Loading

Apple-1

Apple-1, komputer pertama keluaran Apple terjual sebanyak $340,100 pada lelongan di eBay pada Jun 2022.

Penjual yang juga pemiliknya, Jimmy Grewal, adalah seorang penggemar teknologi dan collector berasal dari Dubai UAE.

Komputer Apple-1 adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh Apple Inc. dan dihasilkan dalam jumlah yang sangat terhad.

Kira-kira 200 unit komputer itu dibuat pada pertengahan 1970-an

Dari jumlah itu, 175 unit telah terjual dan kira kira 82 diketahui masih terselamat

Kewujudan komputer ini adalah titik tolak permulaan komputer peribadi di dunia ini

Apple-1 tidak ada kunci padam

Apple-1 dianggap sebagai simbol permulaan era teknologi moden.

Setiap unit Apple-1 dipateri secara manual dan pemilik nya diberi sijil produk tulen

Komputer ini dilengkapi aksesori asli seperti papan kekunci, monitor, dan kaset pemulihan data.

Bagi seorang collector seperti Jimmy Grewal, memiliki Apple-1 bukan hanya berkait tentang milik aset terpenting dalam sejarah, tetapi ini adalah satu bentuk pelaburan yang lumayan

Minat Jimmy Grewal dalam produk Apple bermula pada awal 1980-an

Ia muncul selepas, sekolah nya,  American School of Dubai, memperoleh komputer Apple II pada akhir 1970-an

 “Pada masa saya berada di sekolah rendah, saya cukup ketagih, dan saya tahu bahawa saya mahu melakukan sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan perisian,” katanya.

Dia mula kumpul barangan elektronik selepas melihat Macintosh 1984 yang asli semasa bantu rakan satu kolej mencari perabot di pusat beli belah

Kerana komputer itu perlu kan sedikit pembaikan, dia terus mencari parts yang rosak atau hilang

Minat nya inilah yang membuat kan nya semakin lama dia miliki banyak komputer dari masa ke masa

“Ketika tamat pengajian, saya ada sepuluh komputer dan tersembunyi di bawah katil

“Ada yang saya guna sebagai kaki meja.”  kata Jimmy Grewal.

Apple-1 tidak mempunyai kunci atau fungsi padam.

“Jika anda ingin ubah sesuatu, kena taip semula dari awal.

“Kita seperti menulis dari komputer terus ke pencetak kertas,” katanya.

Beliau kini adalah pemilik The AAPL Collection, syarikat yang kumpul koleksi peribadi komputer dan aksesori Apple vintaj.

Apple jadi gergasi teknologi

Komputer ini hanya ada 64 aksara, dan tidak ada fungsi huruf kecil. 

Goal asal pencipta Apple-1 iaitu, Steve Wozniak dan Steve Jobs adalah untuk membuktikan konsep bisnes komputer ini boleh berjaya

Kedua orang penting ini sanggup buat apa sahaja untuk bangun kan projek Apple-1 ini

Steve Jobs menjual VW Microbus milik nya manakala rakan kongsi nya Wozniak, jual kalkulator boleh atur cara yang berharga untuk dapat modal projek

Wozniak cipta dan reka bentuk Apple-1 manakala Steve Jobs guna kan kemahiran jualan serta pemasaran untuk kejayaan bisnes mereka

Jobs akhir nya bertemu dengan pelabur, Mike Markkula, yang sebelum itu meraih jutaan dollar dalam industri komputer ketika itu

Markkula membuat keputusan melabur dalam Apple kerana projek Apple-1 dan konsep pemasaran nya yang menarik

Pelaburan yang diterima duo itu menjadi perintis kepada kewujudan Apple II yang kelihatan mirip komputer sebenar

dan sejak itu, Apple tidak toleh ke belakang lagi dan pesat membangun hingga jadi gergasi teknologi dunia hingga ke hari ini

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.