Loading

Sekatan jualan oleh eBay? siapa yang pernah kena memang sakit lagi lagi kalau full time eBayer kan, dan itulah yang terjadi kepada seorang newbie di negara ini.

Gara gara membatalkan pesanan pelanggan selain hadapi isu pelanggan pulang kan semula barangan seorang pemilik akaun eBay dikenakan sekatan jualan.

Menerusi perkongsian di Facebook Ecommerce ExportOversea Academy Community – UTHM itu, Muhammad Hazim Masral berkata, akaunnya disekat sejak 7 Jun lalu dan masih belum pulih sehingga kini.

“Akaun kene BBE (Bad Buyer Experience) Sejak 7 Jun. Dah lebih sebulan. Selling limit tak dapat macam sebelum ni. Macam mana ya nak buat?

“Untuk BBE sebenarnya, ada customer beli barang tapi di remote area.

“Dia tak response apabila saya minta add on shipping fee untuk remote area.

“So (saya) cancel kan. So customer satisfactory drop dan ada impact jugak barang return dari customer,” katanya.

Beliau turut menjawab pertanyaan dari seorang pengikut Facebook berkenaan punca akaun nya alami sekatan jualan berkata : 

“Jual ubat-ubat. So follow rule berpantang. Dari hari-hari ada sale. Sale drop seminggu sekali je sekarang

“Akaun ada lagi Ada. Cuma dia cut selling limit kaw kaw. N payment sebulan baru release,” katanya.

Dalam pada itu, admin kumpulan Facebook dikenali sebagai Ayu berkata, Muhammad Hazim perlu memperbaiki akaun eBay nya.

“Waalaikumussalam..selling limit ni ditentukan oleh eBay dan Payoneer yang evaluate base kepada rekod akaun eBay kita tuan

“Tuan perlu improve kan akaun Tuan semula untuk dapatkan selling limit yang tinggi dan trust dari customer,” katanya.

habis//

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

eBay suspended my account : jangan risau, ini cara atasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published.