Ada sesetengah seller di eBay tidak mempunyai masalah untuk berurusan dengan pembeli dari luar negara. Namun, ada di antara mereka berasa tidak yakin dan takut nak jual eBay kerana terpaksa berkomunikasi menggunakan English dengan pembeli dari luar negara. Antara faktornya adalah Risau Tak Pandai English!
Kebanyakan pembeli di eBay menggunakan English sebagai bahasa untuk berkomunikasi.
Anda tak perlu takut dan risau ! Sekarang kan zaman teknologi. Semuanya di hujung jari!
Google Translate Kan Ada!
Dengan adanya google translate, anda hanya perlu copy paste sahaja ayat yang anda nak translate ke English, google translate boleh detect sendiri bahasa yang anda masukkan.
Namun, ada sesetengah ayat daripada google translate hanya sekadar menukar ke English sahaja. Ternyata susunan ayat nya tak tersusun dengan betul. Jika anda mahir untuk tambahbaik semula terjemahan tak jadi masalah.
Bagi anda yang masih takut-takut dan tak yakin saya sarankan guna yang ni.
Guna Quillbot Selesai Masalah Anda
Kalau anda nak tahu terdapat satu lagi perisian untuk terjemahan ke English iaitu Quillbot.
Ianya PERCUMA sahaja sama seperti Google Translate, tetapi terjemahan ayat nya lebih tersusun. Lebih mudah untuk selesaikan masalah anda risau tak pandai english ketika berurusan dengan pembeli dari luar negara.
Lihat gambar di atas ini bagaimana Quillbolt ini membuat ayat lengkap dengan kata hubung. Baru sedap nak dengar!
Langganan Pakej Quillbot
Jika anda sekadar mahu menjawab soalan pelanggan, tak perlu pun nak buat ayat macam karangan. Guna yang percuma pun sudah mencukupi. Anda boleh lihat gambar di bawah ni Pelan Pakej Quillbot untuk setahun bermula hanya $49.95 iaitu anggaran RM233 untuk setahun.
InshaAllah masalah anda takut nak jual eBay sebab risau tak pandai English selesai apabila anda ingin berinteraksi dengan pembeli dari luar negara.