terus Dari Malaysia

Sesuai untuk:

  • beginner,
  • volume order masih kecil.

Kelebihan:

  • modal lebih rendah,
  • anda nampak sendiri proses packing & shipping.

Kekurangan:

  • tempoh penghantaran boleh agak panjang,
  • jika tidak pandai urus expectation buyer, mudah dapat bad feedback.

Option 2 – Guna Warehouse / Fulfilment di Negara Sasaran

Biasanya digunakan apabila:

  • volume order meningkat,
  • anda mahu penghantaran lebih pantas kepada buyer.

Flow:

Anda hantar stok pukal ke warehouse luar negara → bila ada order di eBay → warehouse pos kepada buyer.

Kelebihan:

  • shipping domestik menjadi sangat pantas (contoh: dari US ke US),
  • kos pos per unit kadang lebih murah apabila volume besar.

Kekurangan:

  • perlukan modal untuk hantar stok awal,
  • perlu rancang supaya stok tidak tersadai.

Untuk permulaan, anda boleh pos dari Malaysia dahulu.
Selepas nampak produk mana yang betul-betul jalan, barulah fikir untuk upgrade ke model warehouse.

TIPS : Kami galakkan pelajar untuk jual item yang paling laku guna warehouse seperti ShipBob Fulfillment di luar negara untuk maksimumkan untung


Langkah 6 – Urus Order, Buyer & Feedback

Apabila listing mula dapat view dan jualan, kerja anda baru bermula.

a) Apabila Order Masuk

  • Semak detail order: alamat, variasi produk, kuantiti.
  • Packing dengan kemas, pastikan barang dilindungi (bubble wrap, kotak sesuai).
  • Hantar menggunakan courier yang anda pilih.

b) Masukkan Tracking Number

Kemas kini tracking number di panel eBay:

  • buyer boleh track sendiri,
  • eBay nampak anda fulfil order tepat masa.

c) Komunikasi Dengan Buyer

Gunakan nada:

  • sopan,
  • profesional,
  • jelas dalam menjawab soalan.

Feedback yang baik akan:

  • menaikkan reputasi akaun,
  • memudahkan listing anda dipilih oleh buyer baru.

Kisah Sebenar Student : Dari Suri Rumah di Kluang ke 71K USD Setahun

Sekarang saya bawa satu contoh realiti supaya anda nampak bagaimana langkah-langkah tadi diterjemah menjadi angka.

Latar belakang Ifah Syahirah

Nama beliau Ifah Syahirah.

  • Asal Bangi, Selangor; kini menetap di Kluang, Johor.
  • Suri rumah sepenuh masa hampir 3 tahun.
  • Pada masa yang sama, seller eBay sepenuh masa.
  • Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
  • Seorang introvert yang lebih selesa bekerja di belakang tabir dengan laptop, bukan muncul di hadapan kamera.

Sebelum eBay, beliau pernah cuba:

  • dropship pelbagai barang,
  • affiliate Shopee dan TikTok.

Tetapi beliau rasa tidak sesuai kerana:

  • tidak selesa buat konten depan kamera,
  • tidak seronok “kejar view”.

Beliau lebih suka:

duduk dengan laptop, buat market research, cari produk yang betul-betul ada permintaan dan biarkan data yang bercakap.

Bila Ifah mula dengan eBay?

Ifah kenal eBay melalui team saya (Dr. Zul) dan join kelas face-to-face pada Januari 2024.

Dalam kelas itu, kami tunjuk:

  • cara buka akaun syarikat,
  • cara buka akaun bank yang sesuai,
  • cara link dengan Payoneer,
  • dan step-by-step untuk setup akaun eBay.

Selepas kelas:

  • beliau ambil masa ±2 bulan untuk betul-betul siapkan setup,
  • akaun eBay beliau siap digunakan sekitar Mac 2024.

Dari Mac hingga Mei 2024, fokus beliau hanya satu:

cari produk high demand di eBay, refine market research dan bina listing yang konsisten.

