Fateh Watches, pasti ada sebilangan rakyat negara ini mengetahui kewujudan jenama Malaysia ini yang dikatakan setanding jenama mewah jam tangan dunia, bukan?
Kenapa pula dikatakan begitu, mana tidaknya, pengasasnya, merupakan satu-satunya rakyat Malaysia terpilih menuntut ilmu pembuatan jam tangan mewah Patek Philippe, 32 tahun lepas.
Zainal Mohd Ali berkata, hasil dari pengalaman itulah beliau manfaatkan untuk mewujudkan jenama Fateh Watches.
Semuanya bermula ketika beliau yang bertugas di bahagian kejuruteraan sebuah kilang di Shah Alam ditawarkan untuk mengikuti latihan di Switzerland
Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, tawaran itu sebenarnya peluang emas buat dirinya yang sebenarnya mempunyai minat berkaitan jam tangan
Menghabiskan latihan selama dua tahun, kemudian Zainal mengabdikan diri sebagai pembuat jam tangan sehinggalah 30 tahun lamanya dengan syarikat berkenaan di Sungai Merab Selangor.
Fateh Watches bermula dari bawah pokok
Beliau kemudian dipinang sebagai penasihat sebuah syarikat pembuat jam tangan dan dari situ dia melebarkan kepakarannya dan berkelana selama 13 tahun ke Taiwan, China dan Hong Kong sejak 2003.
Selepas mengambil keputusan bersara, beliau yang tidak punya wang persaraan melainkan wang saguhati perkhidmatan menggunakan sebaiknya duit yang ada dengan melabur dan mencipta jenama Fateh Watches.
Journey Without Limits yang menjadi tagline jenama ini dipercayai menggambarkan bagaimana kisah permulaannya yang menginspirasikan kemasyhuran perjuangan Sultan Muhamad al Fateh, pahlawan kerajaan Islam yang berjaya menakluk Kota Konstantinopel pada zaman silam
Namun begitu, sangkaannya dengan hanya berbekalkan kualiti, produk boleh mudah dijual nyata meleset apabila percubaannya menjual jam pada peringkat permulaan di Facebook tak menjadi kenyataan.
Tidak mahu berputus asa, beliau cuba pelbagai cara termasuk membuka meja di bawah pokok, kedai pameran kenderaan, pasar tani sebelum akhirnya berjaya menjualnya di surau.
Kini cemerlang setanding jam tangan buatan Swiss
Dari situlah dia mendapat pelbagai pelanggan yang terdiri daripada mereka yang profesional dan orang ternama
Hasil penerangan mengenai kelebihan jam tangan Fateh Watches termasuk kepakarannya diperolehinya itulah yang membuka hati pelanggan untuk membeli jam tangan berkualiti tinggi serendah RM500 seutas pada waktu itu.
Dari meja di bawah pokok itu jugalah dia mendapat kontrak membuat 200 utas jam tangan hasil permintaan pelanggan.
Selepas itu, bisnesnya terus mengorak langkah cemerlang apabila jenama itu kini sudah mempunyai peminat tersendiri dan kualiti setanding jenama mewah jam tangan terkenal dunia.
Cerita asal kredit kepada YouTube APHHD Story.
Habis//
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu