Loading

How to find high demand low competition products

How to find high demand low competition products atau Cara Mencari Produk Permintaan Tinggi, Persaingan Rendah di eBay dan Amazon

Sebagai permulaan untuk menjual produk di Amazon atau eBay, anda mesti beri tumpuan kepada tiga faktor penting.

Mula mula, cari produk di kedai online sedia ada yang sudah :

1. Terjual dengan cepat

2. Ada demand yang tinggi

3. Harga jualan yang rendah .

Kriteria utama produk adalah seperti berikut:

· Mesti ada 10 jualan dalam tempoh 30 hari yang lalu

· Tidak lebih dari lima pesaing

Sementara itu, bagi mereka yang sudah ada kedai online sejak sekian lama dan ingin dapat lebih banyak untung

Guna kriteria berikut:

· Mesti ada tiga jualan dalam tempoh 30 hari yang lalu

· Tidak lebih daripada 10 pesaing

How to find high demand low competition products : Fahami produk trafik

Cara Mencari Produk Persaingan Rendah Permintaan Tinggi

1. Leverage Produk Trafik

Penjual eBay dan Amazon sering abai produk trafik kerana keuntungan yang rendah untuk setiap item yang terjual

Apa maksud produk trafik?

Produk trafik juga dikenali sebagai pergerakan produk.

Biasa nya produk yang lebih murah, iaitu $15 dan ke bawah.

Oleh itu, keuntungan yang anda perolehi untuk produk ini agak rendah.

Tetapi pemilik bisnes eBay dan Amazon masih suka menjual nya kerana :

1. Pertama, produk ini bantu tingkat kan jualan kerana cepat dan murah

2. Produk ini buat kedai anda lebih kerap dijenguk oleh bakal pembeli

3. Produk ini buat anda untung. Walaupun margin keuntungan adalah rendah, tetapi ia tetap untung dan lebih baik dari 0 sales

Ramai pemilik bisnes akan buat satu produk trafik dari lima produk yang ada di kedai mereka

Jika anda mahu tahu lanjut bagaimana produk trafik berfungsi, anda perlu fahami bagaimana Algoritma jualan eBay bekerja

Elak jual produk bermusim

2. Penyelidikan Pesaing

Selidik pesaing anda adalah antara kaedah untuk cari idea produk yang menguntungkan dan permintaan tinggi produk persaingan rendah.

Jika anda ingin capai margin keuntungan yang tinggi, kaedah ini adalah cara terbaik!

Kaedah ini juga paling biasa digunakan oleh penjual untuk kenal pasti

1. Niche yang menguntungkan

2. Produk dapat permintaan tinggi dan persaingan yang rendah.

Cara paling mudah, lihat profil dropshipper lain dan cari produk yang mereka jual dalam talian.

Pertama, anda boleh buat penyelidikan manual seperti guna Google Trends untuk kenal pasti produk atau niche terlaris

Tetapi hati hati kerana boleh jadi produk itu cuma laris ikut musim contohnya raya Krismas.

Jika boleh, elak jual produk bermusim kerana sales juga bermusim

Spy siapa penjual terlaris di eBay dan Amazon

Apabila analisis Google Trends, lihat volum carian untuk produk tertentu.

Big Ticket Item @ produk  mahal, bermakna tak ramai yang mampu beli dan permintaan nya rendah.

Walaupun produk itu viral. Tindakan jual produk viral dan mahal itu dalam listing adalah tak masuk akal.

Ia lawan formula permintaan tinggi dan persaingan yang rendah.

Kaedah lain untuk analisis persaingan secara manual ini, adalah layari laman web pembekal atau Amazon.

Cari akaun penjual terbaik dan semak produk terlaris mereka.

Pilih sahaja mana mana kategori yang berkaitan dan lihat mana satu produk paling laris

Tetapi, kena hati hati bila buat analisis persaingan kerana kita hanya mahu cari produk persaingan rendah permintaan tinggi.

Jadi, mula mula, list kan item yang paling laris dan kemudian masukkan long tail keywords untuk produk ini pada Google Serch

Lihat, berapa banyak produk berkaitan yang muncul? Ada sebarang produk yang ditemui atau hanya beberapa?

Jika tidak banyak produk yang dihasilkan oleh carian Google Search, ini bermakna, produk itu ada persaingan yang rendah!

Jika anda temui produk ini, cepat cepat manfaatkan peluang itu untuk masuk dalam listing di kedai online anda

Tetapi, jika banyak,  better skip sebab produk itu banyak persaingan.

How to find high demand low competition products : Berapa jualan sebulan pesaing ?

Tetapi jika mahu kerja mencari kategori produk permintaan tinggi dengan persaingan yang rendah, yang cepat dan mudah, anda boleh langgan Zik Analytics.

Cari kategori produk atau niche yang anda minati (atau produk permintaan paling tinggi berdasarkan penyelidikan kata kunci).

Kemudian, lihat penjual teratas dalam search itu. Penjual itu telah buat banyak jualan dari kategori berkenaan.

Jika penjual tertentu buat listing produk permintaan tinggi, kemungkinan besar mereka juga ada produk lain yang best dan laku

Gunakan pendekatan yang sama untuk cari produk persaingan rendah tetapi dapat permintaan tinggi.

Semak bilangan produk yang dijual sepanjang 30 hari yang lalu

Seperti diterangkan sebelum ini untuk kenal pasti sama ada produk itu ada permintaan tinggi dan persaingan rendah.

habis//

Artikel ini dipetik dan disesuaikan dari Zik Analytics

Foto kredit to Algopix

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.