Pada bulan Jun 2024, usaha 3 bulan tadi mula membuahkan hasil – graf jualan bermula naik dengan lebih jelas.

Seperti seller lain, graf itu tidak lurus:

  • ada bulan naik tinggi,
  • ada bulan sedikit menurun (contoh: September),
  • kemudian naik semula.

Ifah faham itu normal untuk eBay seller dan kekal konsisten.

Hasil Setahun Pertama (2024)

Untuk tempoh 1 Januari 2024 – 31 Disember 2024:

  • Jumlah jualan (total sales): USD 71,243
  • Kuantiti item terjual: 632 item sold
  • Jumlah buyer: 575 buyer

Kategori utama yang menyumbang jualan:

  • Collectible items
  • Toys & Hobbies
  • Health & Beauty

Menariknya, banyak barang ini:

  • sebenarnya senang didapati di Malaysia,
  • ada yang boleh jumpa di pasar raya biasa,
  • atau senang dibeli di Shopee, 99 Speedmart dan sebagainya.

Tugas utama Ifah ialah:

  • tapis mana yang mempunyai data demand kuat di eBay,
  • kira margin selepas kos pos dan fee,
  • barulah listing.

Hasil 6 Bulan Pertama Tahun 2025

Untuk tempoh 1 Januari 2025 – 30 Jun 2025 (hanya 6 bulan):

  • Jumlah jualan terkumpul: USD 53,000
  • Kuantiti item terjual: ±1,200 item sold
  • Jumlah buyer: 804 buyer

Perbandingan ini menunjukkan:

  • jumlah buyer dalam 6 bulan 2025 sahaja sudah melebihi sepanjang 12 bulan 2024,
  • momentum akaun semakin kuat daripada tahun ke tahun.

Kategori tertinggi masih konsisten:

  • collectible,
  • toys and hobbies,
  • movies & TV.

Antara contoh produk:

  • Hot Wheels dan aksesori berkaitan,
  • gundam dan mainan hobi lain,
  • kad-kad koleksi.

Mat Salleh memang sangat meminati kategori ini, lebih-lebih lagi jika:

  • produk tersebut unik,
  • datang dari Malaysia atau Asia,
  • dan sukar ditemui di negara mereka.

Cara Ifah Packing & Urus Order

Ifah mempunyai “mini fulfilment center” di rumah:

  • satu meja khas untuk packing,
  • rak simpan stok,
  • bubble wrap, cling wrap, kotak, tape dan lain-lain.

Untuk Hot Wheels sebagai contoh:

  • beliau akan masukkan dulu kereta ke dalam protector khas,
  • tujuan utama ialah menjaga keadaan kad dan kereta kerana collector memang sangat mementingkan keadaan packaging.

Setiap hari Isnin hingga Jumaat:

  1. Beliau pilih produk yang terjual,
  2. Packing satu demi satu dengan bubble wrap dan kotak,
  3. Tampal airway bill (contoh: ke US, UK, Italy, UAE dan lain-lain),
  4. Letak semua parcel di depan rumah.

Courier seperti DHL / GDEX akan datang pick up parcel tersebut.

Ifah tidak perlu:

  • beratur di kaunter pejabat pos,
  • atau tunggu di depan rumah.

Beliau hanya tinggalkan pesanan kepada rider dan boleh sambung kerja lain seperti mengurus rumah, memasak dan sebagainya.

BACA cara handle kes item not received ebay

Akaun eBay: Listing, Impressions & Feedback

Untuk gambaran skala:

  • Ifah mempunyai sekitar 947 active listing di kedai eBay beliau.
  • Dalam 31 hari tertentu, akaun beliau menerima lebih kurang 4.9 juta impressions dari buyer serata dunia.

Dalam satu bulan terkini yang beliau tunjuk:

  • jualan sekitar USD 9,000 sebulan,
  • 252 item sold,
  • 180 buyer dalam masa sebulan.

Dari sudut feedback:

  • bulan tersebut beliau menerima 73 positive feedback,
  • dan 0 negative feedback.

