Loading

eBay trivia

eBay Trivia ini ada info info yang maybe kurang penting secara am tapi penting untuk seorang seller yang baru terjun dalam bidang ini. Jom tengok apa fakta menarik yang ada

eBay diasaskan oleh Pierre Omidyar pada tahun 1995, asalnya sebagai platform untuk lelongan bagi collector antik dan barangan unik.

Produk pertama yang dijual di eBay ialah sebuah pointer laser rosak yang dibeli oleh seorang pengumpul yang berminat dengan barang-barang rosak.

Nama asli eBay adalah AuctionWeb, dan ia jadi salah satu dari empat laman web yang dibuat di bawah syarikat Echo Bay Technology Group sebelum nama eBay menjadi popular.

eBay cipta sistem maklumbalas (feedback system) yang boleh kan pembeli dan penjual beri penilaian terhadap transaksi

yang telah dilakukan, yang bantu gain trust komuniti dalam talian.

eBay beli PayPal pada tahun 2002, dan jadi kan proses pembayaran lebih mudah bagi pengguna eBay.

Namun eBay dan PayPal jadi entiti berasingan pada 2015 tetapi PayPal masih jadi salah satu cara pembayaran yang

popular di eBay.

eBay Motors dilancarkan pada 2000 sebagai pasaran dalam talian untuk beli dan jual kenderaan serta alat ganti. Ia telah

jadi salah satu segmen terbesar di eBay.

eBay kenal kan Program Perlindungan Pembeli yang beri jaminan pembeli akan dapat item yang diiklankan atau mereka \

boleh dapat pengembalian wang.

Program khas, eBay for Charity, adalah platfom di mana penjual boleh pilih untuk derma sebahagian dari hasil jualan mereka kepada amal.

eBay tidak lagi hanya jadi tempat untuk lelongan antik dan barang unik, tetapi telah berkembang jadi sebuah pasar raya online dengan pelbagai kategori termasuk elektronik, fesyen, alat rumah dan banyak lagi.

Platfom ini sokong pelbagai bahasa dan ada laman web tersendiri untuk berbagai negara, boleh kan penjual dan pembeli dari seluruh dunia untuk berinteraksi.

eBay Trivia ini boleh jadi panduan pada orang ramai yang masih blur dan tak faham apa sangat pasal eBay ini, moga bermanfaat okay

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.