Loading

coach bahar

Coach Bahar atau nama sebenarnya, Baharudin Mohamed, seorang usahawan terkenal, berkata, nak buat bisnes jangan pakai otak sangat.

“Sebab ramai orang yang berotak dia fikir lama dia nak buat, dia rancang, kadang setahun sembang dekat dekat kedai kopi banyak berbual saja tetapi tak buat buat.

“Satu ilmu bisnes ini lakukan dari benda yang kecil, lakukan sekarang, dan fokus dengan

apa yang kita nak buat, lepas dah ada, dan kita kembangkan, sebab itu saya cakap jangan

pakai otak sangat,” katanya dalam kenyataan yang dipetik di laman Facebook nya.

Beliau berkata, jika mahu buat bisnes seseorang itu perlu buat sahaja dengan apa yang ada dan perbaiki setiap masa secara konsisten.

“Bisnes ini bukan nak kena belajar baca buku banyak, kalau jual ayam goreng di tepi jalan mana ada pakai sangat marketing ke, pengurusan ke.

“Buku buku yang tebal yang kita nak kena baca ke, yang penting kita nak kena buat, selepas itu kita repair apa sahaja.

“Kita buat itu dan kita lakukan dengan secara konsisten, jadi tuan puan saya nasihatkan anak anak muda yang baru nak berniaga,” katanya.

Beliau berkata, adat resam berniaga pasti ada untung rugi dan hendaklah bersedia tanpa terlalu mengharap bisnes itu berjaya seperti diidamkan.

“Lakukan sekarang, lakukan dengan perkara yang kecil, jangan terlalu berharap , kalau berharap terlalu besar, tuan tuan akan kecewa besar

“Berniaga bukan boleh tahu esok kaya, berniaga perlukan masa dan bisnes itu tarbiah di mana rezeki itu dari tuhan,” katanya.

Coach Bahar nasihat peniaga kena buat 3 benda ini

Beliau berkata, ada tiga perkara yang paling penting dalam bisnes kecil kecilan iaitu branding, marketing dan automation.

Penjenamaan (Branding)

Katanya, pemilik bisnes perlu penting kan penjenamaan dan sekarang ni banyak pesaingan lebih lebih lagi kalau bisnes kecil kecilan.

“Persepsi terhadap bisnes anda. Penting branding ni. saya beri contoh, sekarang ni anda menjual barangan atau produk anda seperti orang lain.

“Anda jual pisang goreng dan berapa harga pisang goreng di tepi jalan? 5 ketul RM2 kan.

“Cuba anda buat kotak sikit dan jual dengan cara yang berlainan mungkin anda boleh menjual pisang goreng tadi dengan harga yang lebih mahal sedikit.

“Satu lagi tudung misalnya. Jika anda pos kepada pelangan anda dalam plastik biasa je. Sebab itu tudung anda itu murah.

“Cuba anda jenamakan dan sediakan kotak dengan jenama anda sendiri. Nampak exclusive kan dan harganya boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Pemasaran (Marketing)

Coach Bahar berkata, walaupun buat bisnes kecil kecila lan, pemilki bisnes masih perlu buat marketing secara consistent.

“Ada FB, ada Insta, ada banyak media sosial. satu lagi anda perlu buat marketing yang orang lain jarang guna iaitu video marketing.

“angan beri kerja marketing kepada ‘orang marketing’. kita sebagai pemilik peniagaan perlu ambil peranan pasarkan bisnes yang kita sedang usahakan.

“Ini dari pengalaman saya, 60 peratus kerja kita sebagai pemilik bisnes adalah marketing,” katanya.

Automasi @ automation

Beliau berkata, buat sistem untuk bisnes anda.

“Jarang bisnes kecil-kecilan tak boleh besar kerana kita tak automasikan bisnes kita. SOP kan bisnes anda supaya bisnes anda boleh di duplicate,” katanya.

Jom baca luahan hati beliau

Aku bisnes kat kampung. 178 km dari ibu kota kuala lumpur. Semalam aku kena scam satu deal beli cadar lelong.

Aku ingat cadarnya masih elok. Rupanya banyak cadar yang terkena air dan rosak. Jadi aku jual lelong harga RM10 je satu.

Ada seorang kawan berbangsa cina tanya aku “ hai bos. You bisnes untung ka. Gua tengok semua you beri murah.

Buat apa buat bisnes rugi ma “. Saya terdiam. Apa dia cakap betul. Saya buat lawak dan cakap “ gua kaya ma. Gua bisnes memang buat bisnes rugi “.

Siapa yang kenal saya macam saya ni superman. Saya buat semua bisnes. Sebenarnya saya dah cuba macam-macam bisnes.

Saya dah cuba macam-macam saya. Terbaru saya jual nasi arab. Ada satu keluarga makan semalam “ ini kalau kat bandar ni, bertumbuk orang nak makan sedap macam ni.

Coach beri daging kambing pun macam sekilo ni. Harga macam ni boleh untung ke? “.

Ya sebenarnya susah berbisnes kat kampung. Jarang betul orang kampung nak makan cafe saya. Walaupun saya beri diskaun 50%.

Nak habiskan 10 dulang pun macam rahmat sangat seperti malaikat turun dari langgit. Kadang-kadang saya penat.

Lebih lagi saya terlihat bodoh. Ambil pekerja ramai, bisnes tak untung, barang kualiti. Lebih lagi yang cakap belakang mengutuk lagi.

Tunggu kita giveup dan down. Kalau pejam mata teringat-ingat macam orang ketawakan kita.

Ini percubaan terakhir

Saya cerita ni bukan sebab apa-apa. Saya cerita susah senang berniaga. Ini percubaan terakhir saya selepas tu saya buat kesimpulan.

Saya buka 18 ekar tanah, saya tanam, saya bela sendiri kambing dan ayam. Angan-angan nak beri perkhidmatan terbaik dan makanan terbaik untuk anak bangsa.

Tapi bukan semua nak. Cerita hari ni hanya luahan hati. Hati-hati melihat dengan mata kasar.

Moga Allah kurniakan kekuatan. Boleh sahaja main single. Tak payah fikir susah-susah.

Tapi selalu bermain di minda. Apakah sumbangan aku untuk negara dan bangsa ini.

Bilakah bangsa dan negara ku akan berubah,” luah Coach Bahar

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi artikel menarik di bawah

Doa pembuka rezeki dan kekayaan dari Ustazah Asma’

Leave a Reply

Your email address will not be published.