Loading

high pay jobs

High pay jobs 2024. Semoga dengan panduan ini dapat bantu adik adik yang bakal tamat sekolah menengah untuk pilih bidang kerja yang ada potensi income yang baik pada masa depan

Ibu bapa dan penjaga anak anak juga boleh alert dengan artikel ini untuk bantu anak anak kita rancang pilihan terbaik yang ada untuk sambung belajar ke tempat diminati okay

High pay jobs : tambah ilmu untuk kekal daya saing

Jika anda mahu daki tangga kerjaya pada tahun ini sekali gus tambah income, anda kena bermula dengan sikap positif bagi belajar skills baru

Pasaran kerja dan industry selalu berubah dan jadi sebab demand untuk bakat baru bagi mengisi tugasan critical.

Kemahiran yang anda miliki saat ini mungkin jadi lapuk dan perlu kan input baru yang segar.

Untuk bantu kekal kan daya saing dan jaminan promosi dalam kerja, anda perlu belajar skills baru untuk dapat gaji terbaik

Analisis Data salah satu high pay jobs

Kemahiran analisis data berguna dalam jenis situasi dan kerjaya,seperti dalam peranan leadership dan management.

Namun anda boleh pilih untuk fokus dalam bidang ini dan jadi penganalisis data.

Kemahiran ini perlu kan upaya untuk visual, ekstrak, model, bersih dan tafsir data yang kompleks

Ia penting untuk buat keputusan utama bagi boleh kan satu satu organisasi rangka strategy efektif

Pengurusan Projek antara high pay jobs

Pengurusan projek ialah satu lagi set skill yang amat perlu dalam pelbagai industri di seluruh dunia.

Permintaan untuk project manager naik 6% untuk lapan tahun akan datang hingga 2032

Ia termasuk skills organisasi dan kaedah yang menyeluruh, pengurusan risiko, bina perhubungan, dan team management,

kerjasama dan komunikasi.

Reka Bentuk UX/UI juga dapat high pay jobs

Kemahiran reka bentuk laman web serta produk mudah alih amat penting bagi penuhi demand manusia yang kini depend dengan teknologi dalam bidang macam macam bidang

Menurut laman Statista, hampir 5.3 bilion orang guna internet setakat Oktober 2023 dan jadikan skill ini sangat penting

untuk penuhi demand sektor awam dan swasta.

Menurut laman TukangWeb, secara ringkas, beza antara UI dan UX design adalah seperti berikut :

UI Design


Membentuk elemen visual dan interaktif dalam produk. Memfokuskan aspek estetik (komestik) dan susun atur yang menarik dan mesra pengguna.

UX Design

Membentuk keseluruhan pengalaman pengguna (user experience). Fokus pada pemahaman pengguna, aliran konteks, interaksi dan penyesuaian produk untuk penuhi keperluan dan objektif pengguna.

Pemasaran Digital juga high pay jobs

Pemasaran digital adalah untuk tarik perhatian orang ramai pada sesuatu produk atau servis seperti dalam bidang bisnes

Jika anda suka sunting video, reka bentuk grafik, aktif di media sosial, marketing pengaruh atau punya hobi dalam menulis dan cipta content untuk blog

Anda adalah orang yang tepat untuk bidang ini dan terus kan asah skill itu dengan ikuti kursus digital marketing ikut niche anda.

Baca ini : Cari duit online di Tik Tok 2024

AI (Kecerdasan Buatan)

Kini sudah tentu, senarai skills dalam demand yang baik dan income tinggi tidak akan lengkap tanpa sebut peranan AI.

AI ialah teknologi berkuasa yang diguna secara meluas dalam hampir setiap industry dan organisasi

Menurut laporan McKinsey & Company, AI bawa potensi yang sangat besar, dengan ramalan peningkatan ekonomi dari $2.6 trilion kepada $4.6 trilion

Belajar skill AI tidak bermakna anda mesti habis kan masa belajar untuk jadi jurutera mesin atau saintis AI

Sebaliknya, adalah penting untuk anda upgrade skill diri anda dengan guna AI dalam buat tugasan

Ia boleh tingkat kan kualiti dan output kerja, kurang kan kerja lebih masa dan bantu capai goal bisnes serta kerjaya.

