Sardin tin di zaman dahulu adalah makanan wajib bagi orang kurang berkemampuan, namun situasi ini mula berubah sejak
harganya tidak lagi rahmah
Sebagai contohnya, sardin botan, seingat penulis zaman kecil kecil dahulu, memang inilah antara barang yang wajib dibeli
kerana emak hanya lah operator kilang manakala ayah pula seorang tukang kebun
Dengan adik beradik yang ramai, memang menu sardin tin ini adalah belian wajib setiap jika ke kedai runcit
Beli sardin tin sebab kasihan
Cerita pasal sardin botan ini penulis teringat cerita sekitar darjah 3 atau 4 pada tahun 90 an, kakak mengadu pada emak ada rakan nya susah macam kami
Kakak cakap, kawan nya yang rambut kerinting ini baik cuma tiada siapa yang mahu kawan dengan dia, melainkan kakak. Adik beradik dia pun ramai macam kami. Lagi lah kami semangat nak tolong rakan senasib
Ialah hidup miskin ini, orang pandang pun menjeling, baju kami pakai pun selekeh. Kami ini pun duduk pun rumah kecil dua bilik, di tengah bandar pula itu, adik beradik 8 orang, memang faham sangat perkataan susah itu
Kami automatik rasa kasihan bila dengar kawan kakak nak makan pun susah, emak tak cakap banyak hulur duit suruh beli sardin dan beri pada kawan kakak
Walau kami pun makan ala kadar, penulis dan kakak pun apa lagi dengan pantas pakai selipar sama sama pergi kedai beli sardin tin dalam 5 atau 6 tin kecil
Kami jinjit beg plastik itu dan panjat anak tangga Flat Larkin di Johor Bahru itu, cuma penulis tak ingat tingkat berapa rumahnya
Tapi yang pasti rumah nya memang sama dengan kami, dua bilik juga. Kalau sesiapa yang duduk sana, memang fahamlah kalau lif rosak, ya ampun, azab nak daki tangga
Rasa best sangat dapat bantu kawan kakak yang susah itu, bila tiba itu, memang happy bila tengok riak wajah kawan kakak bernama Farah ini
Bapak Farah suruh bawak balik sardin tin
Nama pun masih budak budak, kami main main sekejap di rumah itu sampai lah bapak kawan kakak itu balik. Terkejutnya dia sebab kami bawa sardin tin untuk
mereka, penulis tak ingat sangat apa yang dia cakap masa itu, tapi dia suruh kami bawa balik semua sardin dibeli itu. Dia tak mahu katanya
Entah apa yang dia fikir dan rasa masa itu, kami ini pun tak cakap banyak, agaknya kecut perut juga buat orang tua macam itu, kami bingkas bawak balik sardin tin itu ke rumah
Rumah kami pun tak jauh dari rumahnya, dalam 2 kilometer berjalan kaki, tinggal lagi, rumah kami best sikit sebab landed lah hehehe
Sardin tin bukan lagi lauk orang miskin
Itu serba sedikit ingatan saya pasal sardin tin yang jadi simbol hidup untuk orang susah. Tapi jika nak banding sekarang, katalah
kita beli sardin botan, harganya mak datuk, boleh tahan, itu orang kata makan sardin tin ini bukan lagi lauk orang miskin
Lagi lagi kalau orang itu makan sardin botan memang boleh kata dia orang yang ada duit. Cuma sikit atau banyak je, tapi mampu
Tinjauan harga sardin botan di Shopee hari ini, untuk setin 425 gram, harganya sudah cecah RM16.99, kalah harga ayam
standard yang baru sekitar RM10.70 sekilo
Agaknya lah kan, apa menu orang B40 makan ketika ini ya, hari ini pun pakar sudah cakap harga barang tak terkawal
(Baca ini : Kenaikan Harga Barang Tak Terkawal)
Ada menteri kata jika harga makanan itu naik, jangan beli makanan itu, jadi permintaan akan berkurangan, akan stabilkan harga barang
Pemimpin macam tin kosong
Macam itu punya senang formula dia bagi untuk kaitkan harga barang yang naik ketika ini. Ringgit yang jatuh, tak nak kira sekali ke, kebanyakan makanan asas kita pun, kita import
Beras, daging lembu, bawang, kentang, tepung, ini antara makanan import bernilai berbilion setiap tahun
Nak ulas panjang pun, kita jadi rakyat ini tak boleh cakap banyak, mereka yang di atas bertekak, kita yang jadi mangsa
Pemimpin kita berdegar degar cakap pun macam tin kosong juga, tak jadi apa. Janji kerusi mereka selamat, itu lagi penting
Habis apa yang kita patut buat? tak kan lah gula naik, kita tak beli gula, beras naik, kita tak beli beras, kita tetap kena beli juga, tetapi kena bercatu catu lah gamaknya
Kita sendiri lah kena cari jalan untuk cari income lain, jika tak, kita yang tension, mula lah jadi gaduh laki bini bagai, hilang berkat dalam rumah tangga
Semoga episod resah rakyat dengan harga barang tak tentu hala ini segera berlalu, kami dah penat. SUDAH sudah lah
Yang Benar,
Rakyat Biasa Yang Mengidam Sardin Botan Masak Sambal
habis//
(DISCLAIMER – Tulisan di atas tidak mewakili Export Oversea Academy dan hanya pandangan peribadi penulis semata mata)
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi kisah menarik
Cari duit online di Tik Tok 2024
>>>Ringgit jatuh? No problem, biar duduk Malaysia tapi Gaji USD, klik sini<<<