Loading

 

Berbudi kepada tanah jana RM600,000 setahun

Usaha tiga sahabat berbudi kepada tanah terbiar tidak sia sia apabila mampu meraih jualan pertanian mencecah enam angka, setahun.

Mejar (B) Mohd Farid Daud, 37, dan Ahmad Hazid Mat Hassan, 37, yang juga bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Mohd Affendy Daud, 43, menanam labu manis, pisang, tebu dan rumput napier, selain menternak ayam kampung dan ikan keli.

Projek ladang integrasi itu bermula pada awal 2022 dengan di tanah seluas 0.8 hektar di Kampung Labu Hilir dan Kampung Tiroi, Labu, Negeri Sembilan

Lokasi tapak projek itu disewa daripada penduduk tempatan sebanyak RM100,000 kini diperluaskan kepada lebih enam hektar seperti lapor Berita Harian

“Tahun lalu kami berjaya meraih hasil jualan keseluruhan RM600,000 melalui pengeluaran hasil lebih 200 tan.

“Kami memilih untuk mempelbagaikan hasil pendapatan dan memilih produk yang mendapat permintaan pasaran,” kata Mohd Farid, selaku ketua projek.

Mereka bercucuk tanam dan menternak haiwan dalam masa yang sama untuk mengoptimumkan penggunaan tanah.

Dalam masa sama, dron turut digunakan untuk menyiram dan membaja pokok selain sumber tenaga manusia

Produk pertanian mereka dipasarkan kepada pemborong dan selebihnya dipasarkan di Pasar Borong Selayang Selangor.

Manakala, tebu, pisang dan labu manis sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.

Katanya, mereka mendapat bimbingan dari ahli keluarga yang terlebih dahulu menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.

“Kami juga mendapat kerjasama baik daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang memberikan bantuan dan nasihat dari masa ke masa.

“Setakat ini, bekalan tidak cukup kerana permintaan sentiasa tinggi dan terbuka untuk mencari pelabur serta rakan kongsi yang berminat untuk membesarkan projek ini di tanah seluas 40 hektar,” katanya 

habis//

(Gambar kredit MyEcoFarm)

Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<

eBay sekat jualan e-basikal dan bateri di UK

eBay nyah dokumen perhambaan abad ke-19 dari laman webnya

Grab, kisah dari perbualan zero menjadi hero

Leave a Reply

Your email address will not be published.