Loading

Azure OpenAI

Azure OpenAI mudah kan kerja seller ? macam mana tu

Hah macam ini

Sebagai seller baru di eBay banyak perkara yang kita masih tak reti kan

dari awal nak setup akaun hingga lah nak faham peraturan dan undang undang eBay

semua benda ini memang ambil masa

Silap hari bulan, kita boleh bosan sebab macam macam proses nak kena buat

dan memang ada yang give up

Bagi bantu para seller untuk mudah bekerja, eBay sentiasa upgrade sistem mereka termasuk guna teknologi kecerdasan buatan (AI)

Apa yang menarik melalui teknologi ini yang dipanggil Azure OpenAI, seller hanya perlu muat naik gambar dan kemudian, Ai ini akan :

1. Buat kan description produk

2. Tulis tahun pembuatan produk

3. Cadang kategori yang sesuai

4. Cadang harga produk

Bergantung pada produk, Azure OpenAI ini boleh kumpulkan banyak maklumat hanya melalui gambar sahaja

Sebagai contoh,

Trading Cards

Azure OpenAI boleh kenal pasti spesifik utama seperti pengilang, set, gred dan tahun

Pakaian,

Azure OpenAI boleh beritahu jenama, saiz, warna dan gaya

Namunnn, ciri ini hanya tersedia pada aplikasi iOS eBay buat masa ini

Untuk versi Android akan tiba tidak lama lagi. Sabaq Na

Faster, Simpler, Magical. Azure OpenAI

Ini bukan percubaan pertama eBay, guna teknologi AI dalam sistem mereka 

Sebelum ini, seller perlu isi butiran asas dan nama kan listing sebelum AI yang tulis kan penerangan produk

eBay dakwa kira kira 30 peratus seller di Amerika Syarikat (AS) telah cuba tool lama itu sekurang kurangnya sekali,

dan lebih dari 95 peratus dari mereka guna listing AI yang terhasil, walaupun kadangkala ada yang edit hasil AI berkenaan

Untuk AI terbaru ini, lebih 80 peratus seller bagi feed back puas hati dengan ciri tersebut

eBay berkata :

“Dengan kemajuan terkini, di mana algoritma AI boleh cipta teks, imej dan video — kami dapat guna infrastruktur AI berskala besar dan boleh diperluaskan lagi

“Untuk sepadu kan teknologi OpenAI Azure ke dalam pasaran dengan pantas

“Semua nya untuk jadikan proses jual beli di eBay jadi selancar mungkin.”

Bersama-sama AI teks, eBay juga keluar versi yang lebih baik bagi background remover berkuasa AI untuk imej.

Goal yang sama, untuk mudah kan listing produk dan dalam masa sama sedia info yang pembeli mahu

Faster, Simpler, Magical. Itu moto bagi versi Azure OpenAI terbaru ini, jom tonton montaj di bawah :

https://vimeo.com/860275682

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.