Kepimpinan

Istilah, “kemahiran kepimpinan” adalah pemikiran analitikal, rasa ingin tahu dan pembelajaran sepanjang hayat, management manusia, daya tahan, motivation, dan kesedaran diri.

Kemahiran ini dapat tahap tinggi dalam laporan Masa Depan Pekerjaan Forum Ekonomi Dunia pada 2023. Laporan itu sebut

skill ini semakin meningkat yang diutamakan oleh organisasi.

Pembangunan Web

Kemahiran pembangunan web diperlukan oleh majikan seiring dengan skills lain yang fokus “dalam talian”

Tinjauan Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat unjur kan skill demand ini akan naik 16% dalam beberapa tahun akan datang.

Anda boleh belajar pembangunan web melalui kursus dalam talian, boot camp, dan belajar ijazah dalam sains computer.

Jualan

Jika anda ada interpersonal skill dan mudah bina perhubungan, personaliti yang mesra, berdaya tahan dan tabah, bidang ini adalah sesuai dengan jiwa anda

Anda suka penuhi sasaran dan tarikh akhir ? Skill jualan memang dunia kerjaya tepat buat anda

Potensi income dari bidang ini sky is the limit, kerana ramai pro dalam bidang ini bukan sahaja dapat komisen tanpa had,

tetapi turut dapat gaji tinggi kerana ketuai jabatan jualan dan company management

Banyak platform dalam talian yang offer macam macam kursus skill jualan, untuk bantu anda asah skill perundingan, Salesforce dan cold call.

(Artikel di atas dipetik dan disesuaikan dari Forbes)

Pereka Perisian (Software Designer) antara highest paying jobs in Malaysia

Pereka perisian yang mahir dalam pembangunan aplikasi mudah alih dan sistem asas web dengan kepakaran dalam bahasa

pengaturcaraan terkini seperti Python, Java, dan Swift punya demand yang tinggi dan gaji yang lumayan.

Pakar Data (Data Scientist)

Pakar data dengan skill dalam analisis statistik, pembelajaran mesin (machine learning), dan kepakaran dalam alat seperti R, Python, dan SQL ada peluang kerja yang baik dengan gaji yang menarik.

Pengurus Pemasaran Digital (Digital Marketing Manager)

Dengan keperluan untuk marketing dalam talian, marketing digital manager yang mahir dalam strategi SEO, content marketing, dan media sosial boleh jangka income yang baik.

Pakar Keselamatan Siber (Cybersecurity Specialist)

Pakar keselamatan siber yang boleh lindung data dan infrastruktur IT syarikat dari serangan siber ada demand yang tinggi dan gaji yang kompetitif.

Pengurus Projek Teknologi Maklumat (IT Project Manager)

Individu dengan project management skill, terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, sering dihargai dengan gaji

yang tinggi kerana kemampuan mereka urus pasukan dan projek yang kompleks.

Doktor Perubatan (Medical Doctor)

Profesional perubatan, khusus nya dalam bidang pakar kardiologi, radiologi, dan pembedahan, sering dapat gaji yang tinggi

disebabkan demand yang tinggi dan tanggungjawab yang besar.

Peguam (Lawyer)

Penguam dengan pengalaman dalam bidang korporat, hartanah, dan undang undang komersial sering dapat gaji yang tinggi, terutama apabila khidmat di firma guaman besar atau sebagai penasihat undang undang korporat.

Jurutera Petroleum (Petroleum Engineer)

Jurutera petroleum, yang terlibat dalam eksplorasi dan pengeluaran sumber tenaga, biasa nya nikmati gaji yang tinggi kerana keahlian teknikal dan risiko kerja yang terkait dengan industri.

Pengurus Bank Pelaburan (Investment Bank Manager)

Profesional dalam bidang perbankan pelaburan, yang memberi nasihat kepada syarikat tentang ambil alih dan penggabungan serta urus tawaran awam permulaan (IPO), punya potensi income yang tinggi.

Pilot Penerbangan Komersil (Commercial Airline Pilot)

Pilot dengan lesen penerbangan komersil dan jam terbang yang tinggi ada peluang kerja dengan gaji lumayan, terutama nya apabila bekerja untuk syarikat penerbangan terkemuka.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’

Momento Cafe bangkit dari episod duka

Abg Dendeng konsisten LIVE

Minyak Herba Asmak terjual 1 juta unit

Leave a Reply

Your email address will not be published.