Loading

abgkopidukung

Abgkopidukung. Pemilik akaun TikTok ini viral apabila gelagat nya menjual kopi di sekitar Jambatan Angkat, Terengganu meraih pujian netizen.

Mohamad Norazlan Anuar, 32, berkata, idea untuk jual kopi itu muncul selepas dia lihat ramai pelancong luar Terengganu

datang ke kawasan itu sempena acara permotoran RXZ yang lalu.

“Saya fikir kenapa tak nak cuba berniaga sahaja di sana. Saya pun kumpul semula barang barang niaga dan cuba bisnes tetapi tak jadi.

“dari RM1,000 modal , saya hanya dapat kurang RM50. Saya tak mahu cerita lanjut bab itu kerana babit ramai pihak dan fikir memang nak kena buat sesuatu.

“Dua anak dah nak mula sekolah dan dalam bulan September lalu saya dah riki barang untuk berniaga tapi modal tiada.

“Jadi saya terpksa tunggu gaji bulan 10 tahun lepas dan masuk pertengahan bulan itu saya mula beli barang barang.

“Saya cuma ada RM350 dalam akaun dan nekad kalau jadi memang jadi, kalau tak wasalam.

“Saya usaha juga dan Alhamdulillah hari pertama dapat sambutan,” katanya.

Pemegang Diploma Juruukur Kargo Marin itu berkata, dia pilih tempat itu untuk berniaga pada waktu malam kerana lokasi

itu jadi pusat tumpuan orang ramai untuk ‘healing’.

Abgkopidukung tak kisah pikul berat lebih 10 kilo

Mohamad Norazlan Anuar berkata, idea guna tong air itu amat menarik baginya selepas dapat inspirasi dari video peniaga

di media sosial.

Anak jati Felda Kota Gelanggi 1,Jerantut Pahang itu berkata, atas sebab itu, dia fikir untuk ubah suai sedikit tong air biasa

hingga boleh dibawa ke mana mana dan mudah untuk isi air.

“Mula mula saya fikir nak jual RM1 secawan tetapi selepas kira kira untung saya sangat tipis dan itu kalau habis

“Kalau tak habis, saya terus rugi. Jadi saya jual RM2 secawan sebab jika orang ramai nak beli pun masih tidak berkira kira nak keluar duit.

“Kalau letak lebih dari harga itu, saya fikir, orang ramai mungkin fikir lebih baik mereka lepa kedai makan ada kerusi meja dan pendingin hawa dan boleh lepak,” katanya.

Katanya, kopinya dibancuh menggunakan air penapis dan dibuat supaya sedikit berlemak, tidak terlalu manis, tidak terlalu pahit dan boleh diminum oleh sesiapa sahaja.

“Ada pelanggan yang puji kopi saya sedap dan menyangka saya guna gula nise’ atau gula merah yang terkenal di Terengganu ini. Walhal saya tidak guna kan nya,” katanya.

Katanya, dia tidak tidak kisah untuk memikul tong air yang punya berat lebih 10 kilogram itu bagi cari rezeki yang halal.

Rezeki Abgkopidukung ikut cuaca

Anak jati Jerantut Pahang yang juga seorang penyelia di sebuah kedai cermin mata itu berkata, rutin harian sebagai peniaga kopi jalanan itu bergantung kepada keadaan cuaca.

“Kalau cuaca cantik, seronok dan berniaga cepat habis, tapi saya start musim tengkujuh dan jika hujan memang tak boleh keluar.

“Pelanggan saya adalah tetamu di lokasi itu yang keluar malam untuk healing healing.

“Dari segi income bergantung kepada jumlah orang ramai, Jika ramai cepatlah habis

“Kalau tak ramai orang walau viral di media sosial, jam 9.30 malam saya mula, jam 12 tengah malam lebih baru habis.

“Saya mula berniaga secara sampingan ini sejak bulan Ogos tahun lalu, dan biasanya pulang dari kerja dan sampai di rumah jam 10 malam, saya akan keluar balik bawa kopi,” katanya.

Syukur ada Puan Penasihat

Mohamad Norazlan Anuar berkata, dia bersyukur kerana usaha nya itu dapat sokongan penuh isteri dan keluarga.

Katanya, pada asalnya, dia mahu guna tong racun baru tetapi model lama untuk menjual Abgkopidukung, namun niat itu dihalang isteri.

“Saya nak guna tong racun dan nak olah sebab besi dan tahan panas, tapi bila bincang dengan isteri, dia tak bagi sebab sekarang ini zaman viral, jika kita buat silap sikit kita akan kena kecam.

“Lagipun kita nak bagi orang lain minum, jadi perkara itu tak elok nanti jadi viral kes lain,” katanya.

Katanya, dia tidak kisah buat dua kerja dalam satu masa dan tidak kisah tebalkan muka pilih bisnes kopi di jalanan demi keluarga.

“Sebelum niaga kopi ini saya biasa ke laut untuk tangkap ikan untuk cari lauk untuk keluarga dan biasa nya saya turun pada hari cuti kerja dari lepas Subuh hingga tengah malam baru balik.

“Sejak kecil sudah saya sudah terbiasa bantu orang tua berniaga kuih muih di pasar malam, pasar pagi dan seumpamanya.

“Waktu di SMK Pulau Tawar, Jerantut Pahang pun saya pernah jual nasi lemak tapi tak lama sebab tak boleh berniaga di kawasan sekolah,” katanya.

Siapa berusaha dia berjaya

Katanya, dalam bisnes Abgkopidukung itu, dia amal sedekah bagi mereka yang tidak mampu

“Bagi saya jika kita amal sedekah ini tak jatuh miskin dan saya pun tak akan jadi kaya kalau kedekut.

“Jika ada pelajar tiada wang tunai dalam tangan, kalau seorang dua orang itu, biasa saya bagi kopi percuma sahaja termasuk juga orang yang terkorek korek duit, saya bagi sahaja kalau mereka mahu kopi.

“Sebab saya perasan, selepas itu mesti ada orang akan bayar lebih,” katanya.

Katanya, pesan kepada mereka yang malu untuk mula kan bisnes supaya buang sifat itu kerana zaman ini orang ramai tak hina kerja itu.

“Saya pernah cakap kepada seorang kawan yang jenis pemalu. Tanya kepadanya, apa perasaan dia bila tengok orang lain berniaga, dia jawab kasihan dan bangga.

“Saya pun cakap begitu jugalah, kalau dia yang niaga, orang akan pandang dengan cara yang sama. Yang penting, siapa berusaha, dia yang berjaya,” katanya.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

Coach Bahar – ‘Jangan Pakai Otak Sangat’

Momento Cafe bangkit dari episod duka

Abg Dendeng konsisten LIVE

Minyak Herba Asmak terjual 1 juta unit

Leave a Reply

Your email address will not be published.