Loading

Lishi Tools, alat yang biasa digunakan oleh tukang kunci @ locksmith ini laku di laman eBay apabila terjual sebanyak 64 unit tak sampai sebulan. Fuhhh

Dijual sebanyak US $ 34.99 seunit, seller dari China ini berjaya raih untung kasar berjumlah US $ 2,239.36 @ RM10,535.07 sen

Lishi Tools ebay

Bestnya lahai dapat RM10,000 tak sampai sebulan 

Apa yang best sangat dengan Lishi Tools ini ya ?

Lishi Tools berasal dari China dan telah menjadi pilihan popular di kalangan pakar dan ahli kunci seluruh dunia kerana kualiti dan keberkesanan produk mereka.

Alat ini terkenal kerana boleh buka dan dekod kunci kereta tanpa perlu merosakkan kunci atau sistem kunci.

Dengan teknologi dan inovasi terkini, Lishi Tools mudahkan proses buka kunci dan ubah kunci menjadi lebih cepat dan selamat.

Lishi Tools boleh buka macam macam jenis kunci, termasuk kereta, motosikal, rumah dan kedai

Antara produk paling best yang mereka buat adalah dekoder kunci

Ia membolehkan locksmith kenal pasti kombinasi pin kunci tanpa perlu membongkarnya.

Lishi Tools dapat pengiktirafan global dan digunakan oleh locksmith profesional di seluruh dunia, termasuk di Amerika Utara, Eropah, Asia, dan banyak lagi.

Perlu diingatkan bahawa Lishi Tools adalah alat khusus yang seharusnya hanya digunakan oleh individu yang terlatih dan berlesen 

Lishi tools ini boleh jual ke ? jom tapis dengan teknik HDLR

Jadi untuk buktikan ini betul betul barang baik, apa kata kita kaji produk ini guna teknik High Demand Low Risk (HDLR) seperti diajar Dr Zul

2 syarat utama paling penting adalah : 

  1. Listing kena lebih 30 hari
  2. Terjual lebih 10 unit dalam tempoh sebulan

Hasil imbasan seller ini di Zik Analytics mendapati, seller dari China ini muat naik listing Lishi Tools pada 21 Febuari 2024

Ini bermakna, sehingga tarikh artikel ini ditulis pada 15 Mac 2024, usia listing ini tak sampai pun sebulan

Tapi dah berjaya buat jualan 64 unit

Jeng jeng jeng, nampak nya menghampiri capai syarat pertama

So masih tak tepati konsep tapisan HDLR

Dan boleh jadi, produk ini bakal kena remove pada masa depan

Cuba kita lihat lagi, adakah ramai penjual Lishi Tools ini di eBay 

Lihat gambar di bawah : 

Lishi Tools

Ada 19 listings berbeza di laman eBay yang jual Lishi Tools ini sejak 30 hari lalu

Kita lihat seller dari China ini mendominasi jualan apabila berjaya kuasai 88.9 peratus market share

Cari guru terbaik

So langkah seterusnya, katalah kalau kita nak jual produk yang sama

Dan kita pos dari China, sama seperti seller ini buat

Kita buka www.alibaba.com dan search pasal Lishi Tools ini

Dan kita dapat banyak pilihan termasuk di bawah : 

Jadi macam mana cara menjual Lishi tools di eBay ya ?

Anda boleh baca ini >>> Cara Menjual di eBay untuk newbie 2024 <<<

Bimbang sesat barat kalau buat pakai baca buku je 

Dan selesa nak kena ada guru

Tiada masalah, memang kami galakkan tuan puan buat macam itu

Berguru ini boleh kurang kan kita silap faham dan kurangkan risiko

Kita dalam kerugian bila buat bisnes

Cara menjual di eBay kena go with the flow

Penting untuk tuan puan tahu step by step nak belajar menjual di eBay ini

Tak kisah lah nak jual Lishi tools ini ke atau anak patung Smiling Critters ke

Semua kena ikut step by step

  1. buka akaun eBay dan payoneer
  2. buat research produk yang boleh atau tak boleh jual
  3. buat kira kira untuk tentu harga jualan sebenar
  4. cara nak optimize listing kita supaya berada di tempat teratas dalam enjin carian eBay
  5. strategi nak bagi listing kita laku
  6. cara proses order, cara pos barang
  7. guna strategi warehouse

Ini baru serba ringkas step by step yang tuan puan kena lalui 

Sebelum dan semasa menjual di eBay

Yang penting tuan puan kena ada sifat kesabaran dan mahu belajar

Lihat lah testimoni pelajar Dr Zul di bawah

mereka semua ini seperti tuan puan pada mulanya

Memang tak sabar sabar dan teruja nak dapat income dalam USD

dan untung nya mereka ini dengar kata dan ikut ajaran Dr Zul

Jadi kena go with the flow kalau nak jual Lishi tools ini ke atau apa apa barang lain

Jika tuan puan okay, apa lagi jom daftar masuk belajar kelas eBay dengan Dr Zul ya

Baru RM50 je tuan puan, tengok testimoni student Dr Zul di bawah apa kata mereka

So apa tunggu lagi, klik box hijau di bawah ini ya

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.