Loading

Ringgit Malaysia jatuh

Ringgit Malaysia jatuh ke paras RM6.24 sen banding 1 US Dollar pada 4 petang 5 Febuari 2024

Situasi ini dapat macam macam reaksi netizen, ada yang kata itu dan ini

Semalam, Berita Harian pada jam 7.53 malam 5 Febuari 2024 memetik berita BERNAMA dengan tajuk

Ringgit jatuh bersama mata wang pasaran pesat membangun

Namun ada netizen yang nakal ber gurau katakan Ringgit Sedang Merendah Diri

Macam macam kan

Jom kita fahami apa kesan apabila Ringgit Malaysia jatuh pada kehidupan rakyat

Ringgit Malaysia jatuh Punca Harga Barang Import Naik

Apabila Ringgit Malaysia jatuh, kos untuk import barang dari negara lain akan meningkat

Ini kerana lebih banyak ringgit diperlukan untuk membeli mata wang asing.

Secara langsung ini akan jadi punca harga barang import seperti elektronik, kereta, dan

makanan naik

Ringgit Malaysia Jatuh Punca Kos Hidup Naik

Dengan naiknya harga barang import, kos hidup secara keseluruhan nya juga akan meningkat.

Ini bermakna rakyat Malaysia mungkin perlu keluar kan lebih banyak wang untuk perbelanjaan harian.

Beban Lebih Berat untuk Peminjam dengan Hutang dalam Mata Wang Asing

Bagi individu atau syarikat yang punya pinjaman dalam mata wang asing

penurunan nilai ringgit akan jadi punca beban hutang mereka bertambah

Mereka perlu bayar lebih dalam terma ringgit untuk jumlah yang sama dalam mata wang asing.

Ringgit Malaysia jatuh beri impak positif sektor pelancongan

Namun, pelancongan boleh dapat manfaat kerana Malaysia menjadi destinasi yang lebih murah bagi pelancong asing

Situasi ini boleh tingkat kan pendapatan negara dari sektor pelancongan.

Penghantaran Wang

Bagi pekerja asing di Malaysia atau rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara

perubahan nilai tukar dapat pengaruhi jumlah wang yang dihantar pulang.

Untuk pekerja asing, wang yang di hantar pulang akan kurang nilainya

tetapi bagi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara mereka akan dapat lebih apabila

tukar mata wang asing ke ringgit.

Peningkatan Biaya Pendidikan di Luar Negara

Bagi pelajar yang belajar di luar negara atau merancang untuk belajar di luar negara

mereka akan merasai kesan penurunan nilai Ringgit Malaysia jatuh kerana yuran pengajian dan kos sara

hidup akan menjadi lebih mahal apabila ditukar dari ringgit ke mata wang asing.

Kesukaran Untuk Melabur di Luar Negara

Investor Malaysia mungkin akan berdepan dengan kesukaran untuk labur di pasaran global

Ini kerana nilai pelaburan mereka dalam ringgit akan kurang berbanding dengan mata wang yang lebih kuat.

Eksport Lebih Bersaing

Bagi syarikat Malaysia yang mengeksport barang, nilai ringgit Malaysia jatuh boleh meningkatkan

daya saing mereka di pasaran antarabangsa kerana kos produksi dalam ringgit akan lebih rendah.

Kesulitan untuk Syarikat Multinasional

Syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia mungkin akan kena impak kenaikan kos operasi dan pengeluaran

Ini terjadi jika mereka bergantung kepada bahan mentah atau komponen yang diimport.

Pengurangan Kuasa Beli

Secara keseluruhannya, apabila nilai ringgit Malaysia jatuh ia akan kurangkan kuasa beli rakyat Malaysia jika masih dengan

pendapatan yang sama

habis//

Foto kredit to Suara Keadilan

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.