Loading

peniaga denda
peniaga barang palsu kena denda

Pernah tak jumpa peniaga yang bila kita nak beli paket minyak masak

Dia suruh kita beli barang barang lain sekali

Tak boleh beli minyak paket saja? pernah kan

Hah lepas ini, kalau jumpa boleh la buat report kat KPDN

Peniaga minyak paket kena denda RM30,000

Sebabnya, seorang peniaga yang buat macam tu dah kena denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Segamat tau

Menurut laporan KPDNKK, pada 21 November 2023, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Yang Arif Puan Rahimah Binti Abd Majid

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh kena kan syarat pembelian bagi penjualan barang kawalan minyak masak paket iaitu

Pelanggan yang beli barangan lebih RM30 ke atas hanya boleh beli 2 kilo minyak masak paket

Manakala pelanggan yang beli barangan RM30 ke bawah hanya boleh beli 1 kilo minyak masak paket.

Atas perbuatannya itu, peniaga berkenaan sudah buat salah ikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961

kerana syarat jualan tersebut tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan

Tertuduh buat kesalahan itu pada 10.37 pagi 7 Oktober 2023 di premisnya di Taman Suraya Jementah, Segamat

peniaga denda
peniaga kena denda jual minyak paket bersyarat

Peniaga jual barang palsu

Dalam kes kedua, seorang peniaga kena denda RM40,000 sebab jual pisau pencukur, berus gigi dan kalkulator palsu

Peniaga itu mengaku salah jual barangan palsu bernilai RM8,000 itu di depan hakim yang sama dan telah buat salah di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019

Kesalahan itu dibuat pada 10.50 pagi 22 Disember 2022 di sebuah kedai di Jalan Perindustrian Yayasan Segamat

Kedua dua kes telah diketuai oleh pasukan pendakwaan KPDN

Terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Tuan Muhamad Sabiq Bin Mohd Subri dan Pegawai

Pendakwa Puan Raja Nor Ikhlas Binti Raja Ariff

Hah, nak berniaga kena patuh undang undang

peniaga kena ada etika

Sama sama ambil pengajaran kes di atas okay

Begitu juga kalau anda kantoi jual barang palsu di eBay

Jangan buat pasal, silap silap kena banned for life tau

Nak belajar selok belok berniaga di eBay

Cuba contohi jejak founder Export Oversea Academy

Beliau dah banyak kali langgar ‘tembok’, tinggal lagi tak berdarah kepala je

So jangan susah susah pecahkan kepala

Dr Zul ada panduan lengkap do’s & don’ts untuk berniaga di eBay ini

Pengalaman dikumpul sejak 2015 hingga eBay iktiraf beliau sebagai Top Rated Seller lagi

Jangan download e-book PERCUMA di sini kalau nak buat bisnes langgar tembok

Duduk Malaysia takpe, yang penting gaji USD

Lagi artikel ringan kepala untuk dibaca di bawah 

Leave a Reply

Your email address will not be published.