Ini sangat penting kerana:

  • terlalu banyak negative feedback boleh jatuhkan akaun ke tahap below standard,
  • bila itu berlaku, impression akan merudum dan sales terjejas.

Setakat ini, Ifah:

  • mencapai status Top Rated Seller di beberapa region (US, UK, global),
  • masih Above Standard di beberapa region lain yang baru diteroka (contoh: Austria/Germany).

Ini hasil kombinasi:

  • jaga shipping time,
  • jaga kualiti pembungkusan,
  • dan jaga komunikasi dengan buyer.

Setup & Modal: Bukan Peralatan Mewah

Satu lagi perkara yang ramai tak nampak:

  • Setup Ifah bukan studio mahal;
  • Kebanyakan peralatan adalah second-hand.

Contohnya:

  • laptop dan PC lama yang dikongsi dengan ahli keluarga,
  • keyboard dan mouse biasa (malah mouse dari DHL),
  • hanya printer sahaja yang beliau beli selepas terkumpul keuntungan dari eBay.

Software utama yang digunakan:

  • Google Chrome untuk urus akaun dan research,
  • Canva untuk edit gambar.

Beliau selalu tekankan:

“Bukan perlukan laptop high-performance. Yang penting boleh buka Chrome dan Canva dengan stabil.”

Pengalaman Akaun Kena Suspend & Diselamatkan Semula

Ifah juga melalui fasa yang ramai seller takut: akaun kena suspend.

Selepas buka akaun, beliau pernah menerima emel:

  • akaun kena MC113 – permanently suspended.

Masa itu memang down.

Tetapi melalui modul dan panduan yang kami sediakan:

  • beliau ikut step reinstate satu demi satu,
  • akhirnya akaun berjaya diaktifkan semula,
  • dan daripada akaun inilah datangnya jualan puluh-puluh ribu USD yang anda lihat tadi.

Ini menunjukkan:

  • masalah teknikal bukan penghalang mutlak,
  • asalkan ada panduan yang jelas dan support group untuk rujukan.

Manfaat Kewangan & Keluarga

Hasil keuntungan eBay, Ifah dapat:

  • menghadiahkan sebuah motor baru kepada suami untuk pergi kerja,
  • menyimpan lebih banyak wang,
  • membantu beli barang basah harian,
  • menambah modal dan merancang untuk melancong.

Suami beliau sendiri mengakui:

  • eBay meringankan beban kewangan keluarga,
  • dan beliau gembira melihat isteri bersemangat bercerita tentang pengalaman dan kejayaan jualan setiap hari.

Walaupun mereka tinggal di kawasan kampung di Kluang, courier antarabangsa tetap boleh sampai.
Ini membuktikan:

“Duduk Kluang tak apa, janji gaji USD.”

Tonton temubual penuh dengan Puan Iffah di > SINI <

Adakah eBay Mudah?

Ifah sendiri simpulkan:

  • eBay tidak terlalu susah,
  • tetapi tidak juga terlalu senang.

Apa yang diperlukan:

  • kesabaran tinggi,
  • kesungguhan untuk konsisten,
  • komitmen untuk jaga akaun dan buyer.

Beliau bermula dari zero knowledge tentang eBay, tetapi dengan:

  • modul yang tersusun,
  • rakaman kelas,
  • group support yang aktif,

akhirnya beliau sampai ke tahap sekarang.

Poin penting untuk anda:

Kalau suri rumah di Kluang dengan laptop second-hand pun boleh capai tahap ini, peluang untuk anda bukan mustahil.
Cuma syaratnya: anda perlu sanggup belajar dan buat kerja betul-betul.

BACA kisah kejayaan seorang kakitangan kerajaan yang tak perlu berhenti kerja, tapi masih boleh berjaya di ebay di > SINI <


Kesilapan Biasa Seller Malaysia Bila Baru Mula Jual di eBay

Walaupun sudah ada banyak contoh berjaya, ramai masih sangkut di peringkat awal kerana mengulangi kesilapan yang sama.

