Pemilik akaun bisnes DHL bakal dikenakan Surcaj Permintaan (dahulunya dikenali sebagai Surcaj Musim Puncak) berkuat kuasa 15 September 2024 hingga 31 Januari 2025.
Dalam kenyataan di laman web rasminya, pengguna di negara ini boleh menjangkakan tambahan kos sebanyak RM7.10 untuk setiap kilogram jika pos barang ke Amerika.
Sebagai contohnya, jika berat barang 2 kilogram, kadar Surcaj Permintaan adalah berjumlah 7.10×2= RM14.20 sen
Jumlah Surcaj Permintaan itu tak termasuk caj per item/gram/kilogram barang yang memang wajib dibayar pengguna.
Antara perkhidmatan kurier yang terbabit adalah DHL Express Worldwide, DHL Express 12:00, DHL Express 10:30, DHL Express 9:00, DHL Medical Express, DHL Breakbulk Express dan DHL Express Easy
Menurut DHL, langkah itu dilakukan bagi memastikan kesinambungan operasi semasa tempoh permintaan tinggi.
“DHL akan mengaktifkan Surcaj Permintaan (dahulunya dikenali sebagai Surcaj Musim Puncak) berkuat kuasa 15 September 2024 hingga 31 Januari 2025 .
“Caj dikenakan dalam MYR per kg (berat bil), berdasarkan asal dan destinasi penghantaran. Surcaj Bahan Api dikenakan.
“Amaun caj dan tarikh permohonan mungkin berubah semasa tempoh permintaan.
“Tempoh permintaan ditentukan oleh DHL. Sebarang perubahan akan tertakluk kepada notis awal.
“Amaun caj berkuat kuasa 15 September 2024,” katanya.
Habis//
(Gambar kredit MEXICONOW)
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu