Loading

Al IkhsaN tawar produk harga mampu beli dan berkualiti sejak 30 tahun lalu

Al IkhsaN punya ramai peminat di negara ini dan penulis adalah salah seorang daripadanya

Jika mahu mendapatkan kasut berkualiti dan bukannya fake, dan paling penting dalam julat harga munasabah, memang al IkhsaN lah menjadi pilihan pertama

Kebetulan lokasi kedainya hanya terletak di tepi jalan utama berhampiran kediaman dan tak memerlukan penulis menapak jauh ke dalam pusat beli belah

Ada satu lagi sebab mengapa al Ikhsan ini menjadi pilihan adalah kerana variasi kasut dan pakaian sukan berjenama popular yang mudah didapati 

Sebab inilah penulis berpendapat al Ikhsan faham benar siapa kelompok sasaran pelanggan mereka dan mereka mencuba yang terbaik bagi memenuhi keperluan golongan ini

Baru-baru ini dalam satu sesi Funnelevo Podcast di Youtube, Pengasas dan Pengerusi Al-IkhsaN Sport Sdn. Bhd, Ali Hassan Mohd Hassan mendedahkan sejak 30 tahun lalu, pihaknya tak pernah menaikkan harga produk jualan mereka secara melampau 

Al IkhsaN fokus produk bermutu bagi mereka yang minat bersukan

Al IkhsaN memahami kesusahan orang ramai yang amat memerlukan barangan berkualiti tetapi dengan harga mampu beli.

Katanya, masih ada kasut dijual pada harga RM100 atau RM99 dan dia tidak sampai hati mahu menaikkannya kerana pernah hidup susah pada waktu dahulu.

Padanya, dapat membantu orang lain yang memerlukan sudah cukup membuatkan dirinya bahagia

Lebih lebih lagi dapat meringankan beban golongan ibu bapa yang tersepit kerana perlu membelanjakan wang untuk memenuhi kemahuan anak anak .

“Harga mampu milik dan kualiti (al IkhsaN) bagus cuma bukan jenama yang pemain bola Messi pakai.

“Kalau ada yang datang beli kasut Al-Ikhsan pun kita gembira.

“Sebab kita dapat layan orang yang tak berkemampuan untuk beli ia dan ia tidak membebankan ibu bapa.

“Al ikhsan sahaja menyediakan semua walaupun ada yang cakap kita tiruan sedangkan kita fokus semuanya kepada mutu bagi mereka yang minat bersukan,” katanya.

Sport Warehouse ada barangan berjenama tetapi harga mampu milik

Beliau berkata, setiap kedai menjual peralatan dan kelengkapan sukan mempunyai kelompok sasaran tersendiri dan mengikut selera masing-masing.

Ada yang sukakan barangan berjenama tidak kisah untuk berbelanja lebih kerana dapat merasai prestij jenama dipakai

Ada pula yang mahu memakai barangan berjenama tetapi terbatas dari segi kewangan akan cuba mencari alternatif lain, sesuai dengan poket masing-masing.

“Kalau tengok sekarang kedai ni ada yang mahal dan ada juga murah disebabkan zaman ini budak-budak cepat terpengaruh, nak kasut bola macam pemain antarabangsa.

“Ibu bapanya mungkin tak berkemampuan, sebab kasut itu RM1,000 lebih.

“Kalau nak mahal dekat Football Republic, sederhana Al-IkhsaN sport, nak murah lagi dekat Sport Warehouse.

“Dekat Sport Warehouse bukan hanya ada Adidas, Nike, kita juga ada Umbro, Lotto dan jenama lain tapi harganya lebih mampu milik,” katanya.

Habis//

Jutawan Sirivat Voravetvuthikun muflis kerana sikap tamak

Fateh Watches, lambang kemasyhuran pahlawan silam

5 tips bisnes dari bos Mydin 

Jangan beli Alphard jika bisnes baru setahun jagung – Bos susu

Peraturan 10 minit : Cara Steve Jobs hilangkan kekusutan fikiran

Raih RM1.2 juta cipta dan jual tempat duduk kanak-kanak

“Akan aku bunuh semua tujuh anak-anak termasuk diri sendiri,”- imbau Kamariah Md Yatim sebelum bergelar Jutawan Pandan Wangi

Kembar genius Amin Abid kacak luar, kacak dalam 

Leave a Reply

Your email address will not be published.