Loading

Keburukan berniaga di eBay


Keburukan Berniaga di eBay adalah satu topik yang jadi perhatian kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi bisnes dalam bidang ini

Berniaga di eBay mungkin kelihatan sebagai peluang yang menarik untuk menjana pendapatan tambahan atau memulakan perniagaan dalam talian.

Namun begitu, terdapat beberapa keburukan yang perlu diambil kira sebelum memutuskan untuk menceburi bidang ini.

Dalam artikel ini, kami akan mengupas beberapa isu utama yang sering dihadapi oleh penjual di eBay, serta bagaimana faktor-faktor ini boleh mempengaruhi kejayaan perniagaan anda.

Keburukan berniaga di eBay : 10 perkara

1. Komisen dan Yuran

eBay mengenakan pelbagai jenis yuran termasuk yuran pemasangan, yuran penyenaraian, dan komisen jualan. Ini boleh mengurangkan keuntungan anda.

2. Persaingan Tinggi

eBay adalah platform yang sangat kompetitif dengan banyak penjual yang menawarkan produk yang sama atau serupa. Ini boleh menyebabkan perang harga yang mengurangkan margin keuntungan.

3. Penipuan dan scam

Terdapat risiko penipuan dari pembeli yang tidak jujur, seperti tuntutan palsu mengenai produk yang tidak diterima atau produk yang rosak.

4. Keperluan Menjaga Reputasi

Sistem maklum balas dan penilaian eBay sangat penting. Satu ulasan negatif boleh menjejaskan reputasi anda dan menurunkan jualan.

5. Polisi Pengembalian

eBay mempunyai polisi pengembalian yang ketat yang boleh memihak kepada pembeli, yang mungkin menyebabkan kerugian kepada penjual.

Keburukan berniaga di eBay : perlu strategi dan pengurusan yang baik untuk atasinya

6. Perubahan Polisi

eBay sering mengubah polisi dan struktur yuran mereka, yang boleh mengakibatkan ketidakpastian dan memerlukan penjual untuk sentiasa menyesuaikan strategi mereka.

7. Kawalan Terhad ke atas Jenama

Penjual mempunyai kawalan terhad ke atas bagaimana produk mereka dipaparkan dan dipromosikan, berbeza dengan memiliki laman web e-dagang sendiri.

8. Masa dan Usaha

Menguruskan kedai eBay memerlukan banyak masa dan usaha, seperti penyenaraian produk, pengurusan stok, pembungkusan, dan penghantaran.

9. Masalah Logistik

Penghantaran dan pengendalian boleh menjadi rumit dan mahal, terutamanya jika anda menjual kepada pembeli antarabangsa.

10. Sekatan dan Larangan

eBay mempunyai pelbagai sekatan dan larangan terhadap jenis produk yang boleh dijual, yang boleh mengehadkan pilihan anda sebagai penjual.

Setiap keburukan ini memerlukan strategi dan pengurusan yang baik untuk diatasi, tetapi ia adalah faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk berniaga di eBay.

Berikut adalah 10 perkara mengenai kebaikan berniaga di eBay:

1. Pasaran Global

eBay membolehkan anda mencapai pelanggan dari seluruh dunia, memperluas jangkauan perniagaan anda.

2. Kos Permulaan Rendah

Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan di eBay, menjadikannya pilihan yang baik untuk usahawan kecil.

3. Platform Terpercaya

eBay sudah lama wujud dan mempunyai reputasi yang baik, memberikan kepercayaan kepada pelanggan untuk membeli.

4. Pelbagai Kategori

eBay menawarkan pelbagai kategori produk, membolehkan anda menjual hampir apa sahaja.

5. Sistem Pengurusan Mudah

eBay menyediakan alat dan sistem yang memudahkan pengurusan inventori, penjualan, dan penghantaran.

Fokus kepada kebaikan buat ramai seller eBay berjaya, think positive !

6. Penilaian dan Maklum Balas

Sistem penilaian dan maklum balas eBay membantu membina reputasi perniagaan anda, menarik lebih banyak pelanggan.

7. Promosi dan Iklan

eBay menawarkan pelbagai pilihan iklan untuk membantu anda mempromosikan produk anda kepada lebih ramai pelanggan.

8. Pembayaran Selamat

eBay menggunakan sistem pembayaran yang selamat seperti PayPal, melindungi kedua-dua penjual dan pembeli.

