Loading

Anda pernah dengar jenama Christy Ng?

Pernah kan?

Kalau anda berjalan di sekitar pusat membeli-belah One Utama, SOGO, IOI City Mall atau Mid Valley pasti anda perasan kedai kasut wanita Christy Ng yang berjaya dalam perniagaan ini.

Siapa sangka, bisnes yang hanya dijalankan di rumah kini telah berkembang maju dengan 11 cawangan di seluruh Malaysia.

Beliau yang berasal dari Kluang, Johor dan telah berpindah ke Petaling Jaya, Selangor mengikut keluarganya merupakan graduan Bioteknologi daripada Universiti Selangor (UNISEL).

Sebelum menceburi bidang mereka bentuk kasut yang sangat diminati ini, beliau bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat farmaseutikal pada tahun 2010.

Reka bentuk pertama kasutnya diminati peminat Facebook

Christy memulakan perniagaannya pada tahun 2010 hanya dari rumah yang dilakukan secara part time.

Beliau yang teruja dengan sambutan daripada peminat di page Facebook nya memiliki ribuan pengikut pada ketika itu.

Kemudian, beliau membuka langkah yang lebih agresif pada tahun 2012 dengan menjual kasut-kasutnya di laman web miliknya.

Dengan bermodalkan RM10,000 daripada wang simpanannya dia mula mengambil beberapa orang pekerja bagi membantu mengembangkan perniagaan kedai kasut wanita Christy Ng yang mula mencuri hati pelanggan.

Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Perniagaan yang disangka mendapat sambutan yang memberangsangkan, ternyata gagal pada awalnya sehingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerjanya.

Menerusi satu video yang dimuatnaik di laman TikTok nya, christyngshoes beliau menceritakan saat jatuh bangun perniagaan miliknya.

@christyngshoes

It’s been a decade since we started ChristyNg.com ! We’ll never forget our humble beginnings. Video credit : @maukerjaofficial #christyng #fyp

♬ original sound – Christy Ng – Christy Ng Shoes

Menurut sumber EY, Christy mula membuka cawangan kedai kasut wanita Christy Ng di One Utama pada tahun 2016 dan berjaya mendapat pulangan 3 kali ganda menjelang hujung tahun 2016.

Sehingga hujung tahun 2017, Christy Ng melebarkan sayapnya dengan membuka lima cawangan lagi sehingga kini mereka telah berjaya membuka 11 cawangan di seluruh Malaysia.

Malah, mereka menjual secara aktif di platform Etsy yang turut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan dari luar negara seperti UK, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.

Rata-rata pembeli yang membeli produk Christy Ng di Etsy sangat berpuas hati dengan kualiti dan servis penghantaran yang cepat.

Star Seller di platform Etsy

Siapa sangka produk brand sendiri mendapat tempat di hati pelanggan dari luar negara.

Inilah yang dikatakan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.

Di platform Etsy, Christy Ng berjaya mengekalkan gelaran sebagai Star Seller kerana memberikan servis yang terbaik.

Penghantaran pantas confirm lah! Anda nak tahu macam mana nak dapatkan kurier pantas pos barang ke luar negara? Boleh baca entri sebelum ni.

Paling mengujakan Christy Ng mampu membuat jualan hingga USD 29,323. Terinspirasi sungguh kejayaan wanita anak Malaysia ini membangunkan perniagaan kasut wanita Christy Ng yang kini telah berusia 10 tahun.

Christy telah berjaya membuktikan produk beg dan kasut wanita Christy Ng Malaysia mampu bersaing dengan produk antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.