Loading

TikTok Shop mula top pada tahun lepas bulan April 2022, pada mulanya ia merupakan platform video terhad pada durasi yang pendek. Namun, ia semakin menjadi pilihan seller apabila algoritma dan features terbarunya menjadikan flow untuk close sales lebih cepat dan mudah! Dengan video dan gambar yang cun pasti dapat menarik minat orang nak beli barang anda!

Jom saya kongsikan kepada anda bagaimana nak listing barang yang anda nak jual di TikTokShop.

1. Anda Perlu Daftar Akaun TikTokShop

Pertama sekali anda perlu daftar akaun TikTokShop terlebih dahulu. Nak daftar ni anda kena melepasi syarat ;

Berumur 18 Tahun ke atas, mempunyai akaun bank atas nama anda, kena lampirkan Kad Pengenalan anda dan isi maklumat details seperti Nombor Telefon, Emel dan lain-lain. Saya ada kongsikan pada entri sebelum ini macam mana nak jual barang di TiktokShop.

nak listing barang tiktokshop

Bila dah daftar anda boleh login menggunakan nombor telefon atau emel anda.

2. Setkan alamat untuk pick up dan return

Ok bila anda dah berjaya login, automatik anda akan go through ke Tiktok Shop Seller Centre.

Sebelum anda nak listing barang yang anda nak jual pastikan dah shoot gambar barang tersebut. Senang nanti bila anda nak listing.

gambar yang cun
nak listing barang tiktokshop, gambar yang cun

Anda juga perlu masukkan alamat pick up dan return barang anda seperti dalam gambar di atas barulah anda boleh mula listing. Biasanya proses nak listing ni lebih mudah kalau anda menggunakan laptop. Sebab features mobile dan desktop tak sama.

3. Mula listing

Dah settle setup details semua, barulah boleh mula listing. Masukkan gambar yang cun untuk menarik minat pembeli. Sebab tu la anda kena shoot barang untuk dapatkan gambar yang cun boleh zoom up dan tak pecah.

nak listing barang tiktokshop

Leave a Reply

Your email address will not be published.