Loading

Kata orang rezeki tak pernah salah alamat.

Siapa sangka dengan minat yang mendalam pada hot wheels dan die-cast Hobi.shopee yang berpusat di Bayan Lepas, Pulau Pinang ini mampu merangkul gelaran ‘The Best Seller eBay’ untuk tahun 2022.

Memenangi anugerah sebagai Best Seller eBay Of The Year Southest Asia 2022 bagi kategori Toys & Collectibles sudah cukup menaikkan nama Hobi.Shopee sebagai perintis eksport industri pembuatan di kalangan seller eBay Malaysia khususnya.

Mula Berniaga Sebagai Seller eBay

Hobi.Shopee memulakan perniagaan sejak 2016 lagi menerusi platform e-dagang eBay menggunakan kurier Pos Malaysia, DHL, dan FedEx.

Kemudian mereka berkembang dengan membuka gudang khusus menjual dan pembekal mainan kereta die-cast dan hot wheels.

Ada model baru dan ada juga model lama.

Selain daripada itu mereka juga menjual spare part, model Kit , Diorama, Rubber Wheels dan Decals.

Pembeli dan peminat yang sentiasa memberi support dari pelbagai negara menjadi penyuntik semangat untuk mereka memajukan bisnes ini.

Ini dapat dibuktikan daripada hasil jualan mereka yang terkini mencecah sehingga USD 20,473 atau RM95,312 hanya untuk sebulan sahaja!

Masyuk kan?

Tak mustahil, anda yang mempunyai produk sendiri juga boleh jadikan platform eBay ini untuk pasarkan produk anda ke pasaran global.

Ataupun anda boleh jual barang-barang ni di eBay!

eBay Southest Asia raikan Top, The Best Seller eBay

Pada Julai 2022, eBay meraikan Top Seller peringkat Southest Asia untuk semua kategori.

Antaranya termasuk Toys & Collectible, Collectible Cards, Sporting Goods, Jewellery & Accesories.

Berdasarkan kepada laporan pada bulan Julai 2022,

small and medium-sized enterprises (SMEs) Malaysia menyumbang 38.2% Gross Domestic Product (GDP) atau RM512.8 billion untuk negara.

Menurut Pengurus Besar eBay Southest Asia, Vidmay Naini

Di kalangan usahawan SME mereka menjadikan eBay sebagai salah satu platform online terbesar bagi memasarkan produk mereka ke luar negara.

eBay membantu Usahawan SME eksport produk mereka ke pasaran global

~eBay Regional Manager Southest Asia

L-R: Dr. Farizal, Fireside chat moderator from Edelman Malaysia

Encik Khairul Annuar Abdul Halim, Senior Director Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)/

Vidmay Naini, regional general manager for Southeast Asia and India eBay International CBT (Cross Border Trade)

Yong Kai Ping, chief executive officer at Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC)& Jeff Liow, director of Kings of Rims (eBay Seller)

Hobi.Shopee telah berjaya merangkul anugerah “Best Seller Of The Year” bagi kategori Toys & Collectibles.

Anugerah itu disampaikan dalam Majlis Sellerbration Luncheon yang diadakan pada Disember 2022 di Hotel JW Marriott Singapura.

Ebay Southest Asia termasuk negara Filipina,Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Singapura telah mensasarkan untuk masuk lebih daripada 130 pasaran antarabangsa termasuk UK, US, Australia dan German.

Dalam ucapan yang sama, eBay juga telah menetapkan sasaran untuk berkolaborasi dengan semua sektor termasuk auto parts, home and garden, cell phone dan barangan aksesori.

Ini merupakan inisiatif bagi membantu usahawan SME di Malaysia khususnya setelah Auto parts mencatat keuntungan paling tinggi direkodkan dalam platform eBay setakat ini sejak 2021.

Anda Nak Tahu Lebih Tentang Menjual Produk Anda Di eBay?

Leave a Reply

Your email address will not be published.