9. Kemudahan Penyelidikan Pasaran

Anda boleh menggunakan eBay untuk menyelidik tren pasaran dan harga produk, membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

10. Komuniti Sokongan

eBay mempunyai komuniti besar penjual yang boleh anda sertai untuk mendapatkan sokongan dan nasihat.

11. Menggunakan platform seperti eBay boleh memberikan banyak kelebihan untuk perniagaan anda, dari akses ke pasaran global hingga sistem pengurusan yang mudah.

Keburukan berniaga di eBay : atasi nya dengan formula Research & Warehouse

Percaya tak dari 10 keburukan berniaga di eBay, 6 dari nya adalah dalam kawalan kita dan kita mampu untuk mengubah nya

Baiklah sebagai contohnya adalah yang pertama,  Komisen dan Yuran, memang tak dinafikan eBay ada kenakan yuran yang pelbagai, namun sebagai seller perkara ini adalah lumrah dalam mana mana platform bisnes

Ibarat eBay sedia kan kedai termasuk bekalan api dan air, jika kita bijak berjimat cermat, insya Allah bil tak melambung

Dalam silibus kelas eBay preneur anjuran Export Oversea Academy – UTHM, isu ini boleh diatasi dengan strategi penetapan harga produk sejak dari awal

Kita tak perlu pening mahu fikir apa lagi eBay mahu caj, kita perlu allocate siap siap, sekurang kurangnya 25 peratus dari harga jualan kita sudah tepi kan untuk tampung macam macam kos termasuk yuran eBay

Di sini lah peranan kita sebagai seller hanya fokus jual produk produk yang boleh untung, kita jangan serah tengkuk untuk disembelih

Sebab itu, dalam silibus yang diajar oleh Dr Zul, research produk adalah wajib. Selepas kita temui produk yang hot selling, kita reverse semula cari pembekal yang murah di alibaba, shoppe mahupun mana mana pembekal 

Sebaik kita deal harga dengan pembekal dan untuk memaksimumkan untung, kita wajar untuk hantar stok barang itu ke warehouse di USA 

Apabila sudah menetapkan harga akhir, di sinilah strategi kita boleh menyerap kos dikenakan eBay dan memaksimumkan untung

Bukan sahaja kita boleh dapat untung malah kita juga sudah dapat cut kos dari awal iaitu di peringkat pembekal dan kos shipping dengan guna warehouse di USA

Dengan guna strategi research dan warehouse ini sebenarnya, kita sudah selesaikan keburukan berniaga di eBay pada point ke 2 (persaingan tinggi), ke-6 (perubahan polisi), ke-8 (masa dan usaha),  ke-9 (masalah logistik) dan ke-10 (sekatan dan larangan)

Keburukan berniaga di eBay : ini TIPS untuk minimumkan risiko

Orang kata dengan formula yang betul dan terbukti berkesan kita ibarat sudah bunuh dua ekor burung dengan sebiji batu 

Untuk mengurangkan risiko keburukan berniaga di eBay pada point ke 3 iaitu penipuan dan scam, TIPS nya adalah, jangan berurus niaga di luar eBay dan sebarang urusan hanya guna Chat box eBay

Ini bagi merekodkan segala bukti perbualan termasuk rakaman gambar, video dan kronologi bagi mempermudahkan eBay menguruskan apa apa isu berbangkit antara penjual dan pembeli

Isu penipuan dan scam seperti tuntutan palsu mengenai produk yang tidak diterima juga boleh diatasi dengan menggunakan khidmat kurier yang dipercayai seperti DHL yang mempunyai rekod penjejakan barang 

Manakala bagi mengurangkan risiko kena scam dengan pembeli yang mendakwa produk diterima mereka sudah rosak, ini TIPS nya yang boleh dilakukan sebelum menjual barang ke luar negara, rekod kan video (menunjukkan details penerima) dan gambar semasa membungkus dan ketika parcel itu dihantar kepada pihak kurier

Bagi mengurangkan lagi risiko dengan alasan serupa, sila letakkan syarat iaitu kos pemulangan barang adalah WAJIB ditanggung buyer seperti ditulis dalam return policy

Mindset kena positif, masalah besar pun boleh hadap dengan tenang, insyaAllah

Dalam pada itu, bagi point ke 4 iaitu Keperluan Menjaga Reputasi, ia sebenar nya boleh dikawal dengan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat penjual 

