0

Loading ...

Malaysia negara kedua paling teruk di dunia jika nak belajar memandu

Masa belajar memandu dahulu min berusia 22 tahun, baru habis belajar, ada saudara yang baik hati beri min RM1000, duit pinjaman untuk bayar lesen memandu.


Waktu itu, jiran min adalah guru di institut memandu berkenaan, dan yang jadi tak bestnya sebab kena bertolak awal awal pagi bersama yang lain untuk ke sana


Bila kita dah habis latihan memandu, kena tunggu berjam-jam lagi sebab nak tunggu yang lain habis, ialah nak balik sendiri tempat pun jauh dan pengangkutan awam pun memang susah nak dapat.


Masa tu, keadaan jalan raya di situ memang mencabar, sebab berbukit dan jalan itu banyak dilalui oleh kenderaan kenderaan berat seperti lori pasir dan kontena, berdekatan pula dengan kawasan industri


mahu tak stress, mana nak elak jalan jalan rosak lagi, mana nak jaga jaga dengan lori lori yang besar gajah lagi


Bercakap pasal belajar memandu ini, min sebenarnya ada pengalaman tak best dan stress juga hahaha


Min pernah cuba bawa kereta Perodua Kancil arwah abah, hari pertama kereta baru sampai di rumah, min dah beranikan diri bawa, rasa macam diri ini hero tamil sekejap.


Masa tu min berusia 20 tahun, min tengok je abah ajar sikit-sikit cara masuk gear manual dan arwah abah duduk di sebelah, punyalah happy


min rasa banggo naik kereta baru, sebab memang dari kecil tak pernah rasa naik kereta sendiri, arwah abah hanya ada motosikal.


Arwah abah jalan jalan dalam kampung dan nak jadi cerita petang itu apabila sampai di satu simpang tiga keluar dari kampung, min tiba tiba gelabah ayam, nak brek tapi tertekan pedal minyak


Ya Allah masa tu, lori pasir dua tiga biji tengah menderu laju dari arah kanan min


Nasib baiklah arwah abah ada, dia lah bertempik suruh tekan pedal brek yang betul, terus melambung-lambung kereta biru metalik itu.


Itulah last min dapat bawak kereta arwah abah, lepas tu abah min taubat, haha


Nak cerita pasal belajar memandu ni, semalam, min terbaca satu posting, Malaysia duduki tangga kedua negara paling teruk di dunia bagi mereka yang belajar memandu


Menurut kajian platform pendidikan pemandu Zutobi, Malaysia hanya berjaya raih skor 2.38 daripada 10.


Di Malaysia, bilangan kenderaan sangat tinggi di jalan raya iaitu kira-kira 85,000 setiap 100,000 orang.


Walaupun kita antara yang punya kemudahan rangkaian jalan raya yang paling komprehensif di Asia, tetapi kadar kematian akibat kemalangan jalan raya juga tinggi, iaitu 23 per 100,000 pengguna.


Kualiti jalan pula, kita dapat skor 5.3 daripada 10 dan kesesakan jalan raya memang menambah lagi teruknya Malaysia di mata pengkaji berkenaan.


Poland jadi juara paling teruk di dunia ini apabila mendapat 2.14 daripada 10 dari segi pembelajaran memandu.


Kadar kematian trafik jalan raya sebanyak 9 bagi setiap 100,000 orang manakala kualiti infrastruktur jalan raya Poland adalah sederhana.


Negara ini dapat skor 4.3 daripada 10. 


Tempat ketiga paling teruk nak belajar memandu adalah Greece yang dapat markah 2.38 daripada 10.


Kualiti infrastruktur jalan raya negara agak rendah, dengan skor 4.6 daripada 10.


Kadar kematian trafik jalan raya adalah 8 bagi setiap 100,000 orang.

Sebaliknya, belajar memandu di Singapura adalah pengalaman paling tidak memberi tekanan, dengan skor 8.27 daripada 10 dalam laporan Zutobi.


Jadi jika benarlah Malaysia jadi tempat kedua paling stress nak belajar memandu, min nampaknya mengiyakan tambah-tambah lagi lepas ni ada CCTV di highway yang akan jadi tukang kira berapa laju dan keluarkan saman. Stress!


Habis//

Nak belajar cara dapat duit USD ? Jom belajar kemahiran menjual di eBay. Tekan di>>>SINI<<<



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih