Loading

mentua dari neraka

Mentua dari ‘neraka’ memang wujud dalam dunia ini

Kisah seorang isteri yang sakit mental kena ‘torture’ mentua viral

di media sosial baru baru ini

Kisah nya begini

Mentua tak ada hati perut

Seorang wanita stress kerana dapat mentua tak berhati perut kerana tak peduli

anak susah atau senang, yang penting, setiap kali minta duit, wajib kena bagi.

Jom baca kisah di bawah dan ambil pedoman sama sama okay

KUALA LUMPUR : Sudahlah susah kerana hidup di tengah ibu kota, bertambah susah lagi

dapat mentua dari ‘neraka’ yang suka suka minta duit bila bila masa.

Seorang wanita luah rasa sedih, kecewa, marah dan benci nya kepada ibu mentua sendiri

yang sanggup jadi zalim dengan anak menantu dan cucu sendiri.

Wanita itu luah curahan hati nya di page KRT dan dapat banyak reaksi dari netizen.

Wanita itu berkata, dia tertekan dengan perangai mentua nya itu, walaupun anak anak sudah

 beri duit belanja tetap sebanyak RM1,500 sebulan.

Katanya, tidak cukup dengan itu, suami nya dipaksa bayar ansuran kereta RM1,800 semata

mata mereka mahu bergaya dengan kereta mahal.

“Segala komitmen bulanan rumah, kereta, bil air api, cuckoo semua anak2 yang bayar.

“Anak bagi duit RM1,000 sebulan.

“Anak seorang lagi bagi RM500 sebulan.

“Mereka berdua tak bayar apa apa komitmen.

“Mereka menetap di kedah. 

“Masalahnya duit tetap tak cukup.

“Selalu mengadu duit tak cukup.

“Seminggu lepas suami bagi duit, ibu mertua akan minta lagi dalam 100 atau 200.

“Dalam sebulan tu minta beberapa kali.

“Kalau ada nak repair kereta, repair apa yang rosak di rumah, ibu mertua minta duit kat anak.

“Dan dan tu suruh bagi. 

“Suami saya baik.

“Sebolehnya nak bantu selagi ada duit.

“Baru baru ni kereta mertua rosak, ibu mentua minta RM300 dari suami. 

“Suami takde duit sebanyak tu,” katanya.

Mentua call banyak kali minta duit

Wanita itu berkata, perangai ibu mentua nya betul betul ‘annoying’ kerana sanggup call dan

desak anak anak banyak kali walau anak nya tengah meeting di tempat kerja.

Katanya, bila suami nya tidak ada duit untuk diberi, dia akan jadi mangsa.

“Kami pun berjimat selagi boleh utk sampai ke hujung bulan.

“Ibu mertua call byk kali Tanya psl duit.

“Suami tgh meeting pun asyik call.

“Bulan lepas bapa mertua pinjam RM5,000 dari anak sorang lagi.

“So utk repair kereta ni minta dari suami saya.

“Bila mertua asyik call minta duit, suami pula takde duit.

“Suami akan minta duit dari saya.

“Kalau saya takde duit, suami minta duit dari simpanan anak2.

“Saya taknak bagi korek simpanan anak anak.

“Last last suami pinjam duit kawan.

“So gaji nanti dia yang kena bayar kepada kwn tu.

“Budget expenses kami akan lari nanti. 

“Ni bukan kejadian pertama. Byk kali berlaku.

“Saya selalu jadi mangsa suami minta duit kalau dia takde duit nak bg mertua,” katanya.

mentua dari neraka

Wanita itu berkata, suami nya tak sampai hati untuk SAY NO dan dia 

kasihankan suaminya bila jadi stress bila dapat call banyak kali dengan ibu nya yang

asyik minta itu dan ini.

Katanya, dia tertekan kerana mentua nya ingat mereka kerja cop duit sedangkan mereka

suami isteri catu itu dan ini.

“Saya juga yang hidup sehari hari dgn suami. Mengira duit seadanya utk survive.

“Kenapa duit mentua tak pernah cukup? Meminta mcm kami cop duit. 

“Kami anak 3 orang (umur 2 – 9 tahun) sedang membesar.

“Kos hidup di KL sgt mencabar. Lepas tolak segala komitmen

“Cash yang kami ada utk hidup berlima di KL hanya RM4,000++.

“Itu la kami nak pegi balik kerja, kos makan kami hari hari, dgn anak anak minta itu ini,” katanya.

Kecewa, Makan Hati, Marah dengan mentua

Katanya, gara gara perangai mentua nya itu, dia sedih, kecewa, makan hati dan rasa mahu

marah namun dipendam kerana tak mahu jadi punca gaduh.

“Kami nak saving pun susah. Kami mmg tiada saving. 

“Kadang kadang saya benci mentua saya kerana tidak memahami keadaan kami yang struggle.

“Saya pernah bgtau mertua. Gaji sy juga habis Saya tlg suami dr segala segi perbelanjaan.

“Kami juga struggle utk survive.

“Tapi mentua tetap tak faham tetap meminta. 

Tahlaaa ……. Tq admin,” katanya.

Kata wanita itu, hairan ke mana pergi wang saguhati pencen bapa mentua nya bernilai

lebih setengah juta ringgit dihabiskan hingga kedua orang mentua nya tidak ada simpanan langsung.

