Loading

Cara jadi kaya mendadak

Cara jadi kaya mendadak ini memang ada jika anda punya angsa yang bertelur emas atau ada putera raja sunting anda jadi 

isteri macam Cinderella. Tak pun jika dapat duit dalam bank secara tiba tiba

Baca ini : Tiba tiba RM49.2 juta masuk dalam akaun bank

Memang ada macam macam cara. Mahu tak saya bongkar cara jadi kaya mendadak ikut 

gaya Jutawan Online, Irfan Khairi ?

Okay sebelum itu, jika belum Follow saya di Facebook, Tik Tok, Instagram atau You Tube, boleh follow Export Oversea Academy – UTHM okay

Okay Let’s Go

Ingin tahu cara IK, kita kena lihat apa nasihat beliau dahulu okay. Dalam satu hantaran IK di laman Facebook pada 30 

Oktober 2019, beliau beritahu 6 perkara yang dilakukan orang ‘miskin’ yang orang ‘kaya’ tak lakukan

Sebenarnya, nak tahu cara jadi kaya mendadak WAJIB kena ubah mindset dahulu

IK gariskan 6 perbezaan cara berfikir orang ‘miskin’ dan orang ‘kaya’.

Mindset orang ‘kaya’ Vs Mindset orang ‘miskin’

1. Minda orang ‘miskin’ mahu bayaran ikut MASA , 

Contoh : kerja di restoran fast food terkenal, macam mana hebat kita buat burger pagi ke malam, lagi banyak MASA kerja lagi banyak bayaran.

Mindset orang ‘kaya’ pula mahu upah ikut hasil/kualiti/ result kerja.

Contoh : minda orang ‘kaya’ jika dia hasilkan produk atau bisnes, dia tak kisah berapa banyak masa dihabiskan untuk hasilkan kerja atau produk berkenaan.

Masa dia tak kisah, yang dia utamakan adalah HASIL adalah setimpal dengan usahanya

Cara jadi kaya mendadak jarang terjadi TIBA TIBA, teruskan baca ya

2. Minda orang ‘miskin’ suka main BLAME game.

Suka menyalahkan yang lain apabila sesuatu berlaku. Bukan setakat orang lain, hal 

ekonomi, politik tak menentu orang minda miskin mereka akan kata jadi sebab kan bisnes down.

Termasuk juga salahkan kerajaan, lokasi bisnes tak sesuai, kenalan, keluarga dan nak 

jatuhkan kita. Pesaing main harga

Minda orang miskin selalu salahkan orang lain, lepas tangan dan kata itu bukan salah dirinya, itu salah orang lain, benda lain.

Minda orang miskin kata kita tak boleh take actions.

Namun, minda orang ‘kaya’ mereka akan ambil TANGGUNGJAWAB dan akui kesilapan

Memang awal awal itu kita akan rasa down, tetapi orang minda ‘kaya’ akan ambil 

tanggungjawab walaupun down oleh faktor faktor di atas.

Kerana minda orang ‘kaya’ akan ada kuasa untuk kawal dan lakukan sesuatu yang berbeza. 

Buat perubahan ke arah kebaikan

Tiada jalan cara jadi kaya mendadak melainkan labur duit cari ILMU 

3. Minda orang ‘miskin’ akan sentiasa BERJIMAT, kedekut dan menyimpan untuk semua perkara.

Tetapi akhirnya apabila orang minda ‘miskin’ berjimat pun, hanya dapat jimat sikit.

Memang ada orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit, memang betul.

Tetapi kalau mindset dalam keadaan scars atau tak cukup, ita asyik cakap simpan simpan simpan.

Masalahnya kita perlu create more income, kerana pendapatan yang tak banyak.

Minda orang ‘miskin’, dalam mindset mereka tak cukup semua benda.

Jadi berhati hati

Berbeza denga minda orang ‘kaya’ mereka akan sentiasa INVEST, invest

invest.

Bukan sahaja dalam pelaburan hartanah atau bursa saham tetapi invest pada ilmu, baiki diri.

Apabila invest pada diri sendiri, income kita akan selari dengan ilmu yang kita ada. Macam 

IK, duduk 7 jam dalam kapal terbang sanggup beli tiket kelas bisnes berharga RM8,000 

ke Dubai dari KL. Kenapa tak beli tiket ekonomi RM3,000, destinasi sama juga?

IK dapat INVEST pada diri sendiri dengan ‘beli’ masa dan IK ada ruang untuk buat kerja dalam pesawat

RM8,000 untuk tiket kapal terbang bagi tujuan bisnes pun dapat pelepasan cukai.

Minda’miskin’ vs minda kaya

4. Minda orang ‘miskin’ TAHU SEGALANYA. 

Minda orang ‘miskin’, mereka banyak bagi nasihat bukan untuk mereka sendiri.

Tetapi bagi nasihat kepada orang lain. Kadang kadang IK selalu nampak nasihat nasihat di luar sana.

Mereka kata bagaimana nak buat promosi, bagaimana nak buat bisnes, bagaimana nak cari pelanggan

Betul ke nasihat nasihat itu, orang itu ada pengalaman dalam bisnes tak? atau sekadar nasihat sahaja

Kita tak nak pemikiran macam itu, kita rasa macam tahu segala galanya, nak kongsi segala galanya

Minda orang ‘kaya’ pula akan sentiasa RASA KURANG ILMU

Sentiasa merendah diri, be kind dan jadi macam padi sentiasa menunduk. Kita akan 

sentiasa cari ilmu untuk grow kan diri dan income kita akan grow juga. Kerana ilmu itu 

sangat besar, luas dan banyak yang kita tak tahu sebenarnya

5. Minda orang ‘miskin’ anggap DUIT MEROSAKKAN.

Orang minda ‘miskin’ kata duit ini akan jadi punca kejahatan. Mereka akan rasa orang kaya 

tak bagus, tak baik dan kalau dia sendiri pun jadi kaya, dia akan jadi tak baik, boros. Duit 

akan merosakkan mereka dan segala galannya termasuk orang. Money is the root of evil. 

Duit adalah negatif

Namun bagi orang minda ‘kaya’, DUIT MEMAJUKAN

IK kata duit akan hanya enhance/magnified seseorang itu. Kalau orang itu jahat dia dapat 

banyak duit, dia akan jadi jahat. Kalau orang baik dapat duit dia akan jadi lagi baik

Sebenarnya, the lack of money is the root of evil. Duit adalah positif

Dengan duit dapat buat banyak lagi kebaikan di dunia ini. Orang minda ‘kaya’ rasa kalau 

tiada duit, itu lagi merosakkan kerana akan jadi susah/ miskin.

Akan rosak kan kebahagiaan, punca kes curi dan ragut

Ubah nasib dengan usaha

6. Orang minda ‘miskin anggap segala galanya adalah NASIB. Mentaliti mereka fikir 

kekayaan dan kejayaan itu adalah nasib. Mereka akan blame takdir

Namun, orang minda ‘kaya’ percaya takdir boleh diubah dengan USAHA. Takdir memang 

ada, tetapi kalau tak usaha dan hanya cakap nak bawa bisnes ke Dubai. Tetapi IK tak 

usaha buat bisnes 20 tahun lalu, tak akan jadi macam sekarang. Mentaliti orang kaya 

memang fikir kena usaha, up to you , me. Kalau tak ubah nasib dengan usaha memang 

takdir tak akan berubah.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Nak Tahu Pasal Ebay ? Klik SINI

Cara cari duit online 2024

Bersara ? kena ada RM1 juta..

Cara MUDAH belajar eBay 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published.