Pengenalan
Cara buat market research eBay. Ramai orang sangka, kalau nak serius jual di eBay, kena langgan software USD99 sebulan dulu baru boleh “nampak” barang apa yang laku. Betul ke?
Kalau tengok realiti, ramai seller Malaysia yang bermula kecil-kecilan, cuma guna apa yang memang sudah ada dalam eBay: fungsi sold listing, data dalam Seller Hub, dan logik kira-kira yang waras.
Cara buat market research ebay sebenarnya bukan ilmu rahsia. Ia cuma proses menjawab beberapa soalan asas:
- Barang ni ada orang beli tak?
- Berapa ramai seller tengah jual benda sama?
- Harga selamat untuk kita masih boleh untung?
- Buyer banyak datang dari negara mana?
Artikel ini tunjuk step-by-step cara buat market research eBay dengan tools percuma yang sudah ada dalam akaun anda, tanpa perlu subscribe software luar yang mahal.
Siapa Yang Patut Belajar Cara Buat Market Research eBay?
Kalau anda fikir “ala, saya list je dulu, nanti tengok macam mana”, itu sebenarnya seperti main “loteri produk”. Kadang-kadang menjadi, tapi banyak kali hangus modal.
Market research eBay ini sangat kritikal untuk:
- Newbie seller Malaysia yang baru nak mula dan takut tersalah beli stok.
- Part-time seller yang modal terhad dan tak boleh tanggung stok tersangkut berbulan-bulan.
- Existing seller yang dah jual tapi rasa sales tak konsisten dan tak pasti punca.
Kalau anda termasuk dalam mana-mana kategori di atas, logiknya: lebih baik luang masa 1–2 jam buat research, daripada burn beratus-ratus ringgit sebab tersalah pilih produk.
Cabaran Cara Buat Market Research ebay (Tanpa Ilmu)
Sebelum masuk strategi, kita kena jujur dulu: apa kesalahan yang selalu dibuat bila “buat research” sendiri?
- Tengok satu dua listing, terus buat kesimpulan
Nampak satu barang jual USD50, terus rasa:
“Ok, confirm aku boleh jual harga sama.”
Sedangkan mungkin itu satu-satunya jualan dalam 90 hari. - Tak tengok sold listing, hanya tengok apa yang orang LIST
Listing yang wujud bukan bukti orang beli. Itu cuma bukti orang cuba JUAL. - Tak kira kos shipping & fee langsung
Nampak harga jual USD30, tapi tak sedar kos pos + fee dah makan USD20. Tinggal USD10, bila convert ke RM dan tolak kos barang, rupanya almost tak ada untung. - Ikut rasa, bukan data
“Aku rasa orang US mesti suka benda ni.”
Rasa tak salah, tapi kalau data kata lain, siapa kita nak lawan?
Cabaran-cabaran ini boleh dikurangkan kalau kita ikut beberapa langkah sistematik.
Strategi Market Research eBay Tanpa Software Mahal
Langkah 1 : Guna Search eBay + Filter “Sold Listings”
Ini langkah paling asas dan paling ramai malas buat.

Pergi ke eBay.com dan taip keyword produk anda. Contoh:
- “malaysia white coffee”
- “batik sarong malaysia”
- “malaysia snack mix”
Di bahagian kiri (filter), klik “Sold items”.
Ini akan tunjuk hanya listing yang betul-betul sudah terjual, bukan listing yang tengah tergantung.

Perhatikan beberapa perkara penting:
- Harga jual – berapa julat harga yang orang sanggup bayar?
- Tarikh jual – adakah ia terjual setiap minggu, atau sekali dua sahaja?
- Quantity – ada seller yang berjaya jual banyak unit?
- Cara mereka bundle – satu unit atau combo pack?
- Gambar & tajuk – adakah mereka guna gambar jelas, tajuk padat, dan sebut “Malaysia” dengan jelas?
Dengan langkah ini pun, anda sudah dapat gambaran awal:
“Produk yang aku fikir ni, ada orang beli ke, atau hanya wujud dalam imaginasi aku?”
Langkah 2 : Guna Terapeak Product Research Dalam Seller Hub
Ramai tak sedar, bila anda ada Seller Hub (atau Store tertentu), anda sebenarnya sudah dapat akses ke Terapeak Product Research tanpa perlu bayar software luar.

Fungsi Terapeak ini membenarkan anda:
- Masukkan keyword produk
- Pilih tempoh masa (contoh 30 hari, 90 hari)
- Tengok data seperti:
- Average sold price
- Bilangan item terjual
- Sell-through rate (peratus listing yang berjaya terjual)
- Negara buyer & seller dominan
- Trend harga naik atau turun dari masa ke masa
- Average sold price
Cara ringkas guna:
- Masuk ke Seller Hub.
- Pergi ke tab Research → pilih Terapeak Product Research.
- Masukkan keyword utama produk anda.
- Set tempoh contohnya 30 atau 90 hari.
- Analisis data yang keluar.
Beberapa soalan kritikal yang patut anda jawab:
- Adakah produk ini konsisten terjual setiap bulan, atau hanya seasonal?
- Adakah terlalu ramai seller besar yang sudah mendominasi harga?
- Adakah ada ruang margin yang logik bila anda kira kos dari Malaysia?
Terapeak bukan tukang tilik nasib. Ia cuma bagi anda data sejarah. Cara faham data itu yang membezakan seller yang survive dengan seller yang sentiasa salah langkah.
BACA Cara Buat Duit Online Tujuh Angka di Ebay
Langkah 3 : Susun Data Dalam Spreadsheet Ringkas
Satu lagi perangkap: ramai orang “nampak” data, tapi tak rekod. Esok lusa, semua lupa dan ulang dari awal.

