Loading

10 Panduan Asas eBay untuk seller baharu eBay

10 Panduan Asas eBay untuk seller baharu eBay ini adalah guideline kepada mereka yang baharu nak berjinak jinak nak belajar pasal eBay

Semoga dengan guideline ini bantu anda untuk memahami langkah demi langkah yang perlu dibuat oleh seorang seller eBay supaya tak salah jalan

Panduan ini adalah asas untuk memahami bagaimana ekosistem sebagai penjual di eBay berfungsi dan anda digalakkan untuk lebih banyak membaca bagi memahami ilmu ilmu baharu di eBay

Adalah selamat untuk saya kata kan bahawa, sambil membaca anda perlu cari guru yang betul betul ajar ilmu eBay dengan teknik dan strategi yang proven

Tak kisah siapa pun beliau, yang penting ilmu nya BETUL tak langgar polisi dan peraturan eBay dan PROVEN buat jualan di eBay

Semoga panduan asas ini bantu anda untuk cakna seterusnya kuasai cara menjual di eBay ya

10 Panduan Asas eBay untuk seller baharu eBay

Panduan Asas eBay : setup akaun

Pendaftaran Akaun

Langkah pertama ialah mendaftar akaun eBay. Anda perlu sedia maklumat peribadi seperti nama, alamat emel, dan nombor telefon.

Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat untuk elak sebarang masalah di kemudian hari.

Penyediaan Profil

Lengkapkan profil anda dengan maklumat yang relevan.

Ini termasuk tambah gambar profil dan beri penerangan ringkas tentang diri anda atau kedai anda.

Profil yang lengkap dan profesional boleh tingkat kan kepercayaan pembeli.

>>> Cara menjual di eBay untuk Newbie 2024 <<<

Pemilihan Produk

Tentukan produk apa yang ingin dijual.

Lakukan kajian pasaran untuk mengenal pasti produk yang ada demand tinggi dan kurang persaingan.

>>> Cara kaji produk trending di eBay <<<

Pertimbangkan juga kos shipping dan penyimpanan.

Penentuan Harga

Tetapkan harga yang boleh bersaing untuk produk anda. Anda boleh melihat harga produk serupa di eBay untuk dapat idea.

Jangan lupa untuk ambil kira kos tambahan seperti yuran eBay dan Payoneer

Panduan Asas eBay : jaga kualiti barang dan servis dari awal hingga akhir

Penyediaan Iklan

Buat iklan yang menarik dan informatif.

Pastikan tajuk iklan jelas dan deskriptif. Sertakan gambar kualiti tinggi dan penerangan produk yang terperinci, termasuk spesifikasi, saiz, warna, dan keadaan produk.

Pilihan Penghantaran

Tentukan kaedah delivery yang sesuai.

eBay menawarkan beberapa pilihan penghantaran seperti penghantaran domestik dan antarabangsa.

Pastikan anda memahami kos dan masa penghantaran untuk setiap pilihan.

>>> Cara nak hantar barang ke luar negara <<<

Pengurusan Stok

Pantau inventori anda dengan teliti untuk elak habis stok.

Pastikan anda mengemas kini jumlah stok di eBay secara berkala supaya pembeli tahu sama ada produk masih tersedia atau tidak.

Panduan asas eBay : maklum balas positif tarik perhatian pembeli lain

Perkhidmatan Pelanggan

Berikan servis customer yang cemerlang.

Balas pertanyaan dan mesej pembeli dengan cepat dan profesional.

Jika ada sebarang masalah dengan pesanan, cuba selesai kan dengan cara yang paling memuaskan untuk pembeli.

Maklum Balas dan Reputasi

Reputasi anda di eBay sangat penting. Setelah transaksi selesai, minta pembeli memberikan maklum balas.

Maklum balas positif boleh tingkat kan kepercayaan pembeli lain dan bantu membina reputasi yang baik.

>>> Tips Menjual di eBay <<<

Kemas Kini dan Penambahbaikan

Sentiasa kemas kini dan tingkat kan senarai produk anda.

Tambah produk baru, ubah suai penerangan produk, dan tingkat kan kualiti gambar jika perlu.

Sentiasa usaha untuk tingkat kan jualan dan kepuasan pelanggan.

Dengan mengikuti panduan asas ini, anda boleh memulakan perjalanan jualan anda di eBay dengan lebih yakin dan berkesan. Selamat berniaga!

Panduan asas eBay : kuasai 5 chapter cara menjual di eBay

Mahu kuasai panduan lengkap dari A to Z untuk belajar cara menjual di eBay dengan betul dan berkesan

Jom daftar ke bengkel eBay Preneur oleh Dr Zul yang juga Top Rated Seller eBay

Beliau sudah bertapak dalam dunia eBay sejak 2010 lagi

Dr Zul yang juga Pensyarah Kanan di UTHM kini sedang melatih sesiapa yang berminat untuk belajar bisnes eBay melalui Export Oversea Academy – UTHM

Syarikat spin-off milik UTHM ini sudah melatih lebih 40,000 student dari dalam dan luar negara hingga kini

>>> 6 produk Malaysia yang ‘rare’ terjual di eBay USA <<<

Secara ringkas, anda akan belajar 5 chapter cara menguasai bisnes di eBay

Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun berkenaan bersedia untuk menjual

Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual berdasarkan data

Data ini akan menentukan kadar kejayaan yang tinggi

Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA

Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual

Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer

Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay

Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara 

Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA

Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur 

Seterusnya dapat income dalam USD

Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini 

10 Panduan Asas eBay untuk seller baharu eBay
10 Panduan Asas eBay untuk seller baharu eBay
10 Panduan Asas eBay untuk seller baharu eBay

Lihat apa kata anak anak murid Dr Zul

Jika tuan puan sudah bersedia untuk belajar bisnes di eBay

Ini adalah masa yang tepat, bukan semalam atau esok

Takdir tuan puan membaca artikel ini bukan kebetulan

Ia adalah jawapan kepada persoalan yang belenggu tuan puan ketika ini

‘Nak bisnes apa?’

Tuan puan sedia maklum, 9/10 sumber rezeki datang dari 

asbab membuat bisnes

Sudah ramai mereka di luar sana yang pernah berada di posisi tuan puan ketika ini

Mereka tercari cari cara raih pendapatan sampingan

Lebih lebih lagi kos hidup kini menekan di kanan dan kiri

Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul

Jangan tunggu lagi tuan puan

Siapa yang mahu tolong diri kita

Kalau bukan diri sendiri

Duit tak datang bergolek

Perlu usaha

Maka bertindak lah sekarang

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.