PUNB atau Perbadanan Usahawan Nasional Bhd sasar lulus biaya bisnes sebanyak RM275 juta kepada
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera tahun depan.
Pengerusi PUNB, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dana itu akan disalur melalui skim pembiayaan
‘Prosper’, ‘Speed’ dan ‘Prosper Impact’.
“Skim biaya ‘Prosper’ tawar dari RM100,000 hingga RM10 juta, manakala skim ‘Speed’ tawar biaya ‘fast lane’ sehingga RM200,000.
“Skim ‘Prosper Impact’ tawar biaya bisnes sehingga RM5 juta,” katanya ketika berucap rasmi kan
Simposium Peruncitan Kebangsaan (SParK) 2023 di ibu negara, bulan lalu.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin dan Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak RM60 juta dana diperuntukkan bagi bolehkan lebih ramai usahawan Bumiputera
miliki bisnes hartanah melalui program ‘Prosper Hartanah’.
“Kami juga telah lulus biaya bisnes lebih RM200 juta kepada 420 Rakan Usahawan, sehingga Oktober lalu.
“Manakala, sejak PUNB ditubuh hingga kini, ada 14,700 Rakan Usahawan telah dibantu dengan jumlah kelulusan biaya sebanyak RM4.3 bilion,” katanya.
Menurut Acryl Sani, lebih 400 peserta yang terdiri dari Rakan Usahawan PUNB dan peniaga luar dari
pelbagai sektor perniagaan dalam ikuti SParK 2023.
SParK 2023 acara penting usahawan Malaysia
Masuk tahun keempat, SParK 2023 bertema Peruncitan Masa Hadapan: Menelusuri Landskap Perniagaan, dengan
menyokong dan mempromosikan agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) serta alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG) dalam sektor peruncitan.
“Simposium itu juga bincang landskap bisnes yang berubah serta strategi terkini dalam bidang runcit melalui
perkongsian pengalaman dari pemain pemain hebat industri yang popular dengan jenama masing masing,” katanya.
“PUNB turut terap aspek Lestari dalam ESG dan tetap sebahagian SDG yang berkaitan dengan operasi
perniagaan, sebagai bukti untuk bangun kan peniaga Bumputera ke arah Agenda Pembangunan Mampan 2030,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Encik Izwan Zainuddin berkata, PUNB akan terus laksana inisiatif
sedia ada dan baharu termasuk agenda SDG serta ESG.
“PUNB dalam proses akhir terbit kan laporan SDG kedua yang akan dimuat naik di portal rasmi PUNB dalam tempoh terdekat.
“Selain itu, PUNB akan lancar Fasa Kedua Program ECO (Empowering Orang Asli Communities Through Skills and Training) pada Januari 2024.
“Selain itu, pada 2024, PUNB akan terus tambah baik program usahawan dan pembiayaan perniagaan menerusi Skim PROSPER.
“PUNB juga akan buat skim dan program baharu bagi pasti kan PUNB terus jadi pilihan Peniaga Bumiputera,” katanya.
Mengulas mengenai SParK 2023, Izwan berkata, program ini adalah acara penting dalam landskap keusahawanan
Malaysia, memacu masa depan kejayaan bisnes yang sinonim dengan kelestarian dan tadbir urus yang baik.
Layari www.punbspark2023.com.my untuk info lanjut SParK 2023.
Habis//
Download ebook eBay PERCUMA di sini
Lagi kisah menarik di bawah
MedeSeri lambang kecekalan wanita
Wak Tunot kekal resipi air tangan ibu
>>> Klik di sini untuk tahu RAHSIA kejayaan dalam bisnes eBay <<<