Dropshipping eBay adalah model bisnes yang sah, dan dibenarkan di eBay .
eBay wujud kan dasar dan garis panduan yang ketat khusus nya jenis item yang boleh dropship di eBay.
Dropship mesti penuhi pesanan secara terus melalui pembekal borong (wholesale supplier)
Walaupun pembekal penuhi dan hantar pesanan, penjual eBay masih bertanggungjawab
Untuk pasti kan penghantaran barangan yang selamat dan tepat pada masanya kepada customer.
Dropshipping eBay: Gambaran Keseluruhan
Penjual harus patuhi dasar eBay untuk elak risiko akaun mereka suspended.
Dasar eBay takrif kan dropshipping sebagai proses beli stok dari pembekal borong (ebay dropshipping suppliers)
Kemudian pembekal itu akan hantar item kepada pembeli anda.
Oleh itu, penjual dropship eBay tidak perlu kendali kan item secara langsung
eBay penting kan customer satisfaction dan penjual perlu patuhi dasar pemenuhan pihak ketiga.
Dropship perlu buat pra pembelian item sebelum kemas kini stok listing kedai eBay mereka.
eBay tidak benar penjual eBay listing item dahulu dan order dari pembekal selepas customer eBay buat pesanan.
Senang kata, customer dah beli, baru kita beli barang dari pembekal. Itu salah dan tak boleh ya
Kena buat stok siap siap
Dropshipping eBay: patuh dasar elak akaun suspended
Jika anda buat juga dan langgar dasar ini, eBay akan ambil actions seperti :
1. Tamat atau batal kan listing eBay dan apa apa transaction yang belum selesai
2. Turunkan listing kedai eBay anda dari hasil carian
3. Rendah kan rating penjual
4. Sekat jual dan beli akaun eBay anda
Jenis hukuman ini depend pada asas kes.
Oleh itu, belajar dan ikut dasar eBay untuk elak akaun suspended.
Anda juga boleh ambil tahu dan faham Perjanjian Pengguna eBay
Dasar Pemenuhan Pihak Ketiga eBay
Pertama, mengapa eBay ada dasar dropshipping ?
eBay mahu jaga tahap customer satisfaction
Mereka tidak mahu customer keliru tentang siapa yang penuhi atau hantar pesanan pembelian
Penjual dalam talian dan dropshipper perlu ikut syarat berikut:
Penjual eBay mesti pra beli stok dari pembekal dropshipping (ebay dropshipping suppliers)
Pelanggan perlu tahu siapa penjual atau kedai eBay yang bungkus pesanan
Pesanan mesti dipenuhi dan dihantar dalam terma yang dipersetujui dalam listing kedai eBay.
Pembekal hanya boleh guna maklumat pesanan customer untuk penuhi pesanan dropshipping sahaja (seperti syarat kontrak mereka dengan penjual eBay)
Penjual eBay TAK BOLEH sama sekali dari beli item dari pasaran atau retailers lain di eBay
Senang kata, penjual eBay tak boleh beli barang dari penjual eBay yang lain dan kemudian, jual item itu kepada customer.
Selain itu, penjual eBay juga tidak boleh salah beritahu dari mana lokasi item itu dihantar
Strategi Kejayaan
Dropshipping adalah model bisnes yang ada potensi beri untung dengan modal yang rendah
Tidak hairan lah ramai penjual dalam talian minat untuk buat dropship.
Ikuti petua ini untuk jana aliran income yang stabil dengan dropshipping di eBay.
Penyelidikan Pasaran dan Produk
Penyelidikan pasaran dan produk adalah penting untuk mana mana bisnes dalam talian.
Ia bantu kita faham demand untuk produk atau niche tertentu dan tahap persaingan.
Selain itu, arah aliran jualan masa lalu boleh diguna untuk jangka kan demand dan arah aliran masa hadapan.
Alat research produk boleh bantu buat cerapan terperinci prestasi jualan, demand dan analyze produk.
Antara tools lain untuk optimum kan bisnes di eBay adalah seperti competitor analysis, title builder dan keyword research.
Cari Pembekal
Pembekal dropshipping yang trusted adalah penting untuk kejayaan bisnes dropshipping eBay
ebay dropshipping suppliers akan jadi orang yang bertanggungjawab penuhi pesanan apabila customer beli dari kedai kita.
Oleh itu, pembekal ini mesti cukup trusted untuk bungkus dan hantar pesanan yang selamat
Dengan ikut anggaran masa shipping seperti stated pada listing eBay.
Pilih pembekal berdasarkan kualiti produk dan harga mereka supaya dropshipper boleh kekal dapat margin untung yang sihat.
Optimumkan Penyenaraian
Optimum kan produk dropshipping untuk dapat kedudukan yang lebih tinggi dalam hasil carian eBay.
Kedudukan carian yang lebih tinggi bermakna produk anda boleh dilihat oleh lebih ramai customer eBay
Ini enhance peluang untuk membuat lebih banyak jualan.
Pilih dan sepadu kan kata kunci sasaran anda ke dalam tajuk listing, description produk dan butiran item.
Jangan lupa untuk tambah imej produk berkualiti tinggi untuk pikat lebih ramai pembeli dan lebih berdaya saing.
Kepuasan Pelanggan adalah Keutamaan
Tingkat kan rating penjual dengan utama kan customer satisfaction.
Jawab pertanyaan atau customer.
Jika perlu, offer attractive returns policy untuk tarik lebih ramai bakal pembeli.
Soalan Lazim
Adakah dropship di eBay berbaloi?
Ya, kaedah ini boleh jadi bisnes yang menguntungkan.
Sekali lagi, patuhi dasar eBay dan pilih pembekal yang boleh dipercayai
Ini penting untuk bertahan kerana tahap persaingan yang hebat dalam pasaran dalam talian ini.
Gunakan kalkulator margin keuntungan untuk tentu berapa banyak keuntungan yang boleh dibuat dengan setiap item.
Berapa purata keuntungan ?
Purata margin keuntungan dengan model bisnes dropshipping eBay ialah 15 hingga 60%.
Walau bagaimanapun, julatnya adalah luas kerana ia boleh berbeza beza ikut jenis produk, customer sasaran dan persaingan.
Bolehkah eBay larang buat dropshipping?
Tidak. Dropshipping dibenarkan di eBay.
Walau bagaimanapun, penjual mesti ikut dan patuh dasar pemenuhan pihak ketiga mengenai dropshipping eBay.
Akhir sekali, kena ingat baik baik, eBay hanya benar kan pembekal dropshipping eBay terdiri dari pembekal pemborong, bukan peruncit.
Semoga membantu, good luck !
habis//
Artikel dipetik dan disesuaikan dari Zik Analytics
Foto utama kredit pada Bestfulfill
>>> Nak belajar berniaga di eBay dan dapat gaji USD ? klik sini<<<
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…