Loading

Salah ke tiru produk, jual produk yang sama?

Kalau ambil inspirasi tak salah, malah lebih bijak dari meniru.

Tapi kalau dah design pun sama, botol, nama pun hampir sama itu salah.

Sebagai business owner, perlu ingat setiap pattern yang didagangkan ada harta intelek nya.

Ia perlu mendapat kelulusan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah perbadanan yang bertanggungjawab untuk membangun dan mengurus sistem harta intelek di Malaysia.

Tular baru-baru ini isu plagiat Sambal Nyet Khairul Aming (KA).

Yang ciplak nama Sambal Nyet Khairi. Anda sebagai owner apa anda perlu buat?

Owner Dah Pun Daftar Pattern dengan MyIPO, Apa Anda Perlu Buat?

Memang ambil masa nak proses selepas daftar,

tapi ia lebih ‘selamat’ sebelum pattern anda dicuri orang lain.

Dalam isu ni, KA boleh dakwa kes ini ke mahkamah untuk mempertahankan haknya.

apa anda perlu buat

Sumber : Siakap Keli

Bukan KA masih dalam proses memohon, tapi dah official pattern tu dia punya.

Berani betul lah yang ‘tiru’ tu kan! Kira KA dah register pattern tu, jadi dia ada hak untuk buat tuntutan saman.

Kalau anda berhadapan dengan situasi macam ni benda pertama kena buat ialah

  1. Buat laporan kepada Badan Berkanun seperti KPDN, KASTAM, POLIS atau pihak berkuasa ntuk ambil tindakan RAID atau SITA, atau SAMAN JENAYAH ke atas penciplak.
    Tindakan Enforcement melalui RAID & SITAAN dan RAMPASAN di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 serta juga Saman JENAYAH (Quasi Criminal oleh pihak KPDN – Sabit kesalahan DENDA or PENJAR or KEDUA2nya sekali)
  2. SAMAN gantirugi dalam tindakan sivil (civil suit).
    Tindakan Saman Sivil di Mahkamah Tinggi (Tuntutan Gantirugi oleh OWNER TM).
    Kes Saman dan Permohonan Maaf dibuat oleh Penciplak.
  3. Amnya di Malaysia, kesalahan berkaitan PENCIPLAKAN TRADEMARK ™️ atau®️ dan COPYRIGHT©️ ni samalah macam kesalahan terlibat dgn NAJIS DADAH.
    PETANI, PEKERJA LADANG, PENYEDIA TRANSPORT, PENGILANG, PENGEDAR, PENJUAL, PENAGIH. Semuanya SALAH disisi undang-undang.

Nak berniaga bukan boleh tiru-tiru tau. Kita ada undang-undang kena ikut. Sama juga kalau anda berniaga dengan eBay perlu ikut peraturan dan step-by-step.

Leave a Reply

Your email address will not be published.