D’Apple. Perjalanan bisnes kami pada fasa awal-awal dulu 2004 sehingga 2023. Memang cannot brain
2004
====
Saya mulakan bisnes lebih kurang dalam 20 tahun lepas. 3 tahun bisnes sambil bekerja sebelum berhenti kerja untuk bisnes sepenuh masa.
Orang rumah, lepas grad, terus berbisnes. Minat sangat katanya walaupun pada waktu tersebut dapat tawaran kerja sebagai pensyarah kolej swasta.
Sebelum berbisnes, kami berjaya membeli sebuah kereta kenari (sekarang sudah habis bayar)
Perniagaan pertama kami (2004) adalah kedai telefon @ kedai peralatan komunikasi.
Modal bisnes pertama dalam RM4k adalah hasil dari gaji yang dikumpul sewaktu bekerja.
Isteri yang baru lepas grad pada waktu tu jaga kedai dari pagi sampai pukul 6.00 petang.
Saya balik kerja petang (waktu tu masih bekerja dengan orang) sambung shift pukul 6 petang
(kebiasaannya masih memakai baju syarikat sebab balik kerja terus ke kedai) sampai pukul 1.30 pagi.
Begitulah rutin harian kami sehingga mampu buka sebuah kedai runcit (1 tahun setengah kemudian).
Kedai runcit dibuka hasil sedikit keuntungan kedai topup yang berjaya disimpan dalam masa setahun lebih kurang dalam RM13,000
Bila buka kedai runcit, kami ada seorang pekerja. Isteri dan pekerja jaga shift pagi dan saya masuk shift malam (selepas balik kerja) sampai pukul 2.00 pagi.
Dalam 4-5 tahun juga kami maintain buat bisnes kedai telefon dan kedai runcit.. 1 kedai tepon dan 1 kedai runcit.
D’Apple : duit habis, tak sampai RM100 ada dalam kocek
2009 (5 tahun bisnes)
=================
Sedikit keuntungan dari kedai topup dan kedai runcit, saya buka sebuah kafe yang dinamakan D’Apple Cafe (selepas tu dinaiktaraf ke D’Apple Cafe & Restaurant) pada tahun 2009.
Pada tahun tersebut kami juga berjaya buka 2 lagi cawangan kedai telefon.
Waktu ni kami ada 1 kedai mini market, 1 restoran dan 3 buah kedai telefon. (Dalam 15-16 orang pekerja)
Di restoran, kami laki bini memasak sendiri siang dan malam.
Masa ni saya dah berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.
Masa perit ni pernah isteri sampai 2 kali bersalin hanya pantang 2 hari terus masuk dapur untuk memasak.
Letak baby kat tepi dapur dalam buaian.
D’Apple : Barang kemas tak pernah dibelikan untuk isteri
2010 (6 tahun bisnes)
================
Masa tu, komitmen dah semakin besar. Kami laki bini tak ada pendapatan tetap (gaji tetap). Saya dah berhenti kerja.
Kedai topup dah tutup sebab tak sempat nak control. Jualan kedai topup adalah tunai dan mendedahkan kepada penipuan. Banyak kena songlap duit oleh pekerja pada waktu tu.
Sewa kedai pun dah RM3,000 sebulan. Gaji pekerja restoran dan kedai runcit hampir RM5,000.
Masa tu kami jatuh sebab banyak kena ‘spelet’ duit oleh pekerja dan juga sebab miss management.
Ilmu tak cukup. Pengalaman cetek. Banyak buat silap dalam bisnes.
Tapi kami masih teruskan walaupun duit dah kering
Pada waktu ni, ada satu ketika semua duit habis hingga tinggal tak sampai RM100.00 dalam kocek dengan komitmen bulanan berpuluh-puluh ribu RM..
Dari tahun 2007 – 2012 kami buat kiraan lebih kurang sebanyak RM700,000 sudah kami belanjakan untuk sewa, gaji dan utiliti untuk perniagaan..
Tapi kami??
Kehidupan kami masih belum berubah. Kami masih pakai kenari.
Kami masih menyewa di rumah sewa kecil (450 kaki persegi) yang tak punya bilik.
Ada ruang tamu, dapur dan 1 bilik air sahaja.
Dengan 6 orang kami anak beranak, kami tak pernah rasa selesa… padat dan merimaskan.
Tapi kami tetap bersyukur sebab walaupun rumah kecil tapi selamat.
6 tahun kami menyewa disana. Tanpa tv dan radio dalam rumah
Kami suami isteri, 3 tahun tak pernah bertukar baju raya. 3 tahun pakai baju sama.
