Roti Paung Cikgu. Tinggalkan gaji lumayan sebagai operator kren dengan belajar menjual roti paung, produk kesukaan orang Terengganu di Pahang.
Walaupun pada mulanya, berdepan cabaran apabila masyarakat di negeri Pahang tidak begitu mengenali roti paung
namun kini produk itu kini diterima baik apabila boleh terjual hingga 500 biji sehari
Itu semua berkat kesabaran dan kesungguhan pasangan muda, Afiqrul Fattah Ahmad Iskandar, 24, dan isteri, Nur Ain Jazlina Jaafar, 22
apabila masing-masing berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi membangunkan bisnes Roti Paung Cikgu bersama-sama sejak 2022.
Jika sang suami mengorbankan kerjaya dengan gaji lumayan, tidak kurang pula sang isteri apabila tidak menyambung cita-cita dalam bidang pengajian dipelajari.
Selain roti paung kosong, pasangan itu turut mengeluarkan roti berintikan kacang, kelapa, sekaya, planta dan keju dengan resepi diwarisi turun temurun.
Dijual dengan harga serendah RM5 dan RM6 bagi inti keju, kedai Roti Paung Cikgu beroperasi dari Khamis hingga Selasa bermula 11 pagi hingga 6.30 petang.
Berawal dengan menggunakan wang simpanan untuk membangunkan bisnes, pasangan itu kini mampu berbangga apabila sudah memiliki dua cawangan iaitu di Chendor dan terbaru di Berserah, Kuantan.
Ketika ini pasangan itu menerima tempahan Roti Paung Cikgu melalui walk ini dan aplikasi menjual makanan selain mengupah ‘runner’ untuk mengantar pesanan pelanggan.
Jika berminat boleh hubungi talian 017-9523301 atau 016-7281882
(kredit artikel Sinar Harian)
Habis//
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu