Bugatti Chiron 2018 jadi kereta hyper paling mahal yang dijual di laman eBay USA setakat hari ini.
Kereta dengan enjin quad-turbocharged W16 8.0 liter itu, dibuka dengan harga jualan kira kira USD 3.6 juta (RM17 juta)
Kereta itu diiklankan oleh speedgallerymiami dalam kategori Buy it Now (BIN)
BIN adalah di mana buyer boleh beli dan bayar barang terus tanpa tunggu tempoh lelongan.
Hypercar terpakai buatan asal Perancis itu sudah menempuh perjalanan sejauh 9,864 kilometer
Penjual yang berpangkalanan di Miami, Florida, Amerika Syarikat itu tidak letak details lanjut seperti enjin, warna dan peralatan lain.
Kereta kedua termahal yang dijual di laman itu juga adalah jenama 2019 Bugatti Chiron, oleh company yang beralamat di Boca Raton, Florida, United States
Hypercar itu dijual dengan filem perlindungan cat penuh (FULL PPF), HRE Forged Wheels
HRE Forged Wheels adalah sebuah company yang terkenal dengan pembuatan roda-roda (rims) mewah dan berkualiti tinggi.
Penggunaan Teknologi Forging. HRE Wheels menggunakan proses forging untuk membuat roda mereka.
Proses ini melibatkan pemadatan bahan aluminium atau magnesium dengan tekanan tinggi supaya roda lebih kuat dan lebih ringan
Harga pinangan hypercar itu adalah USD $3.4 juta (RM16 juta) dengan jarak perjalanan sejauh 5,980 kilometer
Penjual exotichunter itu buka jualan dalam kategori BIN hingga 19 Febuari ini. Ada yang berminat ke?
Bugatti Chiron baru cecah RM12.75 juta sebuah
Bugatti Chiron direka untuk prestasi yang sangat tinggi, dengan enjin quad turbo charged W16 8.0 liter yang boleh hasil kan 1,500 kuasa kuda.
Chiron mampu capai laju maksima sekitar 261 mph (420 km/h), dan salah satu kereta paling laju yang boleh dipandu di jalan raya.
Chiron punya reka bentuk dalaman yang mewah dan dibuat dari bahan bahan kualiti tinggi seperti kulit, karbon, dan logam yang dipilih dengan teliti.
Harga asas untuk Bugatti Chiron bermula dari sekitar 2.5 juta Euro, dan jadi salah satu kereta baru yang paling mahal di pasaran.
Chiron sering dianggap sebagai koleksi dan pelaburan bagi para hartawan dan pengumpul kenderaan eksotik.
Bugatti hanya buat Chiron dengan jumlah kecil dan eksklusif. Sebab itulah harga nya, tahap sultan dan anak raja je mampu pakai
Katanya, hanya 500 unit je yang dibuat, apa salah sambar sebiji, tak gitu bang
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024