Antara yang paling kerap:

  1. Tidak buat research, terus pilih barang ikut suka
    Nampak produk comel → terus beli stok banyak → baru sedar demand lemah.
  2. Letak harga tanpa kira semua kos
    Atas kertas nampak untung, tetapi selepas campur eBay fee, payment fee, shipping dan packaging, rupanya sangat nipis.
  3. Overclaim di listing
    Janji shipping 5 hari, padahal realiti 10–14 hari.
    Buyer marah, feedback jatuh.
  4. Tidak jaga handling time
    Order masuk tetapi tangguh packing.
    Data di belakang tabir eBay rekod semua ini.
  5. Tidak sabar, expect kaya dalam 1–2 bulan
    Biasanya 1–3 bulan pertama ialah fasa belajar, bukannya fasa “meletup”.

Jika anda boleh elak 5 perkara ini dan ikut langkah sistematik, anda sudah jauh ke hadapan berbanding ramai orang yang hanya “cuba-cuba”.


Adakah Anda Perlukan English Power & Laptop Mahal?

Antara sebab orang takut mula:

  1. Takut tidak pandai bahasa Inggeris

    Dengan teknologi hari ini:
    • anda boleh gunakan Google Translate,
    • atau ChatGPT untuk bantu draft ayat,
    • kemudian anda semak semula dan ringkaskan.
  2. Yang penting, anda faham konsep asas dan tidak menipu buyer.
  3. Takut tak mahir teknikal online

    Jika anda pernah:
    • beli atau jual barang di Shopee,
    • atau pernah gunakan TikTok Shop,
  4. sebenarnya anda sudah ada “rasa” bagaimana marketplace berfungsi.
    eBay juga marketplace – cuma buyer utamanya ialah orang luar negara.
  5. Tiada laptop high-end

    Seperti yang Ifah tunjukkan:
    • laptop RM2–3 ribu pun memadai,
    • yang penting stabil dan boleh jalankan Chrome + Canva.

Jadi, ketakutan ini sebenarnya lebih kepada mental block, bukan halangan sebenar.


Ringkasan: Apa Langkah Anda Selepas Baca Artikel Ini?

Jika anda baca sampai sini, besar kemungkinan anda:

  • serius mahu tahu cara jual barang di eBay dari Malaysia,
  • dan sedang mencari laluan yang realistik, bukan janji manis.

Ringkasan langkah:

  1. Fahami peta besar permainan eBay (anda baru sahaja baca).
  2. Pilih satu kategori produk yang anda mampu supply dan ada data demand.
  3. Buka akaun eBay dan setup payment dengan betul.
  4. Siapkan listing pertama – jangan tunggu sempurna.
  5. Belajar teknik packing & shipping yang selamat dan menjimatkan.
  6. Jaga komunikasi dengan buyer dan bina feedback positif.
  7. Bila sudah ada jualan konsisten, barulah fikir untuk naikkan limit, tambah listing dan mungkin guna warehouse luar negara.

Jika anda mahu pendekkan proses trial & error:

  • anda boleh belajar menggunakan modul yang tersusun,
  • lengkap dengan rakaman, contoh real case seperti Ifah,
  • serta group support untuk bantu ketika berlaku isu teknikal, shipping atau akaun.

Apa juga jalan yang anda pilih selepas ini, satu perkara penting:

Jangan berhenti di fasa “tengok orang lain buat”.
Listing pertama mungkin kecil, tetapi itulah langkah paling susah yang membezakan antara orang yang hanya membaca… dengan orang yang benar-benar mula jual barang di eBay.

Jika anda mahu menjadi seperti Puan Iffah dan rakan rakan yang sudah berjaya di ebay, anda boleh bertemu sendiri dengan saya di dalam kelas terdekat di > SINI <

Yang Penting, Duduk Malaysia Tak Apa, Janji Gaji USD.

2 thoughts on “Cara Jual Barang di eBay 2026 (Panduan Lengkap Utk Beginner)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top