Buat satu spreadsheet simple (Excel / Google Sheets) dengan kolum:
- Keyword
- Avg sold price (USD)
- Number of sold items (30/90 hari)
- Sell-through rate (kalau guna Terapeak)
- Negara buyer utama
- Nota (contoh: ramai seller dari US, banyak jual bundle 3-in-1, dll.)
Dengan cara ini, anda boleh bandingkan 3-5 produk berbeza secara lebih objektif:
“Produk A nampak hype, tapi rupanya Produk C lebih konsisten dan kurang pesaing.”
BACA cara handle kes item not received ebay
Langkah 4 : Semak Trend & Seasonality
Tak semua produk sesuai jual sepanjang tahun. Ada produk:
- Meletup masa musim perayaan (contoh: biskut raya style)
- Peak masa winter di negara buyer (contoh: minuman panas, pakaian sejuk)
Dalam Terapeak, anda boleh lihat graf jualan mengikut tempoh masa. Kalau nampak pattern menaik hanya 2–3 bulan tertentu, jangan hairan kalau bulan lain slow.
Di sini anda boleh buat keputusan lebih waras:
- Nak layankan produk seasonal (dengan persediaan stok & cashflow),
- Atau fokus pada produk yang lebih “stabil” sepanjang tahun.
Langkah 5 : Cross-Check Dengan Kos Sebenar Dari Malaysia
Ini bahagian paling diabaikan, padahal di sinilah profit hidup atau mati.
- Kira kos produk di Malaysia (lepas pembungkusan).
- Check kos pos (courier yang anda guna) → tulis dalam USD.
- Anggarkan fee eBay + Payoneer/processor.
- Bandingkan dengan average sold price yang anda nampak dari sold listing / Terapeak.
Kalau selepas kira semua, untung yang tinggal terlalu nipis, anda ada dua pilihan:
- Cari cara bundling (jual 2–3 unit sekali gus) untuk justify kos pos.
- Atau terus move on, cari produk lain yang lebih sihat margin.
Hasil : Apa Jadi Bila Market Research Dibuat Dengan Betul?
Jangan mengharap magik. Market research bukan jaminan semua produk confirm laku. Tapi sekurang-kurangnya:
- Anda kurangkan risiko tersilap beli stok
– Daripada main hentam 10 produk, anda fokus pada 2–3 produk yang ada bukti jualan. - Harga listing lebih realistik
– Tak terlalu murah sampai rugi, tak terlalu mahal sampai langsung tak gerak. - Anda nampak siapa pesaing sebenar
– Bukan rasa “penuh orang jual”, tapi nampak fakta: berapa ramai seller aktif, dari negara mana, strategi mereka apa. - Keputusan anda lebih tenang
– Bila pilih produk berdasarkan data, emosi panik sedikit berkurang. Kalau slow, anda tahu puncanya, bukan sekadar tuduh nasib.
Hasil paling penting: anda membina kebiasaan berfikir seperti usahawan yang guna data, bukan sekadar penjual yang ikut trend.
BACA Akauntan Jadi Usahawan Wanita Berjaya di ebay
Pengajaran Penting Dari Proses Market Research eBay
Beberapa poin yang patut anda pegang:
- Listing banyak tanpa research bukan strategi, itu perjudian.
- Tools percuma dalam eBay sudah cukup untuk mula, asalkan anda rajin gali dan rekod.
- Satu produk yang “nampak hot” belum tentu stabil, tengok data sekurang-kurangnya 30–90 hari.
- Margin lebih penting dari turnover kosong.
Jual 100 unit tapi untung seringgit seunit tak sama dengan jual 20 unit tapi untung sihat. - Market research bukan kerja sekali seumur hidup.
Anda perlu audit niche dan produk secara berkala, sebab trend buyer berubah.
Langkah Seterusnya Untuk Seller Malaysia
Kalau anda sudah sampai sini, ada dua langkah logik yang boleh diambil sekarang:
- Pilih 1–3 produk untuk diuji guna langkah di atas
– Jangan tunggu semua “perfect”. Buat research simple, kira kos, dan list beberapa produk sebagai eksperimen terkawal. - Mendalamkan ilmu jualan eBay dari sudut Malaysia
– Rujuk artikel “Cara Jual Barang di eBay Dari Malaysia” sebagai panduan menyeluruh tentang setup akaun, listing, shipping dan pengurusan risiko.
– Dari situ, artikel seperti “Barang Apa Yang Laku di eBay? 25 Idea Produk Dari Malaysia” dan “Cara Pos Barang Dari Malaysia ke USA Melalui eBay” akan jadi pelengkap kepada strategi anda. (saya akan tulis pada posting berikutnya)
Market research eBay bukan benda glamor, tapi inilah kerja “di belakang tabir” yang membezakan seller yang sentiasa goyang dengan seller yang bisnesnya makin kukuh dari tahun ke tahun.
Mahukan bimbingan secara bersemuka atau melalui kelas online mengenai cara menjual di ebay? Daftar di > SINI <


Alhamdulillah. Sangat bermanfaat. Teruskan perkongsian tuan.
insyaallah tuan, terima kasih support saya