Loading

Wise yang dahulunya dikenali sebagai TransferWise menyediakan servis pertukaran matawang e-money dengan kos yg rendah. Dengan Wise anda boleh melakukan pembayaran antarabangsa, multi-currency melalui kad debit antarabangsa yang telah dipautkan dengan akaun bank anda.

Sehingga ke hari ini Wise membantu anda nak kirim wang lebih mudah atau transfer mengikut matawang anda pilih.

Saya akan kongsikan dengan anda Cara-cara menggunakan Wise.

1. Buka akaun Wise

Pertama sekali, anda perlu membuka akaun Wise dengan mendaftar di laman web Wise. Anda boleh login menggunakan emel, ID Facebook, Apple atau Google.

Kemudian, anda perlu lengkapkan proses pengesahan menggunakan passport atau MyKad anda.

Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun Wise ini.

2. Lakukan Transfer Pertama Anda

Mudah sahaja. Anda pilih Send Money.

Pilih sumber dana atau cara pemindahan yang anda nak gunakan. Jika anda telah topup, anda boleh kirim secara direct dari akaun matawang anda.

Pilih matawang yang anda nak kirim. Gunakan pilihan dropdown.

3. Sahkan Jenis Pembayaran

Seterusnya, bila anda dah pilih cara pembayaran, anda perlu sahkan pembayaran. Contohnya kiriman peribadi atau bayaran perkhidmatan.

Kemudian, anda boleh masukkan amaun yang anda nak kirim tadi. Sahkan cara pembayaran. Untuk matawang RM, biasanya menggunakan bank transfer atau FPX.

4. Masukkan butiran penerima

Bila dah confirm cara pembayaran tadi dan amaun tadi, barulah anda boleh masukkan no akaun dan emel penerima.

Semak dan sertakan mesej untuk penerima. Kemudian, buat pengesahan, selepas itu wang anda akan dihantar kepada penerima.

Caj Untuk Kiriman Wang Menggunakan Wise

Kalau anda nak tahu, caj yang perlu dibayar untuk transfer atau kirim wang bergantung kepada jumlah amaun kiriman wang, cara pembayaran kadar pertukaran matawang asing yang anda nak tukar tu.

Wise sememangnya menggunakan mid-market exchange rate. Wise juga telah maklumkan dengan jelas 2 jenis caj yang akan dikenakan.

Fixed fee – Kos bagi setiap transaksi bermula RM1.80 – RM2.40

Variable fee – Kos bagi pertukaran matawang asing. Caj yang dikenakan adalah sekitar 0.5% – 0.6% daripada jumlah transfer.

Anda boleh menggunakan kalkulator Wise di bawah ini untuk mengira kadar kiriman wang mengikut matawang yang anda nak.

Gunakan Wise Malaysia Untuk Simpan & Terima Duit

Selain daripada nak kirim wang lebih mudah atau bayaran secara oneoff anda juga boleh daftar akaun multi-currency Wise sebagai alternatif selain menggunakan matawang asing biasa.

Kelebihan Wise bantu anda nak kirim wang lebih mudah lebih rendah ke 80 buah negara. Anda juga boleh simpan dan tukar kepada lebih 50 matawang. Dapatkan Kad Debit Wise anda sekarang!

Cara Tambah Nilai Ke Akaun Wise Anda

Anda perlu memiliki akaun multi-currency telebih dahulu.

  1. Login akaun Wise anda
  2. Klik pada akaun matawang yang anda nak tambah nilai
  3. Klik Add
  4. Masukkan jumlah amaun dan jenis matawang
  5. Pilih Cara Pembayaran
kirim wang lebih mudah

Cara Terima Wang Ke Akaun Wise Anda

Dengan adanya Wise, anda boleh menerima duit daripada seseorang yang berada di Malaysia mahupun di luar negara. Pengirim boleh transfer ke akaun Wise anda melalui bank transfer biasa.

  1. Login ke akaun Wise anda
  2. Pilih pada akaun matawang yang anda nak terima duit
  3. Klik Get Account Details
  4. Jika anda kali pertama menggunakan Wise, anda perlu membuat deposit dalam nilai yang kecil (tiada caj dikenakan)
  5. Masukkan no akaun Wise anda
  6. Anda boleh menerima terus bayaran / kiriman dalam matawang yang anda pilih.

Anda Nak Belajar Buat Duit Dengan Bisnes eBay?

Leave a Reply

Your email address will not be published.