Tiktok berhentikan pekerja di Malaysia menjadi topik panas netizen sejak minggu lalu
Sudah tentu ia berkait rapat dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang sedikit demi sedikit menggantikan tenaga kerja manusia
Hari ini, The Sun melaporkan seramai 481 pekerja TikTok di negara ini disahkan terbabit dalam pemberhentian berkenaan.
Sementara itu, menurut Reuters, langkah berkenaan diambil bagi mengalihkan tumpuan ke arah penggunaan AI yang lebih meluas dalam penyederhanaan kandungan.
Pekerja yang terjejas, kebanyakannya terbabit dalam operasi penyederhanaan kandungan firma.
Tiktok berhentikan pekerja : masih ada 3,700 pekerja lain di Malaysia
TikTok menggunakan gabungan pengesanan automatik
dan moderator manusia untuk menyemak kandungan yang disiarkan di platform itu.
Tiktok berhentikan pekerja berlaku apabila firma teknologi global menghadapi tekanan kawal selia yang lebih besar di Malaysia,
Kerajaan telah meminta pengendali media sosial memohon lesen operasi menjelang Januari sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi kesalahan siber.
Malaysia melaporkan peningkatan mendadak dalam kandungan media sosial yang berbahaya awal tahun ini dan menggesa firma, termasuk TikTok, untuk meningkatkan pemantauan di platform mereka
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata berdasarkan pertemuannya dengan TikTok Malaysia semalam, syarikat itu memaklumkan jumlah pekerja di negara ini masih tinggi iaitu sekitar 3,700 orang dengan pemberhentian pekerja membabitkan 481 pekerja.
Habis//
(Gambar kredit Reuters)
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
Grab, kisah dari perbualan zero menjadi hero
Jutawan Sirivat Voravetvuthikun muflis kerana sikap tamak
Fateh Watches, lambang kemasyhuran pahlawan silam
Jangan beli Alphard jika bisnes baru setahun jagung – Bos susu
Peraturan 10 minit : Cara Steve Jobs hilangkan kekusutan fikiran
Raih RM1.2 juta cipta dan jual tempat duduk kanak-kanak
Kembar genius Amin Abid kacak luar, kacak dalam
Anggur hidup subur di Malaysia, lelaki ini sudah buktikannya