Super admin . 1st Mar, 2024 04:03 AM
Seramai 29,000 graduan belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada 2022 lapor Berita Harian
Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, itu adalah data rasmi sistem kajian pengesanan graduan yang dikeluarkan kementerian
Beliau berkata, jumlah graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada 2021 adalah seramai 41,467 atau 14.5 peratus.
"Kebolehpasaran graduan diberikan perhatian sangat serius oleh KPT.
"Memang tidak dinafikan bahawa bilangan siswazah dalam negara meningkat setiap tahun.
"Bagaimanapun, kadar pengangguran siswazah mengalami penurunan sebanyak 0.4 peratus untuk mencatatkan 3.7 peratus pada 2022, berbanding 4.1 peratus pada 2021," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi KPT di Dewan Rakyat
Mohamed Khaled berkata, pihaknya mengakui ramai graduan pasca siswazah yang belum mendapat pekerjaan.
Katanya, ini kerana mereka yang berkelulusan pasca siswazah di negara ini tidak banyak pusat atau institusi penyelidikan sama ada di peringkat kerajaan ataupun swasta yang menawarkan pekerjaan.
"Jadi itu satu perkara yang kita tidak menafikan hakikat, bagaimanapun KPT sudah melaksanakan inisiatif secara berterusan bagi memastikan bakat dan kemahiran yang pelbagai dapat diberikan kepada siswazah kita.
"Antaranya kita melaksanakan semakan dan penambahbaikan kurikulum secara berkala dalam tempoh tiga hingga lima tahun bagi memastikan pelajar yang mengambil bidang berkenaan mempunyai daya saing serta keboleh pasaran yang tinggi sebaik saja menamatkan pengajian," katanya.
Dalam pada itu, seorang pelajar universiti swasta, Haiqal Fareez Zuhairy berkata, beliau tertarik menghadiri Bengkel Ebaypreneur Export Oversea Academy Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kerana mahu buat side income
“Saya mahu jana side income untuk bayar keperluan yuran belajar dan sebagainya
“Saya dari kalangan keluarga B40. Ayah kerja sendiri dan gaji ikut hari dalam RM60-70 sehari.
“Kalau tak kerja tak ada duit. Sebelum itu ayah kena buang kerja tetap sebab wabak Covid-19.
“Emak pula buat kuih muih untuk tampung perbelanjaan tambahan kalau gaji ayah tak cukup.
“Adik beradik saya ada 4 termasuk saya. 2 di universiti, 2 masih sekolah rendah.
“Saya ada ambil pinjaman pendidikan sebab mak ayah saya tak mampu nak tampung semua keperluan saya.
“Selain saya tak dapat tawaran biasiswa dari zakat universiti awam.
“Seorang lagi Alhamdulillah dapat tawaran biasiswa dari zakat universiti swasta.
“Jadi, tinggal 2 orang dari sekolah rendah yang mak ayah saya kena tanggung,” katanya.
Bagi Mohd Shamim Aiman bin Ahmad Rashidi pula, dia tertarik menghadiri bengkel yang sama kerana ingin belajar jana income USD melalui bisnes online eBay.
“Saya adalah anak sulung dari 3 beradik.
“Baru adalah graduan yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dan sedang mencari kerja.
“Saya ingin membantu ibu dalam menyelesaikan hutang keluarga dan hutang pengajian yang perlu dilangsaikan.
“Susah nak mencari pekerjaan sebagai seorang jurutera apatah lagi melihat kawan kawan lain sudah memperoleh pekerjaan,” katanya.
habis//
Sumber artikel dan foto Berita Harian
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<