Honda Day jadi bahan lawak netizen beberapa hari ini, mana tidaknya ia berpunca daripada hadiah tajaan iaitu sebuah kereta Honda Accord SM4 yang sudah lusuh.
Hadiah itu adalah hasil cabutan bertuah kepada pemenang utama sempena Honda Day 2024 di Litar Antarabangsa Sepang, 5 Oktober 2024.
Ramai yang mengungkit bahawa hadiah kereta buatan tahun 1991 dan berharga RM3,500 itu, tak berbaloi serta memalukan
Sebelum itu, ada yang meneka-neka hadiah cabutan utama acara permotoran itu bakal menawarkan sebuah kereta seperti Honda Civic FN
Bagi yang mahu mencuba nasib, ada yang sanggup menyertai acara cabutan bertuah dengan membeli baju acara terbabit yang berharga RM80 sehelai dan beg RM10.
Dalam satu paparan screen shot yang tular, penganjur didakwa berjaya menjual 8,000 helai baju berkenaan atau bersamaan hasil sebanyak RM640,000!
Berikutan respon diterima, penganjur, Remy Ampang tampil memohon maaf dan menggantikan semula hadiah berkenaan dengan sebuah BMW F30 terpakai
Penulis sebenarnya tumpang geli hati dengan isu yang terjadi tetapi kita tak mahu lah jadi batu api
Kita nak beritahu kepada geng-geng kereta, jika ada lubuk barang-barang spare part baharu atau terpakai, original atau OEM cuba-cubalah jual di eBay
Lihatlah data hasil laporan Zik Analytics di bawah ini
Produk Honda terjual lebih USD 22,576 @ RM96,652.89 sen di eBay sejak 30 hari lalu
Fuhhh, sudah boleh jadi duit muka keluar sebuah Civic Type R baharu, dengar pulak ada rebat RM80,000, hehe
Sekian, tanda hadir memeriahkan suasana
Habis//
Gambar kredit kepada Scrut
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
Klasikku raih lebih RM45,000 di eBay.com sejak 30 hari lalu