Loading

5 teknik jana income USD

5 teknik jana income USD ini akan dipelajari oleh peserta Bengkel eBaypreneur anjuran Export Oversea Academy Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Pengasas Export Oversea Academy Dr Mohd Zulariffin Maarof berkata, beliau akan bongkarkan lima tips terbaik bagi membolehkan seseorang itu boleh berjaya dalam dunia bisnes eBay

Katanya, menerusi teknik pertama, beliau akan mengajarkan cara setup akaun eBay untuk berniaga di Amerika Syarikat (USA)

“Bila akaun sudah sedia dan anda sudah boleh menjual. Kalau seller baru tiada produk , tiada masalah,” katanya

Dr Zul berkata, dalam teknik kedua, beliau akan ajar macam mana nak kaji demand di USA dengan scrap eBay data

“Teknik ketiga kita buat analisis kriteria HDLR dan RCA. Kalau berjaya kuasai teknik ini barang itu 99 percent memang boleh jual

“Anda kena tahu skill dan cara analisis produk supaya boleh duduk dalam first page dan first ranking eBay

“Bila buyer search , barang kita akan duduk di first page, baru lah barang kita senang nak terjual tanpa gunakan iklan, ada teknik nya,” katanya.

Dalam teknik keempat beliau berkata seller eBay perlu pandai cari rakan kongsi bisnes

“Yang keempat walaupun satu parcel , ada van yang akan pick up dari rumah tanpa perlu pergi ke hub kurier ke luar negara

“Anda patut tahu kurier apa yang patut didaftarkan supaya anda boleh hantar ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata, dan startegi yang kelima adalah beliau akan ajar cara automasikan bisnes apabila bisnes sudah berkembang

“Bisnes yang bagus, adalah bila kita tiada pun, bisnes kita boleh berjalan

“Jadi anda kena kuasai 5 Teknik Jana Income USD di eBay dari A to Z,” katanya

Dalam pada itu, lebih seramai 132 peserta menyertai Bengkel eBaypreneur di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam Selangor baru baru ini

Mahu Buat Research 5 Teknik Jana Income USD

Seorang peserta, Nurul Ain Mohd Zahar dari Kajang Selangor berkata, tertarik menyertai kelas Dr Zul yang dijumpai di laman Instagram

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pentadbir pemasaran di sebuah syarikat yang menjual alat ganti kereta di Shopee

“Saya memang sudah lama tercari cari cara nak bisnes eBay ini dan dan ingin mencubanya

“Cabaran di eBay lebih kurang seperti di Shopee di mana ada isu akaun seller kena gantung atau listing kena remove sebab ada yang jual barang tiruan

“Benda itu boleh kantol sebab dari kata kunci yang serupa dengan barang asli atau reka bentuk nya menyerupai produk asal

“Jadi dengan pengalaman yang ada di Shopee saya yakin boleh buat bisnes di eBay kerana saya sendiri memang minat buat bisnes,” katanya.

Katanya, dia berniaga macam macam benda yang dapat permintaan pelanggan antaranya kuih tart nanas, daging dendeng dan gubahan bunga

“Walaupun sudah resign, saya tak boleh duduk diam di rumah, dan buat bisnes ikut perminataan dan bukan nya syok sendiri

“Sebelum buat apa apa bisnes kita kena buat kajian dahulu, contohnya jika nak buka kedai makan

“Kena tahu demand, harga sesuai, lokasi ikut sasaran pelanggan kita

“Seperti juga di eBay, saya belum ada idea nak jual apa di eBay, tetapi saya tahu kita wajib buat kajian dahulu termasuk 5 Teknik Jana Income USD

“Sebab demand orang USA tak sama dengan demand di negara kita,” katanya.

Tak Perlu Jumpa Stranger, Sesuai Untuk Introvert

Bagi seorang akauntan bertauliah, Fatimah Zahra Fairuz berkata, dia sudah dua kali menghadiri kelas Dr Zul secara online dan kali ini secara bersemuka

Katanya, selain dapat memahami lebih lanjut mengenai eBay dan berjumpa guru depan depan, beliau berpuas hati kerana beberapa persoalan teknikal eBay sudah terjawab

“Saya kurang jelas mengenai teknik HDLR dan Alhamdulillah hari ini sudah terjawab dan tinggal nak amalkan sahaja selepas ini

“Saya pilih kelas eBay Dr Zul kerana bisnes ini sesuai dengan personaliti saya yang pemalu

“Jika saya nak jual tudung atau apa apa, saya jenis susah nak approach stranger

“Berbeza jika saya nak bisnes di eBay, saya tak perlu jumpa orang yang kita tak kenal pun

“Tambahan ini adalah platom antarabangsa dan yang penting cuma kena ada akaun sebagai penjual, orang sudah boleh beli barang kita

“Tak perlu nak hard sales, approcah orang di WhatsApp dan sebab inilah saya kata bisnes ini sesuai sangat dengan personaliti saya

“Saya pula jenis takut dengan rejection pelanggan,” katanya.

Berhenti Kerja Kerana Tekanan Melampau

Katanya, dia memilih menghadiri kelas Dr Zul kerana tertarik dengan 5 teknik jana income USD dan penyampaian nya yang tersusun dan jelas difahami

“Cara Dr Zul mengajar lebih berstruktur dan sistematik.  Pada saya, cara Dr Zul susah untuk orang yang cepat putus asa

“Namun, cara nya ini Insya Allah pasti berjaya sebab Dr Zul sendiri pernah buat teknik teknik yang diajar dan teknik kita boleh pakai,” katanya.

Katanya, dia berubah angin untuk mulakan bisnes eBay selepas berhenti kerja pada Disember lalu

“Saya berhenti sebab tekanan kerja melampau, situasi company buat laid off, tetapi ambil kita

“Kita kena absorb kerja selama lima tahun dan kena buat semua kerja itu

“Bila fikir fikir balik itu yang terbaik untuk diri dan kesihatan mental kita

“Saya tak mampu nak sustain, walaupun environment nya okay,” katanya.

Jangan Malu Belajar 5 Teknik Jana Income USD

Beliau berkata, atas sebab mempunyai masa terluang sebelum dapat apa apa peluang kerja baru, dia ambil keputusan untuk belajar benda baru

“Saya sedang explore peluang new job dan saya pun tiada apa nak buat, dan lebih baik kita pergi kelas eBay

“Atleast kalau kita dapat kerja lain pun, kita dah master ilmu eBay ini,” katanya yang punya seorang anak seorang lelaki berusia enam tahun

Katanya, beliau percaya jika beliau betul betul fokus bisnes di eBay dia boleh berjaya

“Kalau saya sudah ada kerja lain saya pun , saya masih boleh buat eBay dan tak akan berhenti kerja itu

“eBay ini buat secara separuh masa pun tak mengapa.

“Saya juga masih berharap dapat kerja dalam bidang saya supaya dapat manfaatkan ilmu dipelajari

“Tetapi dalam masa sama saya dapat pulun fahamkan eBay ini,” katanya.

Katanya, jika ada rakan rakan senasibnya, meminta mereka tidak malu mempelajari kemahiran baru termasuk 5 teknik jana income USD ini walaupun sudah bergelar akauntan profesional

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.