Loading

item haram ebay

Item haram untuk dijual di eBay adalah produk VERO (Pemilik Hak Disahkan), iaitu item yang langgar hak harta intelek orang lain

Terdapat banyak lagi item haram lain yang tak boleh dijual di eBay di Amerika Syarikat.

Barang barang yang haram dijual atas sebab keselamatan, kesihatan, undang-undang dan lain lain

1. Item bahaya ini haram dijual 

a) Bahan letupan, peluru dan bunga api:

Barang barang ini sangat bahaya dan boleh sebab kan cedera parah atau kematian.

b) Senjata dan aksesori senjata:

eBay larang jual senjata dan aksesori nya seperti senjata api, pisau, pedang dan peluru.

c) Bahan kimia dan agen biologi: 

Barang ini boleh bahaya kan nyawa manusia atau haiwan 

d) Racun dan bahan toksik: Barang ini boleh bawa maut

e) Produk yang ditarik balik sama ada dari kilang atau government kerana bahaya dan tidak selamat.

f) Peranti perubatan dan farmaseutikal:

Item ini dikawal oleh FDA dan agensi government lain. Tak boleh jual tanpa lesen atau preskripsi.

g) Ubat tiruan dan haram yang bahaya kan kesihatan anda. 

2. Barangan Haram

item haram eBay

a) Barang tiruan dan cetak rompak.

b) Barang curi

c) Item yang boleh dibeli dengan had umur seperti tembakau, alkohol dan porno grafi

Item ini untuk pembeli yang capai umur yang sah sahaja atau cukup umur

Tak boleh jual kepada kanak kanak di bawah umur.

d) Dadah dan alatan nya.

e) Bahan kebencian dan diskriminasi

f) Barang terkawal seperti gading dan species terancam

Barang ini dilindungi oleh undang undang dan tidak boleh dijual tanpa permit.

3. Perkara singgung dan jelik:

item haram eBay

a) Item yang galak ganas, benci atau diskriminasi:

Item ini guris perasaan dan promosi ideologi berbahaya.

b) Item yang eksploitasi atau dera kanak kanak

c) Item yang tidak senonoh atau lucah secara seksual

Item ini guris perasaan dan mungkin dianggap pornografi.

Ia tak boleh dijual di eBay.

d) Jenazah manusia dan body part, item ini di anggap tidak sopan

e) Kekejaman dan eksploitasi haiwan

4. Barang Larangan Lain:

a) Alkohol dan produk tembakau (sekatan mungkin dikenakan)

Item ini untuk kepada pembeli capai umur yang sah.

Mereka juga mungkin ikut sekatan tambahan, seperti cukai dan peraturan perkapalan.

b) Mata wang dan instrumen kewangan:

Item ini dikawal oleh government dan tidak boleh dijual tanpa lesen.

c) Haiwan dan tumbuhan hidup:

Item ini kena ikut rules khas dan mungkin tidak boleh dihantar ke negara tertentu.

d) Barang makanan dan minuman (sekatan mungkin dikenakan):

Barang ini mungkin tertakluk kepada kerosakan atau pencemaran

dan mungkin tidak boleh dihantar ke negara tertentu.

e) Tiket loteri dan alatan judi:

Barang-barang ini adalah haram untuk dijual di oleh banyak bidang kuasa.

f) Hartanah dan perkongsian masa:

Item ini rumit dan memerlukan kepakaran khas untuk menjual.

Namun ada item item yang HARAM ini boleh jadi HALAL dijual 

Jika orang itu adalah Top Rated Seller eBay

dan sudah aktif di eBay lebih dari enam bulan, mereka ini boleh dapat lampu hijau dari eBay

dengan syarat syarat khas, contohnya produk ubat dan sex toys

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi info menarik untuk dibaca 

Untung RM97 juta jual mainan dan bow tie

4 kosmetik ini ada RACUN !

Leave a Reply

Your email address will not be published.