TSMEX atau pun ‘Transforming SMEs into Exporters’ (TSMEX) adalah program di bawah
SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)
akan bermula pada Januari depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata program itu akan beri manfaat
kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“PMKS akan dapat latihan, bimbingan serta manfaat daripada ilmu, kepakaran dan pengalaman MTDC dalam teknologi.
“Untuk permulaan, program TSMEX itu akan beri bimbingan kepada antara
30 ke 60 PMKS yang berkelayakan.
“Di bawah SME Corp iaitu Program PKS Lestari, kami sudah ada 300
PMKS berpotensi untuk luas kan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.
“Melalui usaha dengan MTDC, kami sasarkan 10 ke 20 peratus dari 300 PMKS
diberi bimbingan untuk memberi nilai tambah kepada sumbangan eksport negara,” katanya.
selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MTDC
dan SME Corp di sini, ibu negara, baru baru ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan.
Tentra akan urus TSMEX
Menurut laporan SME Corp, MTDC bantu PMKS berkembang ke luar negara
Nilai eksport PMKS ketika ini hanya capai 10.5 peratus dari
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau sama dengan RM144 bilion.
Katanya, 15 peratus PMKS yang mengeksport adalah dari sektor pembuatan.
Katanya, akademi latihan MTDC, Technopreneur Training Academy (Tentra) akan urus program TSMEX
“Program latihan tujuh hari untuk 300 companies akan dijalankan bagi memberi peserta
ilmu berguna dan pemahaman yang lebih dalam proses dan amalan eksport terbaik.
“Selepas itu, hingga 60 PMKS yang ada potensi akan dipilih dengan teliti dan didaftarkan dalam program intensif selama tiga bulan.
“Peserta akan dilatih oleh pakar industri dan professional untuk bantu bangunkan rancangan serta strategi eksport,” katanya.
Kriteria pemilihan peserta TSMEX adalah company itu sudah operasi lebih dari enam bulan,
daftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ada paling kurang nya 60 peratus pemilikan ekuiti Malaysia
dan ada jualan tahunan minimum RM300,000.
Program TSMEX jangka berakhir pada September 2024.
Sehubungan dengan itu, Rizal berkata, kedua pihak yakin dapat
bantu negara capai sasaran sumbangan eksport PMKS kepada (KDNK) iaitu 41 peratus
pada 2025.
“Ini akan bantu PMKS harungi cabaran, luas kan jangkauan pasaran
melalui eksport dan tidak hanya menjadi ‘jaguh’ dalam pasaran domestik,” katanya.
habis//
(sumber artikel dan foto dipetik dari Google & Berita Harian)
Download ebook PERCUMA >>Rahsia Eksport ke Luar Negara Guna eBay <<
Lagi kisah kejayaan menarik anak Malaysia di bawah
Kopi Cap TV terjual 4.5 juta sachet guna online
Cukai jualan 10 % untuk produk import sahaja
>>> Klik sini untuk cara eksport ke USA yang MURAH dan MUDAH <<<