“Bapa mentua telah pencen 2017.

“Menerima saguhati pencen melebihi RM500 ribu.

“Pencen bulanan 6k++.

“Ibu mentua suri rumah. Anak mereka 2 orang.

“Saguhati pencen habis tanpa baki dalam tempoh setahun lebih.

“Bapa & ibu mentua tiada saving langsung.

“Hanya harapkan pencen bulanan 6k++.

“6k++ betul2 utk monthly expenses mereka berdua.

“Anak bagi duit RM1,000 sebulan.

“Anak seorang lagi bagi RM500 sebulan.

“Total rm 7.5k++ utk mereka berdua tanpa bayar apa apa komitmen,” katanya.

habis//

Jaga Kesihatan Mental

Hmm, penulis simpati dengan nasib wanita di atas, dan apa yang pasti masalah ini tak

boleh dibiarkan begitu sahaja

Tolong jumpa mereka yang pakar untuk settle kerana kesan nya akan jejas semua 

orang dalam keluarga wanita itu

Mungkin ramai yang alami tekanan kerana macam macam masalah hidup kan

Cuba baca artikel ini : Stress ? Ini jalan keluar nya..

Berikut kami nak share tips mengenai penting nya kesihatan mental secara ringkas

Semoga dapat bantu mereka yang tengah struggle 

Happy reading !

Keperluan Menjaga Kesihatan Mental

Bina Keseimbangan Hidup yang Berkualiti

Kesihatan mental bukan sekadar istilah yang melibatkan keadaan minda, tetapi juga membentuk asas kehidupan yang seimbang dan bermakna.

Terlalu sering diabaikan, kesihatan mental memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti kehidupan seseorang.

Mari kita lihat mengapa jaga kesihatan mental adalah begitu penting.

Produktiviti yang Optimum

Kesihatan mental yang baik berkait rapat dengan produktiviti.

Individu yang merasa sihat dari segi mental lebih mungkin menjalani hari hari

mereka dengan cekap, kreatif, dan fokus.

Hubungan Sosial yang Kuat

Kesihatan mental memainkan peranan besar dalam membina dan mengekalkan hubungan sosial.

Apabila seseorang merasa baik dari segi mental, mereka lebih cenderung terlibat 

dalam interaksi positif dan membina hubungan yang sihat dengan orang lain.

Keseimbangan Emosi

Jaga kesihatan mental boleh kan seseorang urus emosi dengan lebih baik.

Ini bantu cegah ketegangan berlebihan, kebimbangan, dan kemurungan yang boleh 

beri kesan kepada kehidupan harian.

Ketangkasan Menghadapi Tekanan

Kehidupan penuh dengan cabaran, dan kesihatan mental yang baik membantu individu menyesuaikan diri dengan lebih baik terhadap tekanan.

Ini boleh kan mereka respon cabaran dengan tenang dan waras.

Kaitan Fizikal dan Mental

Kesihatan mental juga beri impak positif kepada kesihatan fizikal.

Pola tidur yang baik, tabiat pemakanan yang sihat, dan aktiviti fizikal

dapat sokong keseimbangan antara kesihatan fizikal dan mental.

Akibat Kurang Seimbang Kesihatan Mental

Namun, kekurangan seimbang dalam kesihatan mental boleh membawa kesan serius kepada kehidupan seseorang.

Gangguan Kesihatan Fizikal

Keadaan mental yang diabaikan boleh menyebabkan gangguan fizikal seperti masalah tidur, masalah penghadaman, dan penurunan imuniti.

Baca lanjut di sini mengenai kesan ganguan tidur, masalah penghadaman dan penurunan imuniti terhadap diri dan orang sekeliling.

Suka bawa diri

Individu yang mengalami masalah kesihatan mental mungkin cenderung menjauh dari interaksi sosial

jadi punca yang boleh beri buruk kan lagi keadaan dan baca di sini mengenai Trauma dan Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD)

Prestasi Kerja Menurun

Kesihatan mental yang buruk boleh menghambat prestasi di tempat kerja

suka ponteng kerja dan rosak kan peluang kerjaya yang sedang mekar.

Baca mengenai Tekanan di tempat kerja : Bagaimana untuk bertahan ?

Kesan pada Hubungan Peribadi

Kekurangan seimbang kesihatan mental boleh mencipta ketegangan dalam hubungan peribadi, ancam keintiman dan kepercayaan.

Baca mengenai Masalah Kesihatan Mental : Faktor, Kesan dan Sokongan

Potensi Masalah Kesihatan Mental yang Serius

Apabila masalah kesihatan mental diabaikan, mereka boleh berkembang menjadi

keadaan yang lebih serius seperti murung, bimbang yang teruk atau gangguan bipolar.

Baca mengenai

Kemurungan 101 : Gejala, Punca & Rawatan

Tangani kebimbangan melampau

Bipolar penyakit mental serius

Semoga artikel ini dapat membantu mereka yang memerlukan sokongan pada ketika ini

Saya doa kan anda semua dipelihara dari kejahatan diri sendiri dan makhluk makhluk Nya Aminn

habis//

Lagi kisah motivasi di bawah

10 tips yakin diri

5 langkah atasi tabiat buruk

5 tabiat orang berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.