Anak? pakai baju murah-murah saja. Satu pasang saja, yang lain pakai yang tahun lepas punya..
Gelang, cincin, rantai, anting-anting?? Sekalipun tak pernah singgah di batang tubuh isteri…
Sempat buka 3 buah kilang..
2012 (8 tahun bisnes)
================
Pada 2012 kami mulakan bisnes produk Frozen Chicken Chop.. Ia sangat luar biasa. Ia berkembang sangat cepat.
Dalam tempoh masa 2 tahun sahaja kami sudah berjaya masuk ke ratusan cawangan pasaraya dan ribuan kedai.
Masa ni dapat banyak pinjaman hingga ke angka jutaan RM kerana jualan agak besar.
Transaksi keluar masuk duit dalam bank agak tinggi..
Dari jatuh, bisnes naik balik. Agak besar juga kenaikan..
2014 (10 tahun bisnes)
=================
Alhamdulillah. Bisnes makin menjadi. Kami berpindah ke kilang lebih besar.
Makin galak masuk ke pasaraya. Makin banyak buka akaun pasaraya (listing). Kredit makin besar
Cash flow dah mula agak sedikit terganggu bila masuk lagi banyak pasaraya..
Keadaan jadi makin teruk bila gst mula dilaksanakan. Bayaran yang diterima makin lambat.
Janji 30 hari, jadi 90 hari. Ada yang sampai 4-5 bulan baru dapat payment
Sempat juga buka 3 buah kilang..
Restoran pertama D’Apple di Pengkalan Chepa
2016 (12 tahun bisnes)
=================
Bila transaksi makin besar (walaupun profit tak besar mana), ia memudahkan kami untuk apply lebih banyak loan.
Masa ni kami dah mula beli aset. Bangunan bernilai berjuta-juta sebab kononnya nak jimat dari bayar sewa.
Dari bayar sewa mahal-mahal, baik beli kan?
Beli bangunan juta-juta biasalah, loan lulus 75-80%, bakinya kena topup sendiri.
Baki 20% tu dah lebih RM 1/2 juta. Pastu kena renovate pulak. Pakai tunai lebih dari RM1 juta gitu-gitu jer.
Kalau sekarang, saya tak buat kerja tu lagi sebab belum sampai masanya lagi..
Kereta pun beli sampai 7-8 bijik. Kononnya nak kurangkan cukai..
Tahun ni cawangan ke-2 D’Apple Cafe & Restaurant dibuka di tengah-tengah bandar Kota Bharu.
Kami berjaya beli bangunan tersebut dengan nilai hampir RM2 juta (pinjaman bank)
Selepas 6 tahun buka D’Apple Cafe (PC) baru kami buka cawangan pertama di KB.
Restoran pertama (asal) di Pengkalan Chepa.
Buka restoran sebagai percubaan dan simulasi
2017 (13 tahun bisnes)
=================
Cash flow dah mula stuck. Buat pinjaman lagi untuk cover cash flow.
Buat pinjaman syarikat. Tak cukup dengan pinjaman syarikat, pinjaman peribadi pun ambil jugak.
Pinjaman peribadi bukannya puluh ribu tapi ratus-ratus ribu RM.
Masa ni dah berlaku dah sikit-sikit adegan gali lubang tutup lubang.
Dapat loan baru yang besar, tutup loan lama yang lebih kecil.
Tahun ni dapat lesen Francaisor. Bukan semua berpeluang dapatkannya. Sangat susah.
Masa ni plan besarkan bilangan restoran melalui francais tetapi belum tercapai lagi.
Kami buka cawangan sendiri dulu (bukan francais) sebagai percubaan & simulasi.
Jualan besar tak semestinya boleh menghasilkan nett profit yang besar
Kenapa buka cawangan restoran ?
1. Sebab dah penat main game pasaraya, kredit panjang (payment lambat).
Duit modal hampir RM1 juta lekat / stuck di pasaraya.
Sebab sebelum tu excited masuk banyak pasaraya walaupun tak berapa bersedia.
Masuk ke pasaraya lebih dari kemampuan cash reserve.
Alternatifnya, switch ke bisnes yang menghasilkan jualan tunai harian iaitu restoran.
2. Sebab dapat lesen francaisor. Mula nak kembangkan restoran ke peringkat lebih besar.
Dari 2017 – 2020, (dipendekkan cerita) kami berjaya buka sehingga 17 cawangan restoran.
Planning kami, lepas kami berjaya belajar kawal cawangan banyak-banyak barulah nak ON mencari franchisee.