Jika kita mempunyai staf dan menguruskan bisnes eBay ini, SOP adalah perkara wajib yang perlu dipatuhi oleh pekerja dan penyelia

Sebagai contohnya, SOP untuk memproses order, perlu ada semakan dari penyelia terhadap setiap order yang keluar

Ini penting bagi memastikan item diterima pelanggan adalah betul dan menepati spesifikasi

Dan TIPS untuk dapat kan maklum balas yang baik adalah, sentiasa follow up dengan customer sejak dari awal item dihantar hingga selamat diterima

Minta mereka tinggalkan komen positif jika berpuas hati dengan pembelian 

BACA INI >>> Cara delete feedback negatif eBay <<<

Manakala bagi point point yang lain dalam keburukan berniaga di eBay seperti point ke 5 (Polisi Pengembalian), ke-6 (Perubahan Polisi) dan ke-7 (Kawalan Terhad ke atas Jenama)

Ia memang di luar kawalan eBay seller dan bukan menjadi masalah besar jika kita sudah tackle 7 lagi point keburukan berniaga di eBay seperti yang dijelaskan tadi

So, saya harap dengan sedikit perkongsian ini membuat anda jelas mengenai risiko risiko berniaga di eBay termasuk keburukan berniaga di eBay mahupun kebaikan nya

Orang kata jika menjadi mata lalat, maka kita akan hurung najislah jawab nya, namun jika berfikiran positif, insyaAllah masalah yang ada mampu diselesaikan satu persatu

Belajar strategi research dan warehouse dengan Top Rated Seller eBay

Mahu belajar cara menjual di eBay dengan betul dan berkesan

Nak belajar cara menjual barang barang yang selamat dan berpotensi jana income lumayan di eBay?

Jom daftar kelas eBay anjuran Export Oversea Academy – UTHM

Founder kami, Dr Zul yang juga Top Rated Seller eBay sudah bertapak dalam dunia eBay sejak 2010 lagi

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di UTHM kini sedang melatih sesiapa yang berminat untuk belajar bisnes eBay melalui Export Oversea Academy – UTHM

Syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini

Belajar strategi atasi Keburukan berniaga di eBay melalui Export Oversea Academy – UTHM, syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini

Kuasai teknik HDLR & RCA

Secara ringkas, anda akan belajar 5 chapter cara menguasai bisnes di eBay

Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual

Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data

Data ini akan menentukan kadar kejayaan yang tinggi

Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA

Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual

Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer

Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay

Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara 

Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA

Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur 

Seterusnya dapat income dalam USD

Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini 

hasil strategi research dan warehouse berjaya atasi Keburukan berniaga di eBay 

Contoh testimoni dari student Dr Zul Export Oversea Acdemy UTHM
hasil strategi research dan warehouse berjaya atasi Keburukan berniaga di eBay 

Contoh testimoni dari student Dr Zul Export Oversea Acdemy UTHM
hasil strategi research dan warehouse berjaya atasi Keburukan berniaga di eBay 

Contoh testimoni dari student Dr Zul Export Oversea Acdemy UTHM

Lihat apa kata anak anak murid Dr Zul

Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay

Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok

Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan

Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini

‘Nak bisnes apa?’ nak jual barbie juga boleh ke

Jangan risau, topik nak jual barang yang laku di eBay memang kita ajar

Cuma tuan puan kena betulkan mindset dahulu, ini bukan skim cepat kaya, belajar hari ini, semalam dah dapat sales

Ia perlu proses, yang penting platform ini genuine untuk cari rezeki dalam jangka masa panjang dan income boleh berkembang insyaAllah

Tuan puan sedia maklum, 9/10 sumber rezeki datang dari asbab membuat bisnes

Sudah ramai mereka di luar sana yang pernah berada di posisi tuan puan ketika ini

Mereka tercari cari cara raih pendapatan sampingan

Lebih lebih lagi kos hidup kini menekan di kanan dan kiri

Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul

hasil strategi research dan warehouse berjaya atasi Keburukan berniaga di eBay 

Contoh testimoni dari student Dr Zul Export Oversea Acdemy UTHM
Export Oversea Academy – UTHM, syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini
Export Oversea Academy – UTHM, syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini

Jangan tunggu lagi tuan puan

Siapa yang mahu tolong diri kita

Kalau bukan diri sendiri

Duit tak datang bergolek

Perlu usaha

Maka bertindak lah sekarang

habis//

(sumber gambar utama kredit kepada eBay)

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.