Loading

serangan Houthi

Serangan Houthi Yaman ke atas kapal kapal Israel di Laut Merah jadi punca

banyak syarikat perkapalan terbesar dunia alih laluan kapal mereka

Antara nya adalah syarikat perkapalan mediterranean Itali-Swiss, CMA CGM Perancis, Hapag-Lloyd Jerman, Euronav Belgium,

minyak BP, dan A.P Moller-Maersk Denmark.

Mengikut jejak langkah itu, firma dari Taiwan, Evergreen selain Frontline, Maersk dan MSC.

Syarikat Hong Kong, OOCL turut hentikan aktiviti perdagangan mereka ke Israel.

Akibatnya, banyak syarikat kapal ubah laluan kapal ke Cape of Good Hope (Tanjung Harapan) Afrika

Ini jadi punca kos naik dan masa perjalanan bertambah.

(baca lanjut laporan The Merdeka Times : Syarikat Perkapalan Hong Kong Henti Aktiviti Perdagangan ke Israel )

Kira kira 12 peratus dari trading dunia atau 30 peratus kontena global

melalui Terusan Suez sebelum melalui Laut Merah dan Bab el- Mandeb.

(Baca lanjut laporan Malaysia Gazette : ( Houthi ikrar terus serang kapal Israel, tak takut ancaman AS )

Dalama pada itu, menurut laporan BERNAMA

Pengerusi Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) Mesir, Osama Rabie berkata

hanya 55 kapal telah ubah laluan melalui Tanjung Harapan sejak

19 November berbanding 2,128 kapal melalui Terusan Suez dalam tempoh itu.

Beliau berkata 77 kapal gunakan Terusan Suez baru baru ini, termasuk milik syarikat perkapalan

yang umumkan lencongan sementara.

Rabie berkata Terusan Suez akan kekal sebagai laluan paling pantas dan singkat bagi kapal yang

membuat transit antara Asia dan Eropah dan jimat masa antara 9 hari hingga dua

minggu, bergantung kepada pelepasan dan ketibaan kapal.

(baca lanjut mengenai Mesir pantau ketegangan di Laut Merah ekoran kapal mengelak terusan Suez)

Serangan Houthi buat kontena lewat tiba

Sementara itu, menurut laporan SHIPPINGWATCH, 

Kontena jangka tiba lewat di lokasi tujuan dari tiga hingga ke empat minggu susulan siri serangan Houthi di Laut Merah itu.

“Kuehne + Nagel setakat pagi ini telah kenal pasti 103 kapal kontena dengan jumlah kapasiti 1.3 juta TEU

telah dialihkan melalui Tanjung Harapan,” kata Michael Aldwell

Naib Presiden Eksekutif Sea Logistics di kumpulan logistik Switzerland Kuehne + Nagel .

Kumpulan logistik Jerman DHL, berkata, 

“Kami sedang pantau keadaan secara aktif kerana kapal kapal utama telah ubah laluan ke Tanjung Harapan, Afrika.

DSV Denmark juga pantau keadaan dengan teliti dan jangka kan masa transit lanjutan antara 7 hingga 14 hari.

Data terkini dari Xeneta tunjukkan kos pengangkutan laut telah naik hingga 20 peratus sejak Jumaat lalu.

Pada masa yang sama, firma penyelidikan anggarkan bahawa lencongan syarikat perkapalan akan

menelan kos hingga USD 1 juta dalam bahan api tambahan.

Setiap tahun, kira kira 20,000 kapal melalui Terusan Suez.

Ini sama dengan kira kira 10 peratus dari perdagangan dunia.

(baca lanjut Freight forwarders warn of up to four weeks of delays as more ships divert)

eBay terjejas tak?

eBay belum mengeluarkan sebarang kenyataan media rasmi setakat hari ni berhubung isu serangan Houthi itu.

Jangan risau buat seller eBay di Malaysia, kami akan update apa apa perkembangan semasa

operasi eBay di laman web ini okay.

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Baca lanjut kisah dunia eBay di bawah

dropship shopee tanpa modal vs-eBay mana untung ?

Item trending eBay 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published.