Dek kerana beberapa masalah terutamanya kawalan terhadap restoran (pekerja dan kewangan) kami terpaksa tutup beberapa cawangan restoran.
Pekerja kami pada waktu ini hampir 200 orang pekerja termasuk pekerja kilang
Produk dah bertambah dari 5 jenis ke 20 jenis produk. Dari produk frozen ke pelbagai jenis sos.
Keadaan jadi lebih teruk bila kos overhead terlampau besar walaupun sales agak besar.
Gaji pekerja 200 orang, sewa kedai berbelas-belas kedai, tnb, utiliti jadi tersangat besar.
Banyak ketirisan berlaku sebab banyak cawangan di luar kawalan.
Staff meal saja (200 pekerja) dah makan belanja puluh-puluh ribu RM sebulan.
Cash jadi makin susut sehingga tinggal beberapa ribu sahaja..
Walaupun pada masa tersebut sales pernah menghampiri RM1j sebulan.
Tapi over head + bayaran bulanan ansurans pinjaman + aset + installment kenderaan + ketirisan (sebab dah tak mampu kawal), cash jadi hampir zero…
Pada waktu ni baru saya sedar yang banyak cawangan dengan sales besar tak semestinya boleh menghasilkan nett profit yang besar jika tidak diuruskan dengan baik dan berhemah.
Satu demi satu restoran kena tutup impak Covid-19
2019 (15 tahun bisnes)
=================
Kami bangkit balik.
Masa ni ada 8 cawangan restoran dan semua 8 cawangan menghasilkan jualan yang besar setelah beberapa perubahan dan penambahbaikan dilakukan.
Produk kilang kami masih diedarkan ke kedai-kedai runcit / frozen tapi bukannya pasaraya besar.
2020 (16 tahun bisnes)
=================
Baru mencapai keadaan terbaik dan menuju pemulihan dari segi ‘cash flow’ dan kegemilangan, tetiba Covid 19 menjelma..
Dipendekkan cerita , 80% cawangan terpaksa ditutup dalam tempoh ni..
Sayang sungguh sebab ia berlaku di waktu kami sedang kemuncak.
Bisnes tengah menjadi balik. Sales semakin menaik. Kawalan semakin baik.
Tapi tak dapat dinafikan bahawa kami baru jer nak pulih (lepas jatuh) so, keadaan kewangan tidak sekuat seperti dulu-dulu untuk survive dalam tempoh Covid 19..
Bermulanya PKP..
2021 (17 tahun bisnes)
=================
Awal 2021 masih menunggu PKP tamat tapi tak kunjung tiba lagi.
Banyak duit simpanan habis buat bayar gaji dan bayar sewa tapi sales yang masuk tak memadai.
Kembali fokus kepada produk perkilangan sebab pada waktu tu restoran takleh nak operate 100%.
Malaysia masih dalam era PKP (Perintah kawalan pergerakan)
Satu demi satu restoran kena tutup
Surat lawyer penuh 10 guni
2022 (18 tahun berbisnes)
====================
Sebab hampir 95% restoran kena tutup sebab PKP, kami fokus kepada pembuatan sos termasuk sos cili, sos lada hitam, sos keju nacho dan sos perap dengan saki baki modal yang sebenarnya dah hampir tiada..
Sehingga tempoh ni kami dah berjaya buka 18 buah cawangan restoran milik sendiri tapi 95% daripadanya terpaksa ditutup.
Masa ni sudah habis modal. Tinggal sehelai sepinggang. Sewa kilang pun dah lama tertunggak. Tinggal nyawa-nyawa ikan saja.
Tapi masih belum putus asa.
Sudah dipinggir bangkrap. Tapi semangat belum bangkrap
Sudah tak mampu buat pinjaman sebab dah tak layak.
Ccris ctos semua dah out. Semua bank dan agensi sudah hantar surat ancam untuk bangkrapkan kami
Surat lawyer penuh 10 guni dah..
Semua 4-5 buah kereta mewah sudah tiada. Rumah kena lelong.
Bangunan kami kena lelong dan macam-macam lagi kehilangan..
Saya pakai myvi second hand saja masa ni dan tengah kalut cari rumah sewa..
2023 (19 tahun berbisnes)
===================
Walaupun sudah habis modal, Allah Maha Berkuasa. Janji Allah benar kepada yang tak putus harapan dan kepada yang tak berhenti berusaha..
SESUATU YANG BESAR DATANG MENJELMA….SEHINGGA MERUBAH SEGALA-GALANYA..
(bersambung)
(kredit kepada pemilik Facebook Abd Hakim Awang)
Habis//
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu