Loading

Didik diri kita menjadi seperti jarum - Ruzairi Abdul Rahim

Ikuti nukilan Dato’ Prof Dr Ruzairi Abdul Rahim Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 

Alhamdulillah, hari ini 16 September, genaplah 31 tahun tertubuhnya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 

Bermula dengan PLSP, ITTHO, KUiTTHO dan akhirnya UTHM. Ada beberapa perkara yang perlu dilihat bersama;

31 tahun itu sudah cukup untuk dikatakan usia yang matang, cukup matang untuk berfikir dan bertindak, serta memikirkan kesan di sebalik tindakan yang bakal diambil.

Pada usia ini juga, sepatutnya sudah memiliki hikmah (wisdom) untuk melihat tindakan yang memberi keuntungan kepada organisasi ataupun sebaliknya.

Tidak ada lagi sifat pentingkan diri sendiri jika seseorang itu sudah melalui 31 tahun perjalanan yang penuh pengajaran. 

Betulkan niat kita kembali, teliti dengan halus tindakan yang bakal diambil.

Ruzairi Abdul Rahim : ‘Jangan jadi seperti gunting’

31 tahun ini juga sudah mampu menjadikan kita sudah cekap dalam mengendalikan tugas hakiki.

Pada usia ini, kita sudah semakin mahir dalam memahami kepentingan kerja berpasukan untuk mencapai visi dan misi yang lebih besar.

Kita sepatutnya semakin komited dalam memupuk budaya kerja yang profesional, amanah dan berintegriti, demi masa depan yang lebih cemerlang.

Kita perlu ⁠terus membina inovasi dan daya saing agar UTHM unggul di persada pendidikan tinggi negara.

Menjadi institusi dan organisasi yang kompetitif dan kompeten menjadi keutamaan.

Usia yang matang ini seharusnya tidak menjadikan kita leka dan tenggelam dalam keselesaan.

Terus meningkatkan potensi diri dan organisasi supaya UTHM terus bergerak ke hadapan adalah kemestian.

Sifat saling ⁠mempercayai antara satu sama lain harus diutamakan, supaya kita dapat bersama memajukan tempat kita mencari rezeki.

Kita harus mencari peluang untuk menambah dan meningkatkan nilai kompetitif, agar kita terus relevan dengan peredaran zaman.

Untuk menuju peningkatan ‘usia’ yang lebih panjang, pengukuhan reputasi global dalam kalangan staf dan pelajar samada menerusi kolaborasi akademik, penyelidikan dan inovasi serta program pelajar perlu menjadi agenda utama universiti.

Didik diri kita untuk menjadi seperti jarum, dalam bergerak ia menyatukan.

Jangan jadi seperti gunting, ia bergerak, namun memutuskan dan memisahkan.

Teruskan agenda memperkasakan UTHM sebagai peneraju bidang TVET. Jangan dibuai mimpi indah yang belum pasti.

Kita perlu sederap dalam langkah pengukuhan keterlihatan (visibility) sumbangan staf, penyelidik dan pelajar pada peringkat organisasi dan masyarakat global.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah memberkati dan membimbing setiap langkah kita dalam mengharungi cabaran di masa akan datang. Amin.

RAR

16/9/2024

Habis//

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

Leave a Reply

Your email address will not be published.