Loading

FOMO YOLO budaya negatif yang merosakkan belia Malaysia

Fomo Yolo adalah singkatan kepada ‘fear of missing out’ (FOMO) dan You Only Live Once (YOLO) sudah merebak dan sedikit demi sedikit ‘menghancurkan’ golongan belia dalam negara ini

Mana tidaknya, gara gara tidak mahu ketinggalan dari orang lain dan mengikut kehendak nafsu semata-mata, mereka sanggup berhutang dan boros berbelanja

Melalui pendedahan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) terdapat 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK juga mendapati 28 peratus rakyat Malaysia yang bekerja meminjam wang untuk membeli barangan keperluan

Menurut laporan Berita Harian, Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri, berkata trend terkini itu dilihat sangat membimbangkan

Fomo Yolo : anak muda terikut-ikut trend semasa dan cara hidup anak orang kaya

Katanya, istilah terpaksa meminjam untuk memberi barangan keperluan adalah perkara serius dan bukan jalan terbaik untuk meneruskan hidup.

“Contohnya terpaksa membuat pinjaman bank atau institusi kewangan lain untuk beli barangan keperluan harian, sewa rumah, bayar kereta,” katanya.

Mohamad Fazli yang juga Dekan Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia berkata, ramai golongan belia pada hari ini sanggup berhutang semata-mata mahu membeli telefon bimbit terkini.

Katanya, sikap itu diburukkan lagi dengan terikut-ikut trend semasa dan terpengaruh dengan cara hidup rakan yang juga anak orang kaya.

Katanya, ada pihak pula menyediakan kemudahan untuk berhutang yang menyebabkan lebih mudah mereka terjebak dengan budaya beli sekarang bayar kemudian termasuklah golongan pelajar

Beliau menasihati pengguna supaya untuk menilai kemampuan kewangan sendiri dan wajar bekerja termasuk secara separuh masa bagi melunaskan hutang ataupun mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Berhutang dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya”

Semoga pihak berkuasa dapat mencari solusi akan perkara ini secara berhemah kerana jika budaya Fomo Yolo ini terus bermaharajalela tidak mustahil, binasalah generasi demi generasi

Hutang menyebabkan manusia hina dan bagi orang Islam

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَ مَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. 

Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)

Gambar kredit kepada theAsianparent Malaysia

Habis//

Jutawan Sirivat Voravetvuthikun muflis kerana sikap tamak

Fateh Watches, lambang kemasyhuran pahlawan silam

5 tips bisnes dari bos Mydin 

Jangan beli Alphard jika bisnes baru setahun jagung – Bos susu

Peraturan 10 minit : Cara Steve Jobs hilangkan kekusutan fikiran

Raih RM1.2 juta cipta dan jual tempat duduk kanak-kanak

“Akan aku bunuh semua tujuh anak-anak termasuk diri sendiri,”- imbau Kamariah Md Yatim sebelum bergelar Jutawan Pandan Wangi

Kembar genius Amin Abid kacak luar, kacak dalam 

Leave a Reply

Your email address will not be published.