Loading

pendapatan eBay

eBay meraih pendapatan US 2.56 bilion dolar, mengatasi jumlah purata anggaran penganalisis sebanyak US 2.51 bilion dolar

Pendapatan itu terhasil dari peningkatan perbelanjaan pengguna semasa musim cuti termasuk dalam kategori refurbished goods dan alat ganti kereta

“Kami mula melihat bisnes kami bertambah baik menjelang akhir November, khususnya di Amerika Syarikat

“Ini didorong oleh pengguna yang mencari nilai untuk memanjangkan belanjawan percutian terhad mereka,” kata Ketua Pegawai Kewangan (CFO) eBay Stephen Priest

Pendapatan eBay itu memberi impak terhadap saham syarikat berkenaan yang meningkat sekitar 4% dalam perdagangan lanjutan.

Keuntungan sesaham melonjak kepada US 1.07 dolar, berbanding dengan anggaran US 1.03 dolar sesaham.

Lembaga pengarah eBay juga membenarkan program pembelian semula saham tambahan US 2 bilion dolar (RM9.2 bilion).

Pasaran eBay mendapat manfaat apabila pengguna berbelanja besar di tengah tengah ekonomi yang melemah.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif eBay Jamie Iannone berkata, United Kingdom dan Jerman, alami pertumbuhan e dagang yang negatif

Terdahulu, syarikat itu mengurangkan kira kira 1,000 kakitangan nya, atau dianggarkan 9% daripada tenaga kerjanya bulan lepas

Syarikat itu menyertai pesaing gergasi e-dagang Amazon.com dan firma teknologi lain berdepan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.