Loading

Kini transaksi jual-beli diperluaskan lagi bukan hanya dilakukan di kedai-kedai sahaja malah turut mendapat saingan daripada penjual yang berniaga dalam talian.

Rata-rata kebanyakannya menggunakan aplikasi e-commerce seperti Shopee, Lazada dan TikTokShop kerana memudahkan pembeli membeli tanpa mengira tempat dan waktu.

Malah, ada juga yang masih menggunakan kaedah melalui Whatsapp, Facebook Marketplace dan sebagainya. Ternyata platform untuk berniaga kini semakin luas dan keadaan ini mampu memberikan sumbangan yang tinggi kepada peningkatan hasil bagi pendapatan negara.

Namun begitu, dari konteks ibadah berniaga di dalam Islam, berjual-beli ketika waktu khusus seperti solat jumaat tidak boleh diabaikan hingga membuatkan seseorang itu lalai dan culas.

Justeru hukum berjual-beli ketika masuk waktu solat jumaat turut terpakai dalam kaedah jual-beli atas talian.

berjual-beli pada asasnya diharuskan

Hukum Berjual-beli Ketika Waktu Solat Jumaat Adalah Haram

Berdasarkan artikel dari Pejabat Mufti , hukum berjual-beli ketika waktu Solat Jumaat adalah haram tidak kira secara atas talian atau di premis kerana boleh melalaikan seseorang daripada Solat Jumaat.

Berjual-beli pada asasnya diharuskan, namun di waktu khusus ketika Solat Jumaat itulah orang lelaki perlu bersiap sedia.

Antaranya dengan melakukan ibadat sunat seperti mandi sunat solat jumaat, memakai pakaian yang bersih untuk solat dan memakai wangi-wangian.

Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ‎

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman!

Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat). Tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

Surah al-Jumuah (9)

Imam Ibn Kathir menerangkan larangan itu bemula pada azan kedua bagi Solat Jumaat. Imam berada di atas mimbar sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Hari Jumaat Waktu Doa Mustajab

Pernah tak anda dengar? Tak nak ke rebut peluang yang mahal ini?

Ya betul.

Sebenarnya, selain daripada kita digalakkan perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW, banyak amalan sunat lain yang kita boleh amalkan. Contohnya membanyakkan bersedekah, memotong kuku, dan juga mengeratkan silaturrahim.

Kalau anda nak tahu, hari jumaat adalah penghulu segala hari yang didalamnya penuh dengan rahmat dan keberkatan. Seeloknya jika anda menghormati hari Jumaat, anda khusus kan untuk memberi keutamaan untuk mengamalkan ibadah sunat daripada melakukan kerja-kerja rutin seharian yang biasa anda buat.

Di antara waktu doa musatajab juga adalah pada hari Jumaat iaitu selepas Asar sehingga terbenamnya matahari.

transaksi jual-brli diperluaskan lagi

Anda Nak Belajar Buat Bisnes eBay Secara Online?

Leave a Reply

Your email address will not be published.