SPM. Sudah seminggu orang bercakap tentang Keputusan SPM 2023, bermula dari jumlah data yang dikeluarkan, sehinggalah perbincangan perihal kejayaan sekolah yang mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik.
Namun ada satu kisah yang ingin saya kongsikan – kisah pelajar yang kurang cemerlang (rakan sekeliling takrifkan beliau sebagai gagal).
Ini adalah kisah benar pelajar saya yang bermula dari bawah. Beliau bermula dengan mengambil kursus bertahap Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana dan akhirnya berjaya mendapat Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D).
Sekarang ini beliau telah mempunyai karier yang cemerlang di sebuah Universiti Awam.
Masih segar di ingatan, pada tahun 2004, dalam perjalanan saya menuju parkir kereta seusai habis kelas subjek Instrument & Control, saya lihat 2 orang pelajar perempuan sedang berlari menuju ke arah kereta saya.
Dalam fikiran saya, barangkali kereta mereka juga diletakkan di kawasan itu. Tapi sangkaan meleset, mereka berdua menahan kereta saya. Terkejut. Apa yang berlaku? Polis Bantuan UTM pun tak pernah tahan kereta saya.
”Kenapa ni?” saya tanyakan soalan pada 2 orang anak muda berwajah polos yang sedang tercungap mengatur nafas menyusun kata-kata. Saya kenal pelajar ni, mereka pelajar kelas saya.
“Prof, boleh tak saya nak buat projek Master (Sarjana) dengan Prof?” salah seorang dari mereka menyatakan hasrat.
Tersenyum saya. Rupanya ada pelajar yang nak saya jadi Supervisor (SV) untuk projek pengajian Ijazah Sarjana (Master) dia.
“Boleh”, jawab saya ringkas. Tampak riak wajah anak muda itu bertukar gembira.
SPM : yang mengubah nasib diri kita adalah diri kita sendiri
Sejak dari itulah saya mengenali anak muda asal Batu Pahat ini.
Ceritanya, beliau kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Malu dan sedih apabila beliau melihat kawan-kawan sebaya boleh melanjutkan pelajaran ke tempat yang mereka inginkan.
Namun kerana ada cita-cita yang ingin dicapai, beliau mengambil keputusan untuk mengambil Sijil Kejuruteraan dalam bidang Elektrik-Kuasa.
Pada tahun itu, sekitar 90-an, seorang pelajar perempuan yang menyambung pengajian Sijil dilihat tidak begitu menggalakan, apatah lagi dalam bidang kejuruteraan.
Namun katanya, beliau tidak mempedulikan apa tanggapan orang lain.
Alhamdulillah, setahun kemudian beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma pula.
Selepas 3 tahun, beliau sambung lagi ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree), dan selepas itu barulah bermula cerita beliau dan kawannya menahan kereta saya untuk sambung pengajian Master.
Setelah tamat pengajian Sarjana, beliau bertugas semula sebagai pensyarah di sebuah universiti awam.
Namun melihat kesungguhan dan potensi yang dimiliki beliau, beberapa tahun kemudian saya mencari beliau di Innovation Exhibition.
Kebetulan, beliau hadir mewakili universiti beliau. Rezeki tidak pernah salah alamat, saya terus mempelawa beliau untuk menyambung pengajian Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) di bawah seliaan saya, dan dalam kesipuan, beliau bersetuju dan menerima.
Maka benarlah janji Allah itu bahawa, yang mengubah nasib diri kita adalah diri kita sendiri.
Ketekunan dan kesungguhan, projek PhD beliau telah mendapat anugerah Best of The Best di peringkat Malaysia Technology Expo (MTE) dan Seoul International Invention Fair (SIIF), dan juga dipilih sebagai Best Student.
SPM : TVET adalah pilihan terbaik untuk bentuk generasi yang lebih mampan dan berkualiti
Dari pelajar yang kurang cemerlang SPM, namun menjadi Pelajar Terbaik ketika PhD.
Sekarang beliau sudah bergelar Profesor Madya dan Pengarah sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di sebuah universiti awam.
Kisah ini membuktikan bahawa SPM bukanlah pengukur cerdik pandai seseorang
Barangkali ada yang tidak bernasib baik seperti kita, mungkin ketika peperiksaan mereka jatuh sakit, ada yang terpaksa bekerja untuk menyara keluarga, dan pelbagai lagi cabaran yang terpaksa dihadapi.
Peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin berubah. Kesungguhan, keinginan yang tinggi serta sikap tidak mudah berputus asa adalah mantera paling mujarab untuk berjaya, tiada jalan pintas.
Kepada anak-anak pelajar yang kurang cemerlang keputusan SPM, semoga kisah ini menjadi penguat semangat.
Mungkin juga saya boleh selitkan, TVET adalah pilihan terbaik untuk membentuk generasi yang lebih mampan dan berkualiti. Kisah di atas adalah buktinya.
Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang membawa kebaikan. Amin.
Kepada semua bekas pelajar pelajar saya, saya doakan semoga terus berjaya di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana saling bantu membantu semasa sama sama belajar bersama saya.
habis//
SPM : anak muda pakar dalam dunia digital
Penulis bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim Naib Canselor UTHM itu
Bagi kami di Export Oversea Academy – UTHM, dengan moto sebaik baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain sehabis baik cuba membantu orang ramai termasuk mereka yang terkandas di peringkat SPM untuk bangkit semula melalui bidang keusahawanan di eBay
Ramai sudah yang berjaya meningkatkan taraf hidup dengan menimba ilmu menjual di eBay dan berjaya dapat income dalam USD
Kami juga berpendapat tidak kira siapa kita, asalkan kita tersedar dan berazam untuk berubah kepada lebih baik, Insya Allah akan dipermudahkan
Bagi Pengarah Urusan Export Oversea Academy sendiri, Dr Mohd Zulariffin Maarof beliau ada menitip pesan yang boleh kita ambil sebagai panduan
“Saya di amanahkan untuk menjadi pengerusi dan penasihat industri bagi Kolej Komuniti Bentong Pahang
“Tugas ini nampak ringan, tapi impaknya sangat besar untuk pastikan modul yang di ajar kekal relevan dengan permintaan industri
“Zaman sekarang dah tak sama macam waktu dulu-dulu
“Anak-anak muda lepasan SPM lebih berminat nak kerja yang flexible
“Tak nak terikat dengan 8pagi-5 petang. Lebih berminat kerja dari rumah or dari mana-mana sahaja
“Lebih dikenali sbgai bangsa digital nomad
“Possible ke boleh kerja macam tu?
“Income tetap ke?
“Nak masuk minang anak orang mak pak mertua yakin ke?
“Jangan risau tuan puan, kerja macam ni sangat tidak mustahil dah
“Anak muda sekarang ni memang pakar dalam dunia era digital. Mereka lahir dalam zaman gadjet di tangan
“Jadinya, tak perlu dah kerja macam zaman dulu. Cukup hanya gadjet dan internet
“Kerja dah ready tinggal nak sambar je ikut pilihan hati yg sesuai
“Sebab tu sgt penting untuk sediakan modul yang sesuai dengan jiwa mereka.
“Supaya lepas 2-3 tahun belajar lepas tamat SPM, boleh terus ready jadi digital nomad,” katanya
Bangkit dengan bidang bisnes di eBay dan raih income USD
Mahu belajar cara menjual di eBay dengan betul dan berkesan
Nak belajar cara menjual perfume atau barang barang yang selamat dan berpotensi jana income lumayan di eBay?
Jom daftar kelas eBay anjuran Export Oversea Academy – UTHM
Founder kami, Dr Zul yang juga Top Rated Seller eBay sudah bertapak dalam dunia eBay sejak 2010 lagi
Beliau yang juga Pensyarah Kanan di UTHM kini sedang melatih sesiapa yang berminat untuk belajar bisnes eBay melalui Export Oversea Academy – UTHM
Syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini
Kuasai teknik HDLR & RCA
Secara ringkas, anda akan belajar 5 chapter cara menguasai bisnes di eBay
Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual
Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data
Data ini akan menentukan kadar kejayaan yang tinggi
Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA
Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual
Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer
Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay
Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara
Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA
Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur
Seterusnya dapat income dalam USD
Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini
Lihat apa kata anak anak murid Dr Zul
Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay
Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok
Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan
Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini
‘Nak bisnes apa?’ saya SPM pun gagal, hmm
Jangan risau, perkara berlaku jadikan pedoman, kita pandang ke hari ini dan hari muka
Kami akan bantu anda dengan ilmu menjual di eBay termasuk topik nak jual barang yang laku di eBay
Cuma tuan puan kena betulkan mindset dahulu, ini bukan skim cepat kaya, belajar hari ini, semalam dah dapat sales
Ia perlu proses, yang penting platform ini genuine untuk cari rezeki dalam jangka masa panjang dan income boleh berkembang insyaAllah
Tuan puan sedia maklum, 9/10 sumber rezeki datang dari asbab membuat bisnes
Sudah ramai mereka di luar sana yang pernah berada di posisi tuan puan ketika ini
Mereka tercari cari cara raih pendapatan sampingan
Lebih lebih lagi kos hidup kini menekan di kanan dan kiri
Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul
Jangan tunggu lagi tuan puan
Siapa yang mahu tolong diri kita
Kalau bukan diri sendiri
Duit tak datang bergolek
Perlu usaha
Maka bertindak lah sekarang
TEKAN SINI NOW!!>>>Saya nak belajar menjual di eBay<<<
habis//
(sumber gambar utama kredit kepada Ruzairi Abdul Rahim)
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024